Salam Aidilfitri
Masih belum terlambatkan?=)
hari ini saya nak berkongsi sikit pasal hal2 selepas berkahwin. mungkin jugak berguna utk bakal pengantin.
dlm kesibukan membuat persiapan perkahwinan, akan wujud 1 chapter tentang persediaan utk hidup selepas berkahwin. contohnya, rumah. xkisahlah rumah sendiri atau menyewa. yg penting mesti kamu akan fikirkan pasal rumah utk didiami setelah bergelar suami isteri, kan?
bercakap pasal rumah, haruslah ikut kemampuan kita. ingat, apa yg penting ialah sesebuah rumah itu haruslah menjadi ibarat sebuah syurga di dunia buat kita. xsemestinya harus mewah. cukup sekadar dapat memberikan ketenangan & kedamaian utk kita membina keluarga.
kenapa saya kata harus ikut kemampuan? maksudnya macam ni. katakan kita ingin membeli sebuah rumah. pendapatan kita pulak cukup2 je utk memiliki rumah yg berharga setengah juta / RM500k. masih dlm lingkungan mengikut kemampuan tapi ingat, pinjaman bank utk pembelian rumah bukan boleh selesai dalam 5 thn je mcm kereta. ia melibatkan komitmen jangka panjang yg mana sesetengah bank menawarkan paling maksima adalah selama 40 tahun!
jadi, haruslah fikir masak2. kalau pendapat cukup2 je utk rumah 500k, mungkin kita harus cari rumah yg lebih murah sikit. 300k ke. lebih selesa sikit utk buat pembayaran sbb kita xtahu apa yg terjadi masa hadapan. ya, ada yg akan bilang, setiap tahun gaji akan naik, pendapatan akan bertambah. tapi harus ingat, penambahan pendapatan juga seiring dgn penambahan komitmen yg lain.
contoh, kita boleh spend 2k+ setiap bulan utk byr pinjaman rumah yg 500k tu sekarang dengan income suami isteri 6k. tahun depan, mesti income naik lagi. mungkin 6k+ sedangkan byran pinjaman rumah tetap sama iaitu 2k+. ada yg berfikiran mcm ni. tapi jgn lupa, tahun ni mungkin kita berdua, tahun depan mungkin bertiga. mungkin juga berempat terus?=)
nanti budget kita terlalu ketat. nanti, rumah yg sepatutnya "Rumahku Syurgaku" takut bertukar jadi "Rumahku Nerakaku". kita xnak ini berlaku. jadi fikirlah semasak-masaknya. sekurang2nya utk tempoh pinjaman perumahan yg kita lakukan.
satu perkara yg perlu kita ingat, rumah bukan sesuatu yg susut nilai seperti kereta. sekarang ni harga rumah makin lama makin naik dengan rancaknya. mungkin 1 hari nanti apabila budget kita dah x ketat, ahli keluarga bertambah & semakin membesar & kita ingin memiliki rumah yg lebih besar, lebih cantik & lebih harganya, kita boleh jual rumah yg kita ada. pada masa tu, harga rumah kita mungkin berkali ganda lebih mahal dari harga kita beli. hasil jualan tersebut, bolehlah kita beli rumah baru dengan sedikit penambahan wang.
sekadar perkongsian pendapat.
No comments:
Post a Comment