10 September 2012

renovation bahagian hadapan rumah

(this is an auto published post)

Salam

Sambungan dari Bahagian Hadapan Rumah.

sebenarnya mmg xde dalam plan nak renovate bahagian depan ni. maklumlah, xde budget. tapi orang kata, anak bawak rezeki. Alhamdulillah.. dulu masa dlm proses nak dapatkan CF, selalu risau kalau2 tak mampu nak bayar 2 rumah (rumah sewa sekarang & rumah baru). tapi alhamdulillah, dimurahkan rezeki. pejam celik, dekat 2 tahun jugak bayar untuk 2 rumah.

2 hari sebelum raya, renovation siap.

Kenapa nak renovate bahagian hadapan?

Bahagian hadapan ada tanah. mula2 plan nak tanam rumput saja.. lepas tu nak tanam pokok bunga or apapa pokok utk kegunaan sendiri. tapi bila hari hujan, nampak air bertakung. comot betul jadinya. jadi, fikir nak simen & pasangkan saja tiles.

pergi round2 kawasan rumah. tgk jiran2 renovate macam mana. dapat idea nak luaskan pintu gate & kereta boleh masuk 2 biji straight parking.

rasa bahagian tong sampah yang disediakan mcm tak diperlukan sangat.

jadi, apa yang kami buat dengan bahagian depan rumah?



Tong sampah yang ada dipecahkan. pagar hijau tu nanti akan dibuat tembok. so, gate boleh bukak lebih luas. kene tukar gate sekali sbb gate lama xleh pakai. gate lama xcukup panjang.

kene tempah gate baru. kami pilih design yang simple saja. tambahkan pintu kecil senang untuk kegunaan kemudian hari.

tembok baru betul2 sampai ke bahagian tepi rumah.. memang gunakan ruang semaksimum mungkin sbb nak gate luas. lantai fully simen. nnt ada rezeki lagi, baru pasang tiles.

Tambahkan loceng dipintu masuk.. so kalau tetamu datang rumah, xyah nak terjerit2 panggil.. hehehe.. ting tong kan saja.


Nasib baik saya tak pergi monitor kontraktor buat kerja.. kalau x, sakit mata tengok rumah kene hacked. nasib baik jugak dorang tampal & cat balik dengan kemas.. xnampak kesan kene hacked. 

oh ya, sebagai persedian awal, sesiapa yg nak renovate rumah, rancang dulu apa yg kamu nak untuk masa depan. contohnya, mungkin masa depan kamu nak pasang autogate. tapi budget belum cukup. boleh discuss dengan contractor mintak dorang buatkan wiring utk autogate sekali. nanti ada duit, dah boleh terus pasang autogate.. xperlu dah nak hack sekali lagi utk wiring..

wire masuk bawah tanah rupanya. kesan wiring untuk door bell & autogate serta extra powerpoint/plug.

kami tambah powerpoint/plug sekali. senang kalau nak buat kenduri kendara nak pasang kipas ke, atau apape barangan elektrik lain. tapi dalam kepala saya asyik ingat pakai untuk BBQ je..

itu sajalah setakat ini. ada rezeki lagi, adalah renovation. berdikit2.. tak mampu nak renovate sekali gus sebelum masuk rumah.

2 comments:

  1. fatiha beli rumah kt area mana?? nampak mcm menarik.. ;-)

    ReplyDelete
  2. fatiha beli rumah kt area mana?? nampak mcm menarik.. ;-)

    ReplyDelete