05 May 2010

doorgift makanan

Salam..

Susulan dari entri yang lepas mengenai tips memilih doorgift/ wedding favor, jadi kali ini kita tengok pulak ape barang2 yang berpotensi utk dijadikan doorgift.. sekali lagi, ini hanyalah pandangan/cadangan dan pendapat saya yang bukanlah pakar.. tapi just nak berkongsi idea saja..

Makanan..

Jika kamu memilih makanan sebagai doorgift, haruslah memilih jenis makanan yang tahan lama & boleh dimakan oleh semua lapisan umur. Contoh disini:

1. Kurma (Dates)
- Saya rasa memberi kurma sebagai doorgift sangat cool!!..idea ini timbul masa bulan Ramadhan beberapa tahun lepas.. I berbuka puasa dgn my colleagues & boss yg memangnyelah bukan melayu & Islam tapi sangat2lah suka makan kurma.. jadi, kurma adalah makanan yg dimakan oleh semua orang..selain dari sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

2. Kismis/Raisin
Sama seperti kurma. Sangat cool! Lebih2 lagi jika dipacking dalam botol mini/ mini jar.. ala mcm botol jem mini tu.

3. Jem
Jem perisa buah-buahan sgtlah berguna.. mungkin kamu boleh mengukir nama kamu di botol tersebut. Sekurang2nya lepas jem habis dimakan, botol jem yg terukir nama kamu & pasangan, masih boleh disimpan dgn baik.

4. Bahulu
Ini memang ramai dah buat. Sgt classic tradisional. Senang juga nak cari vendors for kuih bahulu ni. Feedback yg biasa saya dapat bila hadiri majlis kahwin yg bg doorgift ini, mmg baik terutama dikalangan makcik2. Ada seorang makcik yg merupakan jiran saya, cdgkan kat ibu saya utk bg doorgift bahulu yg besar tu sebab beliau suka bahulu celup kopi panas=)

5. Telur
Semestinya dah menjadi tradisi majlis kahwin bersama telur rebus. Tak kisahlah telur rebus biasa atau telur pindang atau telur asin atau telur burung puyuh.

6. Muffin
Berbanding dgn kek, muffin lebih tahan lama. Tak mudah lapuk. Tapi harus pastikan muffin yang ditempah/dibeli itu betul2 muffin yg dimasak cantik. Cukup semua bahan. Sebab saya pernah dapat muffin yg separuh je dari cup dia. Maksudnya muffin tersebut mentat (tak cukup ‘kembang’)

7. Tart
Tak kisahlah egg tart ke, cheese tart ke..sedap jugak..selain comel..

8. Acar buah
kalau ikut resepi acar buah warisan keluarga saya, acar buah kami boleh disimpan lama. malahan makin lama disimpan, makn sedap sebab semua bahan2 bercampur sebati. makngah saya pernah bagi acar buah sebagai doorgift. acar buah ini sedap dimakan bersama nasi. mcm sambal belacan lah..

9. dodol/ wajik
dodol sekarang dah macam2 perisa. ada perisa kelapa, ada perisa durian..dah pelbagai. packing juga cantik2 & comel2.. ok jugaklah kan.. 

Itu jelah yg dpt dikongsi bersama.

Tiba2 saya terfikir. Sesiapa yg jadi ejen MLM tu, kot2lah nak promote produk sendiri, boleh jugak kan? Bagi seorang sepaket 3 in 1 kopi ke, minuman koko ke, minuman penambah tenaga ke.. apape jelah produk kamu jual tu.. selain meningkatkan jualan *sebab beli byk utk wedding sendiri*, kot2lah ada tetamu suka dgn minuman 3 in 1 tu, hah, terus jadi ahli.. bertambah2lah downline kamu..ye dok?=) kalau takde pun, anggaplah kamu buat ‘branding’ only=)

2 comments:

  1. elya rasa skang ramai orang gune muffin atau cuppies , perasan tak???
    doorgift elya nnt pun berbentuk makanan juge :D

    ReplyDelete
  2. senang bg makanan nie..boleh dimakan kan...
    yang wajik 2 penag buat masa tunang dulu..mmg lain dari yang lain kan..:-)

    ReplyDelete