sejak abang sepupu saya kahwin menggunakan khidmat pemain musik gamelan, saya sudah jatuh hati pada gamelan..dan sudah berangan-angan nak ada gamelan juga masa my BigDay..sesiapa yang kenal dgn saya pasti tahu betapa saya bukan seorang penggemar musik..kalau kamu jumpa saya sedang menghafal lirik lagu atau menyanyi lagu dgn penuh semangat, maka itu bukan saya..bukannya tak dengar lagu langsung..dengar..tapi utk jadi peminat fanatik lagu, amatlah dalam mimpi..kwn2 se'hostel' sibuk sumbat telinga dgn earphone/headphone, ke hulu ke hilir dgn walkman/diskman,i lebih rela tadah telinga dgr suara kwn2 menyanyi kecil=)
maka, kalau mahu belanja saya, jgn offer pergi karaoke..sila belanja makan..pasti berbaloi & saya pasti takkan hampakan kamu=)
back to the topic..bila dah jatuh cinta, maka antara perkara pertama yang saya buat adalah survey harga gamelan..abang sepupu saya menggunakan perkhidmatan pemain gamelan dari kumpulan MAS..tanya harga, rm 2.5k utk 4hours..seorang lagi sepupu saya menggunakan khidmat gamelan dari IB..jugak dalam lingkungan harga yg sama..seorang lagi sepupu saya menggunakan khidmat gamelan dari UIA..ermm..tapi lagu-lagu yg boleh dimainkan agak terhad..hanya koleksi lagu P.Ramlie..
satu hari pergi makan di Central Market..terdengar musik gamelan..hati berbunga-bunga..tiba-tiba teringatkan Tourism Malaysia pasti ada gamelan..mula terfikir mengkin boleh cari CD koleksi musik gamelan..lebih ekonomi berbanding menggunakan perkhidmatan pemain musik gamelan secara 'live'.memandangkan kerjaya saya sangat berkait rapat dgn Tourism Malaysia & Central Market, maka adalah kenalan dari sana..mungkin boleh tanya mereka & cari jalan dapatkan khidmat or paling kurang CD gamelan..
dipendekkan cerita, rupanya ada sepupu saya yang buat business PA sistem..paling best dia ada koleksi musik gamelan..package lengkap yg memang diidam-idamkan..at least tak yah sibuk-sibuk cari orang nak sewa PA sistem dan gamelan secara berasingan..harga?bawah ribu-ribu..
saya harus juga sewa PA sistem sebab aturcara majlis saya memerlukan emcee utk membaca pantun-pantun klasik..tahlah kenapa saya kurang berminat menggunakan khidmat DJ..saya lebih suka emcee yg skema siap berskrip & pantun segala. lebih 'secure'..at least saya tahu apa yg mereka akan katakan..berbanding DJ yg suka merapu ikut skrip sendiri..yg boleh buat muka saya kat pelamin berkerut-kerut protes tanda rimas tak suka DJ merapu..
tambah lagi mengikut perancangan, beberapa orang sepupu saya akan berselawat beramai-ramai..maka PA sistem amat perlu..tahlah..saya lebih suka majlis kahwin didewan dilengkapi dgn emcee..macam tak lengkap bila majlis dalam dewan yang dihias, tetamu memenuhi dewan, tiba2 takde emcee sebagai pengacara majlis..tiba-tiba dewan sunyi tanpa musik latar..macam majlis kahwin tanpa perancangan lengkap pula..macam takde pengisian majlis..macam pengantin buat hal sendiri..tiada pantun alu-aluan..tiada aturcara majlis yang teratur..
inilah dia package lengkap saya...
thumbs up utk perkhidmatan yang diberi..yang bersongkok itu lah abang sepupu saya..sesiapa yg ingin perkhidmatan PA sistem, sila hubungi beliau...highly recommended..
No comments:
Post a Comment