14 August 2013

pasca raya : jadual pumping yg ke laut.. kini mencari milk booster..

xde sebelum or semasa raya, tiba terus ke pasca raya?
cliche sgt time macam ni semua nak bercerita pasal raya.

the 1st raya for this anak bertuah, Ahmad Zahin Ziyad. ape yg boleh dikatakan, dia sangat bersemangat.. mungkin sbb dia jenis suka keluar berjalan2 di luar kot. 1st raya utk MakNgah Ziyad as isteri kepada orang2 biasa. hihihi..kelakar.. 2-2 org ni semangat nak berjalan raya.

tema tangkap muat. xde baju raya pun sbnrnya.. kebetulan, ada jubah putih utk 2 hero saya ni yg belum pernah pakai. jadi terus jadikan baju utk dipakai pagi raya. baju saya pulak, beli online 2 bulan lepas sbb stok baju kurang dah xde utk g kenduri kendara saudara mara. belum pernah pakai sbb labuh. terus decide pakai utk pagi raya.

kopiah Ziyad dari Madinah. family saya belikan masa pergi ziarah madinah march/april lepas.
Since blog ni bukan diari, so, malaslah nak cerita apa kami buat, ape kami makan, bla bla bla.. nak tulis pun macam bosan.. apatah lagi korang yg membacanya..

yg nak dikongsikan ialah, bekalan stok susu Ziyad yg kian meruncing. minggu terakhir bulan puasa tu, ibu ada bagitau Ziyad selalu mengamuk xcukup susu.. masa tu saya bekalkan setiap botol 5oz susu.. penuh botol susu Avent 4oz tu.. jadi, ahad terakhir ramadhan tu, pergi One Baby World utk beli botol susu 9oz.

suka buat kedai ni macam rumah sendiri.
Isnin tu, saya masih lagi bekerja. saya bekalkan 6oz dulu sbb muat2 je masuk dalam storage botol 5oz biasa tu.. Alhamdulillah, cukup. skrg ni tgh survey storage bottle yg lebih besar.. biasa jumpa 5oz je.. bila tanya mak-mak orang, anak dorang minum susu dalam 3-4oz je.. patutlah susah betul nak cari storage botol lebih 5oz.. nasib ada yg suggest katanya storange botol pigeon ada yg besar.. tapi belum jumpa lagi.. ada sesiapa tahu?

macam biasa, time raya ni, jadual pumping mmg lari sikit.. balik kampung, mmg pam sekali je.. siap2 dah bawak botol banyak konon nak pum dgn disiplin.. skali tgk keadaan peti ais yg tak mengizinkan, mambantutkan niat.. sudahlah stok critical. demand tinggi.. supply masih merangkak nak naik.. kene bantuan milk booster.

red dates + dried longan
pagi2 ni dengan semangat mereneh kurma merah dan longan kering.. bawak bekal pergi office.. moga menjadilah ye..

dulu sebelum kawin, rajin jugak minum air rebusan kurma merah+kurma madu. beli dari kedai sensei.. jiran saya yg ajar.. katanya bagus utk pengaliran darah & utk hal2 perempuan. since saya ni ada tekanan darah rendah, ibu pun berusaha suruh saya minum. bagi saya, ok lah.. kurang sikit pening2.. muka pun xdelah pucat sgt..

bila dah kawin, jarang sgt buat air ni.. ni dah ada masalah stok, baru teringat nak buat balik.. tapi kali ni ganti kurma madu dengan longan kering.

mudah2an mendatangkan hasil.

No comments:

Post a Comment