07 January 2013

Baby meragam sebab nama xsesuai?

Salam

Pernah dengar?

Dulu masa sekolah, pernah tengok birth cert kawan. ada akuan bersumpah kat belakang birth cert dia. akuan tukar nama. budak2,pelik. kepochi tanya member "eh, kenapa awak tukar nama?" "mak kite kata nama kite xbest tu sebab kite asyik nangis & sakit.. kenelah tukar nama.. pastu bapak kite kene angkat sumpah sebab nak tukar nama kite".

mungkin betul. nama tu panggilan kita. apa yg orang panggil, itu adalah doa untuk kita. tulah sebabnya kenapa lebih afdal kita panggil nama penuh dengan sebutan yang betul. barulah membawa makna yang mak bapak kita inginkan. bukan senang ok nak bagi nama kat anak (berdasarkan pengalaman sendiri)

mmg saya xnak nama anak lebih dari dua suku kata.. sbb nama saya ada 3 suku kata & kecenderungan orang nak singkatkan nama saya ke 2 suku kata, sangat tinggi. contoh fa-ti-ha (3 suku kata) membawa maksud 'Pembukaan'.. orang suka2 je panggil ti-ha (2 suku kata)..xtahu apa maksud (-_-")

Husband dah cakap awal2, untuk anak lelaki, dia nak ada nama Muhammad or Ahmad didepan. Katanya nanti kat padang masyar, Muhammad/Ahmad akan dipanggil dulu. saya pulak request nak nama Imtiyaz dibelakang nama setiap anak. dapat ilham masa pergi treatment kat Az-Zahrah ternampak nama ni. unique sbb menggabungkan nama saya & husband serta mempunyai maksud "pilihan". so, if baby boy, anak kami dah confirm2 nama Muhammad/Ahmad _____ Imtiyaz. Fikir2, panjang bebenar.

Bila scan, nampak boy. after lebih dari 3 kali scan nampak boy, memang boylah kot. so, standby nama boy. langsung xterfikir if tiba2 keluar girl, mmg xde nama lagi. hehehe..

one find day, saya bagitau husband, i'm so interested with 'Ziyad'.. memenuhi criteria saya. 2 suku kata & mempunyai maksud. the best part is 'Ziyad' and 'Yazid'(nama husband) adalah sama.. tukar susunan alphabet je.

"bestkan? dalam 'Ziyad' ada 'Yazid'"
"Ziyad Yazid"
"Muhammad Ziyad bin Mohamad Yazid"
"xnaklah. kita letak Ahmad Ziyad Mohamad Yazid"
"Ok"

so, family saya semua dah start panggil2 Ziyad eventho baby dalam perut lagi.

bila dah sarat, masih lagi belek2 buku nama2 yg ibu saya hadiahkan. actually nak get ready nama baby girl. just in case.. kot2 terkeluar gegirl. tapi memang berharap boboy la.. anak sulung lelaki,konon boleh jadi imam for adik2..InsyaAllah..

Still. xdapat cari nama perempuan. tah kenapa semua nama perempuan dalam buku tu xsedap bagi saya..hahaha..pengaruh hormon mungkin. boleh pulak terjatuh cinta dengan nama 'Zahin'.

"boleh x nak selit nama 'Zahin'?"
"xpanjang sangat ke nanti nama dia?"
"panjang"

malam sebelum husband pergi JPN untuk register, husband tanya lagi.

"confirm ye Ahmad Ziyad"
"Ahmad Zahin Ziyad, boleh?"

Yeayy.. finally dapat Ahmad Zahin Ziyad!

After registered, kami umumkan kat family nama anak kami ialah Ahmad Zahin Ziyad.

Yup! 1st reaction, 'kenapa panjang sangat?'

Ibu saya suka dengan nama Zahin. Jarang nama Zahin katanya. lagipun nama Ziyad agak famous dikalangan saudara mara kami. sepupu saya punya anak dah ada 3 orang nama Ziyad. Ziyad Iman, Thouriq Ziyad, Ziyad Zuhayr. Ziyad..Ziyad..& Ziyad.. so, ibu cadangkan panggil Zahin.

Kalau refer previous post pun, mmg saya panggil Zahin.

Mungkin kebetulan kot. masa dalam pantang, Ziyad susah nak tidur malam.. dia xnangis. Alhamdulillah, dia mmg jarang nangis. tapi dia akan berjaga start pukul 3 pagi lepas minum susu sampai next session pukul 5 pagi!.. bila dia xtidur, saya & ibu pun xdapat nak tidur.. risau kan.. pangku, tepuk2, dodoi2 pun xjalan.. terkebil2 dia tengok kita. masa nilah saya ambik kesempatan buat power pumping. Ya, saya start amalkan power pumping since dalam pantang. Alhamdulillah, wujud kesedaran dari awal utk banyakkan susu badan berdasarkan konsep demand n supply.

lepas bercukur, ziyad demam. kulit kepala naik ruam. kesian tengok dia.

tah macam mane, 1 hari tu ibu kata tukar panggil Ziyad instead of Zahin.

kata ibu, dari dalam perut dah panggil Ziyad. tiba2 bila lahir, panggil Zahin. tah2 baby ni confused. hihihi.. ada ke baby dalam pantang dah faham? takpelah, kami pun tukarlah panggi Ziyad.

Alhamdulillah, Ziyad mmg xbanyak ragam. tidur malam kami lena sekali. kalau ziyad jaga pun utk minum susu je.. tu pun dia xnangis.. just tendang2 badan saya je.

Mungkin kebetulan je kot. dan ziyad sangat rapat dengan ayah dia. mungkin sebab maksud nama mereka adalah sama. 

Ziyad & Yazid bermaksud Yang bertambah/pertambahan.

Kebetulan atau suratan : rabu lepas, adik saya tunjuk gambar surat beranak anak kawan dia yg masa tu baru 9 hari lahir. tertera nama Muhammad Ziyad Zahin! APAKAH?!



2 comments:

  1. salam,

    ira pon dulu macam tuh, dari dalam perut ibu panggil ain, sebab ibu suke sangat nama ain...

    tapi bile dah keluar, abah tak mo plak letak nama ain, g letak nama nadhira...

    sudahnye, bile dah keluar, panggil nadhira...ibu kata saya kuat nangis, so nenek cadangkan panggil nama ain, sebab nenek kata, bayi dah start mendengar dari dalam perut ibu...

    so sampai skang, semua orang panggil saya ain :)

    ReplyDelete
  2. Seriously?

    saya ingat ibu saya main2 suruh tukar panggil ziyad..

    ReplyDelete