07 June 2011

hantaran bunga stoking

Salam

hari ni saya nak kongsikan hantaran semasa saya bertunang 3thn yg lalu iaitu 1 Jun 2008. yup! tempoh pertunangan kami agak lama. setahun setengah sblm kami bernikah pada 1 Jan 2010. saya belum pernah lagi upload gambar2 ni didalam blog sebelum ni.

sekadar untuk dikongsi idea yg sudah lama ini=)


gambar malam sebelum kejadian. jumlah sebenar ialah 9 dulang. tapi masa ni sirih junjung & desserts belum ada lagi..

bunga dulang yang digunakan ialah bunga stoking. masa tu bunga stoking ni belum mendapat tempat dipasaran sbb masa tu tengah 'hot' bunga dip.. jadi, sengaja saya pilih bunga stoking sbb ibu saya pakar dalam membuat bunga stoking & secara xlangsung saya dapat belajar buat bunga stoking. sekarang saya dah pandai sikit=)

hantaran 100% digubah oleh ibu & saya. baik dari bunga, tapak hantaran, alas dulang semuanya handmade. xde la beli bunga dh siap & letak kat dulang. pada saya tu bkn handmade. handmade ialah sesuatu y dibuat menggunakan raw material. raw material disini ialah dawai pelbagai saiz, riben, benang, stoking, kain, manik2..

coklat.. nampak x coklat ferraro tu dikelilingi kelopak2 sehingga membentuk sekuntum bunga. ini fav hantaran saya & saya hampir menangis kerana ini! suka gila!


ini ialah kain baju melayu untuk bakal tunang. kain ini dijadikan baju melayu masa kami nikah=)

cara-cara melipat kain menjadi bentuk bunga ni pernah saya kongsikan dulu. klik sini . lebih kurang macam tulah. yg saya tunjukkan tutorialnya tu ialah telekung hantaran masa saya nikah.


sampin songket tenunan tangan untuk dipakai pengantin lelaki masa nikah. dilipat membentuk tanjak.


ini ialah kurma..

bunga rampai


Fruits

desserts..

sirih junjung

cake

last but not least.. yours truly on her engagement day..=)

3 comments:

  1. wahh..bunga stoking sgt nice..hhee..

    btw..i b2b..jom exchange link

    ReplyDelete
  2. wah nice...

    bleh wat tutorial tak?

    ReplyDelete
  3. insyaAllah, akan adakan tutorial..

    tapi tak janji bila boleh buat..
    bila berkesempatan lah ye.. sbb barang2 pun dah habis.. kalau nak buat tutorial kene pergi beli barang2..

    ReplyDelete