03 October 2011

pabila mengandung menjadi perkara wajib bila dah kahwin..

Salam,

Anak.

Topik seterusnya yg hangat sebaik saja selesai majlis kahwin. walaupun saya tak pernah menulis mengenai hal ini, tapi percayalah saya sendiri tak pernah terlepas dari melalui soalan2 cepumas pasal hal ini.

bagi saya, mudah. belum sampai masa yg sesuai & terbaik utk kami mendapatkan cahaya mata. bukan merancang. kami lebih suka secara semulajadi.. tidak merancang utk tidak mengandung & tidak pula terlalu merancang untuk mengandung. sbb sebaik2 perancangan adalah dari Allah yg Maha Mengetahui.

Kami gunakan masa & peluang semasa masih berdua ni sebaik mungkin. mengatur dan merapikan lagi hidup kami berdua. bagi saya, ada banyak hikmah tersembunyi. sebelum berkahwin,saya xpernah terfikir kami akan dapat tinggal sebumbung sebagai suami isteri. kami bersetuju utk melayari rumahtangga kami secara jarak jauh (PJJ) tapi Allah makbulkan doa kami. sebulan saja PJJ, suami saya dpt bertukar ke KL. Alhamdulillah..

Saya redha. Tuhan kurniakan saya seorang suami yg baik utk sentiasa menemani saya disisi. jadi, kami diuji dlm soal mendapatkan zuriat. ini semua ada hikmah yg tersembunyi. jika Tuhan sentiasa memakbulkan doa saya dengan cepat, pasti saya akan lebih cepat terleka dgn kurniaanNya. Allah Maha Penyayang.

Macam saya pernah cerita dulu, saya bukanlah seorang yg mahir dlm bab memasak. tapi berbekalkan usia perkahwinan yg hampir melangkah ke tahun kedua ni, Alhamdulillah, skil memasak dapat ditingkatkan & dah tak perlu risau kalau2 keluarga mertua serta ipar duai dtg bertandang utk makan tengahari atau makan malam. saya rasa ini  antara hikmah yg diberikan Allah. kalau saya ada anak, mesti sy akan sentiasa menjadikan 'menjaga anak kecik' sbgai alasan utama utk mengelak dari membuat kerja-kerja rumah baik dirumah sendiri mahupun ketika pulang ke kampung utk kenduri kendara.

Kami suami isteri bukan berasal dari keluarga yg berada. kami harus bekerja keras dlm mengukuhkan ekonomi kami. Alhamdulillah, Allah berikan kami rezeki dalam bentuk yg lain. tak pernah terbayang utk kami memiliki rumah sendiri dgn kapasiti 4 bilik tidur seawal usia kami begini. saya percaya, jika Allah berikan kami rezeki dgn rumah sebegitu, InsyaAllah Allah akan kurniakan kami cahaya mata utk menghuni & memenuhi rumah tersebut. dengan syarat jgn pernah putus berusaha, memanjatkan doa & bertawakal padaNya.

Soalan2 yg menjengkelkan mengenai isu anak ni mmg xboleh nak lari. nak emo lelebih pun buat penat badan je kan?=) jadi kita berfikir secara positif saja.

Mungkin selama ni kita suami isteri PJJ & belum dikurniakan anak sbb Allah uji kesabaran kita & sejauh mana kita berusaha utk tinggal bersama sbgai suami isteri mcm yg sepatutnya. Mana tahu berkat usaha, kita dah tak perlu PJJ & bakal anak kita berpeluang merasai kasih sayang dari kita suami isteri sejak dlm kandungan lagi? takdelah kita mengandung bawak perut tanpa suami disisi.

jgnlah pulak kalau ada pembaca yg PJJ & tgh mengandung atau pernah mengandung sewaktu berPJJ salah faham pulak dgn kenyataan saya di atas. setiap perkara ada hikmah. Tuhan berikan kamu rezeki mendapatkan zuriat supaya terubat sedikit kesunyian kamu. mana tahu tertulis rezeki dengan lahirnya anak tu, kamu dah tak perlu berPJJ. Allah Maha Adil. Ingat tu.

ini jelah sedikit sebanyak yg boleh saya kongsikan bersama mengenai isu anak ini.

jgn kita terlalu mengharapkan sesuatu yg belum ditakdirkan utk kita, sampai kita mengabaikan apa yg telah kita ada. Jaga kerukunan rumahtangga. jgn sampai kita terlupa hal itu dlm keghairahan utk mendapatkan zuriat.

Mulut org, mmg kita xboleh nak tutup. Mengandung awal/bunting pelamin pun org nak soksek soksek duk kira kita ni mengandung sebelum nikah atau selepas nikah (-_-"). Mengandung tapi gugur, pun nak sibuk2 jugak membebel kenapa xjagalah, apalah..macamlah dia lebih berkuasa dari Tuhan.. Lambat mengandung dituduh pulak menolak rezeki dgn merancang atau paling teruk, dituduhnya mandul!

so, kawan2 ingatlah kata2 ini..

IF ALLAH ANSWERS YOUR PRAYER,HE IS INCREASING YOUR FAITH
IF HE DELAYS, HE IS INCREASING YOUR PATIENCE
IF HE DOESN'T ANSWER, HE HAS SOMETHING BETTER FOR YOU.. 

Sekadar berkongsi rasa=)

5 comments:

  1. betul3x... mulut org kite x boleh tutup. biarla ape mereka nak kata. yg penting rezeki semua dr tuhan. kite hanya merancang & usaha. tuhan menentukan segalanya... :)

    ReplyDelete
  2. we are in the same boat
    Moga Allah makbulkan doa kita

    ReplyDelete
  3. saye sgt lega bc entry awk ni.pembakar smgt sy.sy pun salu di kotak katikkan oleh org yg mcm x tau apa itu rezeki Allah.=) -akma-

    ReplyDelete
  4. Allah dah tetapkan waktu yang sesuai, cuma kita sahaja yang tak tahu dan perlu berusaha lagi.

    lega sikit baca entry ni. ((;

    ReplyDelete
  5. mohon share atas kata-kata diatas.
    situasi awk sama mcm sy,di usia perkahwinan menjangkau 10 bln hati mana tidak meronta mahukan kehadiran si kecil penyeri dalam rumahtangga kan.insyallah saya percaya setiap percaturannya adalah terbaik buat kita..

    ReplyDelete