09 November 2012

persediaan breastfeeding: apa yg perlu?

Salam

* post ni ditulis sebelum bersalin. dah lama tapi xperasan terperap dalam draft. so saya publish je blk tanpa edit.. so kalau baca mcm pelik2 sikit tu, sbb saya belum bersalin lagi ye.. situasi dah lain sekarang.. hehehe

Rasanya semua ibu pun memang ingin susukan anak sendiri kan? lagi2 sekarang ni teknologi dah bertambah maju. ibu berkerja pun tiada halangan untuk susukan anak.

berbanding dengan zaman dulu.. dulu tu xdelah dulu sangat.. kira2 dalam zaman 80an & 90an. masa tu xde pump elektrik. yg ada pun manual. knowledge pasal penyusuan susu ibu bagi ibu berkerja pun xbegitu meluas lagi macam sekarang. tah2 dulu2 tak tahu pun yg susu ibu boleh disimpan & dipanaskan. itulah yg menjadi kekangan untuk ibu2 susukan anak.

Saya pun antara yang bersemangat nak susukan anak sendiri. mudah2an dimurahkan rezeki. kandungan baru masuk 5 bulan dah pergi beli set breastpump. walaupun ada yang kata, jgn beli breastpump awal2, takut xde susu nanti, rugi je beli pump ratus2.. baik beli manual je.. dah nak masuk kerja, baru beli pump elektrik.

benda2 macam ni la yg buat bakal2 ibu yg xde pengalaman macam saya ni confused. tapi saya nekad, nak jugak beli pump elektrik. saya cuti bersalin 2 bulan je.. pejam celik dah kene masuk kerja.. takut xsempat nak beli pump.. hehehe..

lepas tu ada jugak borak2 dengan kakak ipar pasal nak beli pump tapi takut beli mahal2 tiba2 takde susu. tapi kakak ipar cakap, kalau niat kita baik, nak susukan anak, insyaAllah, ada rezeki. mohon dipermudahkan.

mula2 mmg aimed nak beli Madela FS sebab tgk review semua bagi comments yang bagus. takpelah, invest lebih sikit untuk anak. tapi lepas hubby tanya saya soalan demi soalan, buatkan saya terfikir yg sebenarnya saya xperlukan sangat breastpump yang begitu canggih.

sebab,

1. tempat kerja saya xmemerlukan saya outstation macam husband saya. saya kerja swasta. memang xdelah company nak bazirkan duit pergi hantar kursus sana sini.. sekali je pernah kursus belajar taxiderm, tu pun org tu yg dtg tempat kerja kami bagi tunjuk ajar.

2. tempat kerja saya ada bilik sendiri, ada power point sendiri. jadi kalau breastpump elektrik pun boleh pakai dan pump ditempat sendiri. xmemerlukan bateri pun kalau nak pump di office. lagipun awal2 nak cakap dengan bos dan semua colleagues, i nak breastfeed my child.. please give support and respect..

3. mungkin kami tak memerlukan sesi pumping dalam kereta sebab jauh manalah sangat rumah parents saya.. kat KL je pun.. kampung husband pulak makan masa 1 jam setengah perjalanan.. xde maknanya nak pump dalam kereta. direct breastfeed je.

lastly, atas restu suami (hamboi, nak restu2 kan? tapi org nak beranak ni, redha suami adalah 'selusuh' yang utama) & recommendation dari kakak ipar, kami beli yang ini:

Spectra 3 =)

sebab kakak ipar ada pengalaman pakai breastpump ni. so anything happen, mcm nak service ke, ape ke, boleh tanya dia..ok, sebenarnya a few weeks ago dah pergi pun rumah dia angkut breastpump ni, mintak dia ajar cara guna (semangat x?)

setakat ni storage bottles beli 10 pcs je dulu. 50pcs pakai storage plastic je. nak tgk dulu mana yg convenient dengan cara hidup kami nanti. sbb lain orang, lain cara hidupkan. ada yg selesa pakai semua bottles, ada yg selesa pakai plastic sbb jimat ruang.. so, we'll wait and see..

Nursing bra pulak, beli beberapa helai. ramai kata better beli 1 size bigger dengan size kita pakai sekarang. nursing pad, setakat ni semuanya beli yg washable.. belum beli yg disposable.. tgklah mana yg sesuai dengan diri nanti..

Sterilizer dengan warmer pun dah beli. ada je yg rasa sterilizer macam xpenting sebab boleh je rebus botol2 susu tu dalam periuk mcm mak2 dulu buat. tapi saya rasa penting sebab nanti EBM saya akan simpan dalam peti ais yg sama dengan peti ais harian kami. jadi botol2 storage mmg terdedah dengan bahan makanan yang lain. husband kata kene tengok hasil stok susu dulu.. kalau memberansangkan, baru dia akan consider beli deep freezer..

Comel tak tok abah Little Caliph? abah saya bagi hadiah buku ni. katanya ni sebagai tanda beliau support usaha murni kami nak susukan cucu dia.. terima kasih abah..

Rasanya itu sajalah persiapan untuk perjalanan breastfeeding Little Caliph nanti.. nanti dah ada pengalaman, saya share lagi ye.. mohon doa kalian agar kami dimurahkan rezeki untuk menyusukan Little Caliph nanti..

terima kasih=)

2 comments:

  1. hoho..mesti da lm entry ni kan.. so pasni bleh chare psl bfeed lak kann

    ReplyDelete
  2. MG pon dah beli breast pump walaupon baru masuk 5 bulan kandungan.hehe

    ReplyDelete