19 October 2011

kursus kahwin sangat best untuk mereka yang tak sabar ingin berkahwin

Salam

Entri dibawah ini saya tulis pada 7 April 2009.

saya telah menghadiri kursus kahwin selama 2 hari di Zura's akademik. sebelum ini dibayangkan menghadiri kursus adalah sangat membosankan sebab kena dengar ceramah yang boleh membuatkan diri anda menguap sehingga terasa rahang mulut anda hendak tercabut. tapi, ada beberapa faktor yang boleh menjadikan kursus tersebut menarik dan diingati selama-lamanya.



sebabnya:

1. anda sangat-sangat teruja untuk berkahwin (melainkan pasangan anda adalah pilihan keluarga*kahwin paksalah* )

2. penceramah sangat sporting dan sempoi (saya sangat suka ceramah yang diberikan oleh Ustazah Zawiyah & suaminya, Ustaz Che Hashim*tak pernah sekali pun saya menguap ketika mendengar ceramah mereka sebaliknya air mata saya mengalir keluar kerana kegembiraan-sangat lucu dan sungguh berkaitan dengan realiti* )

3. ada selebriti yang hadir bersama dalam kursus tersebut * Darling Ngasri & tunang bersama saya dalam kursus tersebut*

4. diberikan panduan yang lengkap dari A-Z untuk proses perkahwinan menurut undang-undang di Malaysia.

ada seorang Ustaz memberikan saranan yang saya sendiri pun xpernah terfikir sebelum ini. lebih kurang begini beliau berkata:"zaman sekarang ini orang sibuk memberikan beg tanganlah, kasutlah, perfumelah, apa-apa sajalah*saya akui ini adalah benar sebab semua barang-barang tersebut dah termasuk dalam list hantaran saya* "cubalah bagi untuk dulang pertama, Al-Quran, dulang kedua, tafsir Al-Quran, dulang ketiga, hadith Nabi, dulang keempat, sirah Nabi & Rasul, dan seterusnya sampai cukup untuk 1 mini library dirumah kamu bila dah kahwin nanti *gulp- saya tidak terfikir ini*

1 comment:

  1. gulp... betul kata ustaz itu.
    tp bila kita bg mcmtu kan, ada stgh akan kata mcm x mampu bagi lain ke. budget alim sgt.
    sedih dgr. T_T
    bila ada dan tiada masih bercakap....

    ReplyDelete