03 May 2012

tempahan hantaran minggu lalu

hi

projek hujung minggu lepas.

kawan ibu mintak tlg buatkan hantaran bertunang utk ank lelaki dia. majlis akan berlangsung di langkawi. jadi kene pakai artificial flowers je la. dia mahu bunga stokin. tp ssh nk bwk naik flight.

saya tlg ibu siapkan bekas cookies.

almond flakes tu baru je buat jumaat lepas. saya beli je artificial flowers ni. dah color dia cntik n menepati selera makcik tg tempah tu.. grab je la. senang sikit bila pakai artificial flowers ni sbb just buat riben n susun2 je bunga tu. dah jimat masa utk buat bunga.

hasilnya,

just buat 4 bekas je sbb ni utk hantaran. nanti dah sampai langkawi, pandai2lah makcik tu letak kat dulang hantaran. susah jugak ye bawak hantaran naik flight.

yang ini pulak asam merah. letak dalam kotak sbb senang makcik tu nak bawak naik flight. makcik tu pilih asam ni lepas tengok gambar hantaran kahwin saya yg pakai asam ni jugak.

bekas hantaran yg lain, ibu yg buat. dah siap & saya xsempat ambik gambar sbb bekas tu dah hantar ke makcik tu. tinggal hantaran cookies and asam ni je yg saya buat.

Ibu cerita, masa pregnantkan saya dulu, ibu buat bunga telur. ada jiran arwah moyang saya tempah. bila ibu tgk saya buat hantaran ni, terus ibu teringat kenangan lalu. soalan sekarang, adakah Little Caliph pun akan 'diturunkan' minat yang sama?


soalan lain, kalau perempuan, oklah..sweet je kan buat hantaran. tapi kalau lelaki?ayah saya kata, xpe, kalau lelaki, sekurang2nya dia akan jadi seorang yg teliti. bukan cincai boncai punya orang. mungkin jugak seorang penyabar sbb nak buat kerja tangan macam ni, perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi.


yang penting, doakan yg baik2 saja utk Little Caliph kami..

1 comment: