29 May 2015

melatih anak hidup tanpa tablet/ipad.

Beberapa minggu lepas adalah sangat mencabar bagi saya. Kami berdepan dengan situasi waktu tidur Ziyad yang tak menentu. nak kata tak menetu, x jugak. lebih kepada kurang tidur.

Bayangkan, Ziyad akan tidur jam 12.30 tengah malam dan keatas. bangun pagi jam 8.30 pagi. ada hari no nap at all. ada hari, napping time dia tersasar selepas Asar which is not good at all. pukul 5 ptg baru nak nap. padahal waktu tu sepatutnya waktu riadah. even dalam Islam pun ada larangan tidur selepas Asar kan? yeah, he is still young. tapi saya takmo jadi habits kepada dia. even dari start mengandungkan Ziyad pun, saya memang avoid tidur selepas Asar dan saya memang jenis tak tidur tengahari. 

bila dah tidur petang & bangun time nak maghrib, can you imagine how energetic he would be for the night? at first, i let it be.. ikut rentak dia. walaupun hampir setiap malam ada 'drama' Ziyad dengan ayah dia. of course lah ada drama sebabak.. parent penat dan ngantuk, anak segar bugar lagikan.

we tried our best to overcome the problem. tak boleh jadi hoi.. bila malam je ziyad refused ayah dia. semua nak ibu. lepas tu si ayah pulak tak bagi kacau ibu sebab ibu tengah weak bawak adik dalam perut. dalam situasi macam tu, biasanya memang gagahkan jugaklah melayan Ziyad dari dengar dia nangis merengek marah-marahkan ayah dia. selalunye saya biarkan husband tidur je. lagipun, dari segi psychology, tak elok jugak nak perkara terakhir dalam minda anak sebelum memulakan hari baru esoknya, ialah dia kene marah dengan mak ayah. kalau kita yang dah dewasa ni pun, tidur dalam keadaan sedih, frustrated, marah..mesti bangun pagi badan rasa lesu je kan? kan ada saranan supaya kita memaafkan semua orang sebelum tidur? hah, macam tu lah lebih kurang konsep dia. saya takmo Ziyad tidur dalam keadaan marah atau sedih kene marah.

i dont want Ziyad to grow up dengan perasaan memberontak. nampak kecik, tapi impact dia besar. dia tak nak tidur, tapi kita paksa.. of course dia akan memberontak which is normal for him to express his emotion. saya taknak dia membesar dengan pegangan yg dia TERPAKSA ikut cakap ibu & ayah. saya lebih suka dia 'memahami' sesuatu masalah/situasi. saya nak dia faham yang kami sebagai ibu bapa akan jadi pembimbing dia. bukan ibu bapa yang ada kuasa veto terhadap dia. dia bebas buat keputusan dalam hidup dia sendiri berdasarkan nasihat dari kami but at the end, dia yg akan tentukan hidup dia.. lebih kurang macam tu lah.

Bila ziyad tidur lambat, saya pun akan tidur lambat dan kesannya, mengantukla kat office.. dari sikit semi sikit, lama2 saya kembali ke habit before pregnant.. 1 mug coffee setiap pagi. Kesian baby dalam perut. saya selalu berdoa, baby ni kuat. dan saya percaya dia kuat. sejak dalam perut lagi dia terpaksa melasakkan diri. hihihi..

tengoklah tu.. bila kita suruh tidur, terus freeze pejam mata. tidur olok2.. 

Kemuncaknye bila 1 malam tu, husband outstation. Ziyad menangis2 nak ipad. tengok ultraman. dia memang suka sangat dengan cerita Ultraman selepas cerita Upin Ipin dah tak laku pada pandangan & citarasa dia. so, saya bagi dia tgk ultraman kat ipad thru youtube. sambil baring2 kat katil ready to sleep dengan harapan dia akan tertidur sendiri. sebabnya dia memang menguap2 mengantuk dah sebelum tu.

masa masuk tidur tu mmg dah dekat pukul 1 pagi. so, jangkaan saya, Ziyad akan bertahan dalam setengah jam menonton ipad sebelum tertidur. tapi saya silap! saya yg tertidur & terjaga jam 3 pagi. tengok Ziyad di sebelah, mata terbuntang lagi mengadap ipad!

Ya Allah..

rasa frustrated sangat! terus saya ambik ipad tu & tutup. Paksa dia tidur. memang terjerit pekik la tengah2 malam buta tu.. dia tertidur dalam sedu sedan sambil berzikir 'nak rommen (pelat sebut ultraman)'

hari tu, saya sangat frustrated. yes, it is our fault for letting him be like that.. sepanjang hari saya berfikir sampaikan kat office pun takleh buat kerja & boss noticed mata saya bengkak & muka sembab. alasan saya bagi "im not feeling well. due to the weather, maybe".. hahaha, dia angguk je. nasiblah dia percaya ke tak.. sepanjang hidup tak pernahlah bergaduh dengan boyfriend or suami sampai sembab muka.. sekali tewas dgn anak sendiri.

Sepanjang yg saya ingat, mmg kami introduced tablet/ipad to ziyad since he was 3 months old. masa tu kami biarkan dia bersama tablet dengan mendengar zikir2, qasidah & ayat2 al-quran. tablet & ipad memang sangat mudah diakses di rumah kami & juga rumah ibu. kat rumah, ibu ayah masing2 ada tablet, iphone & laptop.. kat rumah nenek, makcik2 & pakcik2 dia masing2 ada ipad, hp & laptop. jadi sejak kecik ziyad memang terdedah dengan gadjet2 ni..

sejak kejadian tu, saya asyiklah mencari bahan bacaan berkenaan tips, kaedah2 dan pengalaman2 ibu bapa memisahkan anak atau melatih anak hidup tanpa gadget. saya share dengan husband. we discussed.

Seminggu husband spend time kat rumah tak keluar outstation. and it is the prefect time untuk tukar routine harian Ziyad. letih memang letih. tapi alhamdulillah, kami suka sangat dengan perubahan positif yang ditunjukkan.

sekarang, paling lewat ziyad masuk tidur ialah pukul 11. paling awal, pukul 10 malam. saya tahu, masih ramai kanak2 tidur lebih awal dari tu. tapi utk ziyad, pukul 10 malam adalah pencapaian paling membanggakan kami!

Minggu ni husband outstation. semalam saya kejutkan ziyad pagi2 suruh dia bangun dan tak bagi tidur balik lepas minum susu. ibu tanya "kenapa taknak biarkan je dia sambung tidur?"..

"susah2 kitorang latih dia buat rutin baru. takleh la tukar rutin tetiba.. nanti nak tukar balik, susah"

itulah keyword yang sebenar.

KONSISTEN!.

sekali lagi kesalahan kitorang as a parent, kitorang tak konsisten dengan rutin ziyad dulu. always let him be free & easy bila tiba Jumaat malam sabtu atau lebih tepat lagi, hujung minggu. sama2 tidur lewat & biarkan dia sambung tidur sehingga jam 9-10pagi esoknya.

sekarang, dengan rutin baru ziyad, setiap hari adalah sama. tiada istilah tidur lewat walau hujung minggu. kalau kitorang nak tidur lewat sekalipun, kitorang akan make sure pukul 10malam dah masuk tidur.. rumah semua dah gelap gelita & kitorang akan tidur sama2 dengan ziyad seperti malam2 weekdays. lepas ziyad dah tidur, barulah kitorang bangun balik & setlekan kerja2 hujung minggu seperti laundry, iron, deep cleaning, update account rakbonda, edit gambar & segala kerja2 yg menggunakan gadget (laptop etc..) dan macam2 lagi.

Sekarang, dah 2 minggu ziyad tak diberi tablet & ipad. semuanya kene sorokkan. bila anak dah tak attached sangat dengan tablet/ipad, memang kita kene bagi extra attention kat anak. kene layan dia, kene fikir idea2 baru utk bermain setiap hari, kene bersabar bila rumah ibarat tongkang pecah=') hahaha

harap situasi ini akan kekal & pastinye ada penambahbaikkan lagi dimasa hadapan.

kenapa susah2 nak latih ziyad dari sekarang? sebab nanti bila dia dah start sekolah, takdelah liat sangat nak bangun pagi=) hahaha.. takdelah, yang sebenarnya, tidur yang berkualiti amat penting untuk kanak2.. yang tu mungkin korang semua boleh google sendiri.

didik anak, tak semudah jaga anak.

semua orang boleh jaga anak. bagi cukup makan, pakai semua. tapi bukan mudah untuk didik, bimbing & membesarkan anak untuk jadi seorang yang berguna & berjaya dunia & akhirat. kene usaha lebih sikit. In Shaa Allah..

2 comments:

  1. setuju sangat.. anak dpt tidur berkualiti parents pon sama.. kwn tqah sampai consult sleep therapist utk anak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously? anak dia umur berapa tqah?

      Delete