Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti
-Sayyidina Ali bin Abi Talib-

08 August 2012

buat ibu mengandung yg mencari baju raya

Salam

Misi mencari baju raya tahun ni bukan mudah. 

eh, sebenarnya salah sendiri xcari awal2. bukan ape, xde semangat nak raya.. lebih semangat nak beranak! hahaha.. time orang sibuk buat persiapan raya sebelum Ramadhan, kami sibuk lengkapkan barang baby.

bila tinggal beberapa hari nak raya ni, baru terasa nak beli baju raya. ingat senang je nak cari jubah je. sekali baru tahu sekarang jubah semua dah berevolusi.. semua ada cutting kat pinggang.. memang xmuat nak masukkan perut ada baby 8 bulan ni.. lepas tu, nak kene bersesak2 dengan orang.. kesian Little Caliph, asyik nak terpenyek je.. dengan energy sekarang, baru jalan sikit dah penat.. kene rehat.. mmg mencabar betul.. kepada saya & kepada suami yg jadi peneman setia.

last2 fikir nak beli online saja.

bila blog walking terjumpa blog yg suggest Butik Mama.


last2 bukan beli online, pergi sendiri ke outlet dia kat Bandar Sri Permaisuri=)

saya rasa berbaloilah kot beli jubah kat sini sebab dia ada button kat leher sesuai untuk menyusukan anak lepas bersalin nanti.. memandangkan raya nanti adalah waktu kami menghitung hari & bersedia sbb bila2 masa boleh bersalin, bagi saya lebih berbaloi beli jubah yg boleh pakai untuk nursing. sebab pakai waktu raya kejap je, pastu dah bersalin. lainlah kalau waktu raya ni, saya baru 6-7 bulan, masih boleh melaram dengan jubah ni lebih lama..


Convenient jugak pergi outlet ni sbb xramai orang.. xperlu bersesak2.. boleh rasa jenis kain, jarang ke x, melekat ikut bentuk badan ke x, yang penting boleh try sbb ada fitting room.. kalau nak beli online, risau size x ngam. paling best sbb boleh pilih sambil duduk=)

dah, selesai bab baju raya.. rembat sekali 2 helai terus.. cukuplah.. banyak2 pun bukan boleh beraya sangat nanti.. sebab kene standby nak bersalin.. doakan kami ya..


1 comment:

  1. Jubah paling sesuai utk kite yg sarat nie, org pun minta umi jahitkan jubah senang pasnie bila2 boleh pkai...

    ReplyDelete