13 April 2011

macam mana nak beli rumah?

Salam

Jujur saya katakan, saya tak pernah terfikir untuk membeli rumah sebegini awal. Sbb saya dah bersiap sedia untuk menjadi weekend wife. Saya memberikan masa utk diri saya mencuba pengalaman menjadi weekend wife untuk beberapa bulan. Kalau lebih byk yg negative dari positive, sy mungkin akan berhenti kerja & ikut suami. Berkorban sikit, tak rugi rasanya. Sambil tu mestilah berusaha cari jalan agar dapat tinggal bersama suami kan? Sbb itulah salah satu tujuan perkahwinan.

So, duduk di rumah sewa yg dekat dgn family adalah pilihan terbaik dari beli rumah, lepas tu tinggalkan kosong sbb takut nak tinggal sorang2 bila laki takde disisi (-_-“)

Tapi Alhamdullillah, sebulan selepas kami berkahwin, husband dapat pindah ke KL. Beberapa bulan lepas tu, si suami dah ajak bini dia ni pergi cari rumah nak beli.

Dua-dua laki bini ni tak tahu cara nak beli rumah (-_-“) jadi, kami redah je=) ini bukan tips atau ape. Ini adalah berdasarkan pengalaman kami.

1. 1st sekali, harus target kawasan mana nak beli rumah. Antara yang kami tengok, mestilah jauh ke tidak dari tempat kerja. tengok jugak jalan yg akan ditempoh hari2. Samada kawasan terkenal dgn jem atau x. kene jugak ambik kira kos tol kalau ada. Sebab hari2 kalau kene tol ber RM-RM, sakit jugak poket (-_-“)

2. Kami google2 cari rumah ikut beberapa website. Antaranya mudah.com, i-property dan hartanah2u.

3. Call agen2 yg berkenaan. Boleh je buat appointment utk pergi tgk rumah tu sendiri. yelah, dalam gambar website, cantik je.. sekali pergi tgk, dgn bilik air dah rosak sana sini, mcm2lah. kalau ikut website macam ni, biasanya rumah 2nd hand lah. Jgn lupa tanya agen kenapa tuan rumah sebelum tu nak jual rumah tersebut. bolehlah siasat sikit2 history rumah tu.

4. Dalam masa yg sama, kitorang pun dok round2 jugak area2 yg ada perumahan baru. Biasanya pemaju akan gantungkan bunting/banner. Jadi pakai segala maklumat kat situ utk berhubung dgn pemaju.

5. Google jugak official website milik developer yg korang berminat. Kene ada knowledge jgk pasal developer mana yg bagus, mana yg selalu bagi problem. ingat, ini investment yg besar. kalau boleh taknaklah kene tipu ke ape kan? Biasanya developer macam Sime Darby, IJM & SP Setia, mmg dah well established. SP Setia selalu memang award hartanah. Best masterplan.

6. Biasanya website developer ni akan ada borang utk kita isi supaya nanti dorang akan inform if ada rumah2 baru. Kira mcm kita keep in touch lah dengan developer ni. Mcm saya pernah register kat beberapa developer. Mmg dia akan call or email utk inform projek2 dorang.

7. Satu hari, pergi open house rumah aunty saya. Kebetulan pulak uncle saya yg lagi sorang tu nak pergi tgk rumah persinggahan dia. Tah mcm mane terbukak hati nak ikut uncle saya sbb uncle saya kata seksyen 5 baru bukak. Rumah uncle saya seksyen 1. so, haruslah pandai2 menwar2kan kepada saudara mara & rakan2 yg kami sedang mencari rumah utk dibeli sbb ada jugak yg bagi feedback baik siap tolong ambikkan no. tel utk kami hubungi rumah mana nak jual.

8. Kebetulan langkah kanan kami masa ikut uncle saya ke rumahnya, rupanya2 developer tgh buat open day. Siap ada khemah makan satay lagi. jadi kami pun tgk2lah rumah contoh yg ada. Wallah! Jatuh cinta pandang pertama.

Begitulah alkisahnya pencarian rumah kami. Nanti saya akan sambung kisah seterusnya dari proses pembayaran booking fees sampailah cara untuk membuat loan.

Carik rumah, mcm carik calon suami juga rasanya.. Susah! Sbb ada yg kita berkenan, xngam pulak dgn poket kita.. ada y g ngam dgn poket, tapi rumahnya xberkenan dihati~~

DeepInsideMyHeart : terima kasih banyak2 untuk semua yg sudi emailkan saya details pasal kontraktor2 & kedai2 best untuk persiapan masuk rumah. bolehlah kami budget & ada target berapa RM yg diperlukan utk saving. xla menggelabah budget xcukup ke ape kan. xlupa jugak utk yg sudi invite baca blog walaupun blog diprivatekan..terima kasih. =)

7 comments:

  1. bgsnyer!!:)thanks for the info!:)

    ReplyDelete
  2. Heeee good luck dlm pencarian rumah baru... beli dr skang kalau lambat2 nanti rugi pasal harga rumah makin hari makin naik... fengsannnnnn

    ReplyDelete
  3. Good luch dlm pencarian rumah baru, belilah uma dr skang pasal rege uma makin hari makib naik.. fengsan tengok rege uma skang ni

    ReplyDelete
  4. yup! betul tu..harga rumah naik mencanak2.. area belakang rumah kami yang baru ada cerucuk2 tu pun harga dah naik 100k dari harga rumah kami..

    alhamdulillah, nasib baik kami cepat sikit..

    ReplyDelete
  5. hi Faizahafiz

    yup! betul tekaan awak..
    awak pun beli kat sana gak ke?
    berjiranlah kite kalau mcm tu..=)

    ReplyDelete
  6. sambung r cite lg.. i pn xtaw nk bli umah cmna hmm..

    ReplyDelete
  7. sambung citer lg.. i pn xtaw nk bli umah mcm mna..
    emel i bole?
    elomyra@yahoo.com tq ;)

    ReplyDelete