13 June 2011

macam mana nak berjimat

Salam

Semalam pergi ke VIVA Home. pertama kali pergi. sbb ada perkataan Home tu yg melonjak2 nak pergi jugak.. al-maklumlah, tengah kemaruk dgn perkataan 'home' ni =) sekadar utk cuci mata dan mencari ilham..*konon! padahal nak berangan!*

tempat ni baru bukak. kalau x silap bulan lepas kot. konsep tempat ni lebih kurang macam one stop centre utk perkara2 yang berkaitan dengan kediaman.  ada byk kedai2 yg menjual pelbagai peralatan kediaman. ada jugak yg menawarkan perkhidmatan macam memasang kabinet dapur, grill, gate..kalau nak renovate rumah ke, byk jgk kedai2 yg tawarkan khidmat tersebut.

Nampak mamat yg baju biru tu? itulah si suami yg semangat ajak masuk kedai ni. bini dia lagilah teruja nak masuk sebab nak survey bathtub idaman kalbu..

kalau dapat shower 4 segi tu, memang mandi ala-ala main dalam hujan lah..

suami suka sinki bentuk bowl macam ni.. bini dia xkisah.. janji cantik..


tapi apape pun, kami tidaklah membeli apape pun yg berkaitan barang mcm ni. sekadar survey2 dan mencari idea sahaja..

tapiiiii....
Yup! ada sales up to 80%. jadi kami terus grab 3 barang ni..



1st item yg kami beli ialah Mattress Protector dari Jean Perry. Macam yg boleh nmpk, harga sebenar RM99.00 tetapi lepas discount 50% utk size Queen, kami hanya perlu membayar RM49.50.




Blanket dari RM59.90 jatuh menjadi RM19.90. banyak corak2 menarik yg boleh menjadi pilihan tapi kami pilih yg ni.. bertema 'tanah' sikit=)


Bedsheet. rasanya memang perlukan beberapa helai bedsheet berlainan corak & jenis utk tukar2. bila dah kawin ni, benda2 mcm ni pun nak kena fikir. hehehe.. betul x? perasaan nak rumah cantik tu memang automatik datang.. lagipun xrugi beli bedsheet ni.. sbb bukannya busuk pun.. boleh simpan..

see! dari RM 189.00, selepas discount 80% terus menjadi RM 37.80!! wahhh.. siapa xnak kan? ada chinese ni siap ambik 4 set lagi.. quality bedsheet ni ok.. sedap & lembut sangat kain dia..

kalau dikira, kami sepatutnya perlu membayar

RM 347.90

tapi kami hanya perlu membayar

RM 107.20!!

Penjimatan yg berjaya dilakukan adalah sebanyak RM 240.70..
Alhamdulillah..

4 comments:

  1. bestnya. jimat. selalu lalu situ. tp x berkesempatan ke sana. hu3. InsyaAllah. coming soon. ekekeke

    ReplyDelete
  2. waahh..memang berbaloi2...:) suker ar set bilik air yang kaler hitam tu..teringin nak buat...kenen tengok bajet dulu..huhu..

    ReplyDelete
  3. eh..awk pn pegi viva homes aritu?ntah2 kita selisih pn tak perasan kan..hehe..sy slalu hang out kat situ sebab F2B keje kat situ..siap boleh hafal direction & kedai2 kat dalam viva home tu..=)

    ReplyDelete
  4. Fariza,
    Jemputlah datang=)

    aty,
    ni memang sindrom org nak masuk rumah baru=)

    azura,
    serius?hehehe..bolehlah awak update kalau2 ada sales murah2..=)

    ReplyDelete