22 March 2010

luar pintu/outdoor

Salam..

hari ni macam bersemangat sikit nak upload pics from our outdoor photo session since guna new lappy yg tahap kelajuan & kepantasan bekerja sangatlah membanggakan.. tapi si lappy yg lama tetap ada & elok lagi..just terkedek2 sikit..maklumlah, usianya semakin tua..

sekarang ni bidang photography berkembang dgn maju & pesat.. Si bongsu Irfan yg baru form 2 juga sudah berupaya memiliki  sebuah DSLR dari Nikon..Haih~~ i jugak dgn barang2 lapuk lagi..sekarang sudah trend utk mengadakan pre-wed photo session.. ada jugak yg prefer post wed..dan semestinya kedua2 photo session ini mestilah outdoor..
utk post wed ni memang dipilih pada hari lain..taknak sama dgn hari majlis sebab kami tak nak tinggalkan tetamu di majlis & pergi bergambar2 ditempat lain..tetamu datang mestilah nak jumpe pengantin, tapi pengantin pulak takde sebab g tangkap gambar kat tempat lain..Incik Tunang *pada waktu tu* pun berkeras tak nak buat outdoor hari yg sama dgn majlis..tapi kalau setakat outdoor dpn dewan/rumah, yg dekat2 je, oklah..

betul, kos akan meningkat sikit bila buat outdoor pada hari berlainan.. nak sewa baju lagi, make-up lagi..semua akan di charge semula..& mestilah photographer pun akan charge extra pasal dikira in different event/session.. 

pandai2lah buat pilihan..


the groom & the bride in very 'plain' look..suka-suki je baju sukahati & tak make-up..inilah diri sebenar dalam kehidupan seharian=)



saya prefer memilih post-wed photo session..boleh buat aksi menggedik berlebihan & melampau sebab sudah sah suami isteri..lagipun saya tak tahu nak guna pics pre-wed utk apa sebab saya ada sedikit paranoid dgn berimaginasi gambar2 saya akan masuk tong sampah jika digunakan pada barang2 kawin.. baik real photo ataupun ditukar ke bentuk kartun..dan saya harus berusaha mengelakkan fitnah serta tanggapan serong tetamu2 yang terdiri dari 'orang lama' yg masih nak kekalkan adab dalam berkawan lelaki & perempuan..

namun masing2 ada pilihan dan pandangan sendiri..jadi pilihlah ikut kesesuaian kamu..

 







sebenarnya saya tak keluarkan modal besar utk photo session ni.. Alhamdulillah.. sebab lokasi adalah tempat kerja sendiri..jadi masuk adalah percuma..photographers yg baik hati pulak tak charged extra.. dia kata dia bagi free.. kalau ikutkan sebenarnya, mahu jugak telan ratus2 utk 1 session ni sebab ia melibatkan hari yg berbeza.. jimat lagi bila takyah sewa baju pengantin or make-up..sebab macam tak kena pulak pakai baju kawin jalan2 dalam park..bagi saya lah.. mcm lebih comel berkasual saja..

pastu si photographers tanya masa di carpark 'eh, korang tak bawak props ke?'

haha..selamber je lenggang kangkung dtg bawak badan.. mungkin photographers dh biasa ambik gambar outdoor dgn props bagai..belon, tikar, bakul, payung, basikal, baju berpasang2 kejap2 nak tukar..padahal props kami dah ada kat dalam park..buat pe susah2 bawak kan?

props kami ialah pelbagai jenis burung jinak yg boleh dibelai2..=)


 ini ialah Malay Eagle Owl.. bahasa mudahnya ialah burung hantu.. nama dia Kitty..


"kitty sayang... look at the camera"..ha..jgn main2..burung2 ni sume belajar speaking english ok!=)



ini ialah di 'World of Parrot'


ok..cukuplah kot rasanya..tepek banyak2 sekali gus nanti kamu semua bosan & muak.. lagipun dah malam ni..nanti bila saya ada masa lagi, saya upload lagi ye.. maaf kepada sesiapa yg dah muak & bosan dgn gambar2 basi ni..

*best betul dgn lappy baru ni..teknology mmg semakin canggih*

DeepInsideMyHeart : Haih.. i bukan promote tempat kerja sendiri mahupun photographer sendiri.. kamu jgn pandai2 pergi Bird Park & mintak masuk free utk wedding photoshoot ya..saya tak jamin kamu masuk free=) jgn pulak kamu call si Azim Photographer tu & mintak free outdoor photoshoot dgn alasan si blogger 'idea kahwin saya' dapat free..tapi kalau rezeki kamu, mungkin boleh dapat kot=) atas budi bicara beliau lah..

4 comments:

  1. kalau x dpt free..dpt disk boleh kot..hehe..

    ReplyDelete
  2. update at www.azimzainudin.com.
    thx byk2 korang...seronok dpt shoot kamu berdua...sgt sempoi n sporting. hope u like all the pics!

    ReplyDelete
  3. wah...post wedding..bstnye..bila la plak time sy.hikhik..btw follow u..do follow me:D

    http://beeflyingtohoney.blogspot.com/

    ReplyDelete