26 June 2013

doorgift simbolik kehidupan baru?

wedding adik yg lalu, dipenuhi dengan orkids.


bukan sekadar untuk hiasan dalam stadium tapi juga sebagai doorgift utk semua tetamu. seorang dapat 1 pasu orkid.

"simbolik kepada permulaan hidup yg baru" katanya.

akhir majlis, saudara mara yg akhir balik (mereka yg stay dari awal sampai habis majlis) dapatlah bawa pulang lebih dari 1 pokok orkid. happy.

kereta penuh pokok orkid.

6 bulan berlalu. Jiran tetangga yg hadir, semuanya pokok orkid mereka dah beberapa kali berbunga. cantik2 semuanya. saudara mara pun kalau lihat di instagram, dah beberapa kali upload orkid mereka dah berbunga.

tapi, 

yang peliknya, orkid kami di rumah, masih belum berbunga=(

ibu sangat sayang orkid tu. sbb katanya, arwah abah nak sangat tgk orkid2 tu berbunga. siap dah beli papan untuk buat para di hadapan rumah. utk letak koleksi orkid2 tu. beberapa pasu baru utk digantung separuh dari koleksi orkid tersebut. tapi xberkesempatan. papan masih kemas tersimpan didepan rumah. pasu baru masih bersih tak terusik bersama dawai penggantung.

satu malam...

ibu sendiri mengalihkan orkid2 tersebut kedalam pasu baru tersebut. digantung kan je di ampaian kain baju. sedih.. sebab saya sendiri xtahu bertukang. kalau saya tahu, saya sendiri akan sediakan tempat khas utk gantung orkid2 tersebut. saya sendiri akan buatkan para utk diletakkan orkid2 selebihnya.

=(

setiap hari, tanpa missed, ibu akan menyiram orkid tersebut sambil bercerita mengenangkan arwah abah. setiap hari, rutin tu seolah2 tak pernah dilupakan. lebih konsisten dilakukan dari mengambil vitamin2 yg dibekalkan doktor utk kesihatan beliau sendiri. lebih diingati utk menyiram pokok orkid berbanding mengingati samada dirinya dah makan nasi atau tidak untuk hari tersebut.

4 comments:

  1. Salam..singgah disini..

    First time dgr pokok orkid sbg doorgift kenduri...good idea..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum singgah sini juga. :)

    saya suka kalau orang bagi tumbuhan sebagai hadiah. sebagai permulaan kehidupan baru, yes. and dalam masa yang sama kita berbakti pada tanah, boleh mencantikkan laman, dan mengingatkan kita pada seseorang.. by the way, very nice idea. :)

    ReplyDelete
  3. mana nak tempah bunga orkid untuk wedding?

    ReplyDelete
  4. boleh dapatkan contact nama vendor untuk bunga orkid ni?

    ReplyDelete