27 August 2011

mencuba menjadi surirumah & perempuan bekerja dalam masa yg sama..

Salam

Sepanjang Ramadhan ni, agak busy. Minggu pertama puasa, rilek2 lagi sbb rayakan lmbat lagi. Tambah pulak memikirkan tahun ni giliran beraya di KL, jadi xperlulah rushing sgt. Minggu kedua pulak tiba2 kena duty kat MATTA Fair. Tahun lepas dah rileks setahun xkeluar2 dari office, sbb kene focus hal2 dlm park *huwaa.. bile nak dapat seorang Vet ni?!*. Jadi xcuti langsung minggu tu. Masuk minggu ke-3 dah panik. Baru terhegeh2 nak pergi kedai kuih beli tepung, gula semua (-_-")

Tahun lepas saya xde share pun pasal persiapan kali pertama beraya sebagai isteri di blog ni.

Jadi, tahun ni saya rasa nak share persiapan raya kami yg lebih sederhana & cool berbanding tahun lepas. 

Antara Projek2 Menjelang Syawal


Alhamdulillah, CF dah lulus=) tunggu pihak bank settlekan payment lagi 20% kepada pemaju baru boleh dpt kunci. Sesi mengukur ruang utk perabot & mengira jumlah lampu & kipas.. Ada jiran dah start pasang grill & alarm system walaupun time bulan puasa..


Last minute kawan abah saya nak tempah hamper raya. ingatkan tahun ni dah nak pencen buat hamper. tapi ada permintaan, haruslah buat walaupun last minute. dia nak 3 jenis cookies dgn budget RM70 utk setiap hamper. jumlah tempahan, 23 biji hamper.

cookies semuanya hasil tangan ibu saya. ada Almond Flakes *ingat lagi x?=)*, Chocolate Chips & Cappucino Cookies. susun atur & decoration hamper, ehem.. mestilah dari yours truly ^_^.. ingat x bunga Stoking? haaa.. dapat ilmu masa prepare hantaran bertunang dulu..


Persediaan serba sederhana utk tetamu berkunjung. Ini adalah bekas kuih raya dari koleksi hadiah kawin. Sedondon pulak dengan tea set dari koleksi hadiah kawin jugak. 

Tahun lepas, awal2 puasa dah semangat buat kuih raya.. Tahun ni bukan xsemangat. Tapi busy yg amat. Start buat kuih minggu ketiga puasa or lebih tepat, 20.8.11. Semangat nak buat 6 jenis kuih/cookies raya buatan sendiri utk dimuatkan dlm 6 bekas kuih cantik diatas. Setiap kuih nak buat 2 adunan sbb nak bawak balik kampung masing2.. *Angan2 yg hebat*

Jomlah tengok progress projek cookies raya yg dibuat =),


Chocolate Chips ala2 Famous Amos.. 

tahun lepas 1st time dpt resepi cookies ni dari seorang kawan. suami suka. jadi, tahun ni kene buat lagi. Dah siap 1 adunan & selamat dimakan separuh.. cookies raya yg dibuat secara berduet suami isteri..




Biskut Bon-Bon.
Kegemaran Family-in-laws.. Malam raya dah habis. xsempat hidang kat tetamu.. Alhamdulillah, bila kita penat2 buat & org makan sampai habis, rasa puas hati & terharu sangat =')


Coffee Cookies
percubaan pertama tahun ni. dapat resepi dari internet. 1st adunan, agak kurang sedap sikit sbb kurang manis & xde rasa Nescafe. gambar kanan atas, ni rupa 1st adunan.. menggamit selera (-_-")

gambar kanan bawah ialah adunan kedua setelah 'menderhaka' kepada resepi sebenar. tambahkan sukatan gula & nescafe ikut rasa sedap hati & letak badam cincang saja suka2=) Hasil, rasa lebih sedap & rupa bentuk lebih yummy dari yg pertama. Sudah menjadi kegemaran suami berbuka puasa dengannya..

Pengajaran yg didapati, bukan takat lauk pauk je xyah skema ikut sukatan. Cookies raya pun xyah skema sgt. Perlu 'menderhaka' terhadap resepi sikit=)


Biskut Sarang Semut
Kali pertama jugak buat. resepi dari internet jugak.1 adunan dapat byk. Berbaloi2. maka, tiadalah adunan kedua=) mula2 ingat susah sgt nak buat.. tapi bila dah cuba, oklah.. belum cuba, belum tahu, kan? yg ini pun berduet bersama suami..


CornFlakes Madu 
atau ibu suka panggil CornFlakes Tadika. katanya senang nak buat, budak tadika pun boleh buat (-_-") esok baru nak settlekan.. takut buat awal2, sendiri yg makan. jadi gambar utk kuih ni xdelah ye.. CornFlakes Madu xsiap lagi=)


Kuih Bangkit 
Satu2nya biskut raya yg terpaksa diimport dari Sawari, Felda. Sbb dah xsempat nak buat biskut raya lagi.. Nak mengemas rumah. kotak2 sudah mulai banyak memenuhi ruangan bilik ke-2.. preparation utk our next project.. InsyaAllah..=)

Kuih raya tambahan dapat sbb ada supplier bagi. 

Buat bakal pengantin baru bulan Syawal nanti, selamat hari raya sebagai anak dara sebelum bertukar status=)

1 comment: