saya tak tahu ada vicks for kids.
sy tahu, vicks biasa tu mmg xsesuai utk kanak2 bawah 2 tahun. mmg ada tulis kat label botol vicks tu. cinonet je tulisan dia. tapi clearly stated.
masa ibu saya menunaikan umrah, Ziyad demam. babysitter Ziyad, kak liza yg suggest and tunjuk sample vicks utk kanak2 ni. petang tu jugak husband cari di farmasi & beli.
keluaran 21st century.
bau dia best. strawberry. kami sapukan pada belakang, dada & sedikit pada batang hidung ziyad utk legakan hidung tersumbat. kami sapu juga kat tapak kaki & pakaikan stoking sebelum tidur. tapi biasalahkan, batuk n selseme ni makan masa sikit nk sembuh.
tapi 2-3 hari lepas ibu saya balik dari umrah, alhamdulillah, Ziyad dah sihat. ibu saya kata demam rindu tu yg badan dia panas on & off. batuk & selseme pun dah ok. balik je dari umrah, esok tu, nenek ziyad lapkan 1 badan ziyad dengan air zamzam..
Alhamdulillah, saya dah sihat. |
tapi sabtu lepas, badan ziyad tiba2 panas masa saya susukan dia tengah malam tu. panas sampai dia merengek2.. punca demam tak tahulah. mungkin musim. tapi ibu saya kata mungkin jugak sbb nak tumbuh gigi.. erk! terus google. sbb nak tahu adakah normal baby 7 bulan tumbuh gigi. hahahaha.. tapi ibu saya kata proses tumbuh gigi baby ni makan masa. lagipun baru nmpk gusi dia putih2 je.. belum terasa lagi gigi dia.. tapi mmg air liur dia meleleh je.. tak tahulah samada sbb tekak dia sakit, so xleh telan air liur atau apa..
2 kali saya bawak ziyad ke klinik. klinik berlainan. sbnrnya saya concerned pasal batuk dia tu.. takut kan sekarang ramai yg terkena jangkitan paru-paru.. nauzubillah.. mohon dijauhkan.
Alhamdulillah, isnin malam tu dia ok walaupun badan dia masih dedar. tapi stil jugak bagi dia minum air zam-zam setiap hari & lap badan dengan air ramasan daun bunga raya.
orang tua2 kata, budak2 demam nak besar. demam nak buat akal?. hihihi..
orang tua2 kata, budak2 demam nak besar. demam nak buat akal?. hihihi..
baru td baca kat 1 blog, kalau anak badan panas, hiris bawang dan letakkan kat kaki dia (dlm stokin) dan letak gak kat keliling kepala dia..ni cara tradisional lah ni..dijamin selamat :p
ReplyDeleteletak kat keliling kepala tu cmne? xjatuh ke? ziyad suka tidur meniarap..mmg xlekat la..
Deletedemam nak besor...betulle tu..hihi ziyad..ziyad..comel
ReplyDeleteZiyad : Assalamualaikum aunt Fizah.. hihihi.. teechiu sbb ckp ziyad comel..
Delete