05 August 2013

cara nak atasi bos dan officemate yang suka perli ibu menyusu ni..





Sekadar sedikit pandangan,

Bos x support breastfeeding.. kawan2 pejabat selalu perli2 bila nampak susu dalam fridge, bila tengok kita selalu 'hilang' pergi mengepam.

bagi saya, xperlu marah ataupun terangkan kat mereka. apa yg lebih penting, kita sendiri kena 'terangkan' melalui tindakan kita. berusahalah sebaik mungkin utk tunjukkan yg bf mom ni x menyusahkan sesiapa.

contoh, kalau boleh, singkatkan waktu mengepam. mcm mana? berusaha beli pump elektrik double pumping. 20 minit, dah siap 2-2 belah. kalau berkemampuan, belilah yg bateri operated. Mcm Medela FS or Ameda. so, kita xdelah pakai sumber elektrik syarikat. kan lebih 'berkat'. tapi kalau xmampu nak adakan yg bateri operated, please.. mintak izin dari bos nak guna sumber elektrik syarikat. sbb kita pumping ni bukan utk syarikat, tapi utk keperluan peribadi. lebih baik mintak izin supaya anak minum susu dari sumber yg berkat.

kalau boleh, jgnlah selalu jadi chipsmore.. kejap ada, kejap takde.. kan menyusahkan rakan sekerja kalau ada perkara2 yg nak bincang, terpaksa tangguh sbb kita hilang pergi pump. mungkin sesetengah ibu xselesa pumping di workplace sendiri. tapi saya redah je.. pakai nursing cover/sweater besar, pump je kat workplace.. sambil pumping masih boleh menaip or baca document. anytime sy sentiasa ada ditempat saya unless keluar meeting je.. sbb sy xnak orang bengang dgn saya kalau saya pumping kat surau. bile orang bengang, xleh nak marah direct, tu yg di perli2 je tu..

again, please ibu2.. bawak cooler bag with icepacks yg dah beku. xperlulah kita simpan susu dalam fridge company kan? kita simpan susu dalam cooler bag je.. just make sure icepacks cukup utk keep our milk cold. bukan ape, some people rasa annoyed bila kene share fridge dgn something yg sangat peribadi mcm breastmilk ni. xsemua orang boleh accept. cuba fikir kalau officemate kita lelaki yg bukak fridge, tgk breast milk beratur kat dlm tu.. satu lagi cara, bawak bekas or tupperware yg xtransparent, simpan susu dalam tu, simpan dalam fridge.again, jgn lupa mintak izin tau.. moga lebih berkat..

kalau kita boleh bagi 100% commitment towards our bf journey, kenapa kita perlu kurangkan commitment kita pada kerja? kan 2-2 pun ibadah?

sorry admin, terpanjang pulak. sekadar pandangan sebagai bf mom yg pump di office tp xsuka staff2 sendiri ambik kesempatan bila jadi bf mom ni utk jadi kurang productive sbb focus pada kerja berkurang & beralih pada aktiviti mengepam je.. saya xnak disebabkan sikap bf mom ni buatkan orang2 sekeliling beranggapan menyusukan anak adalah sesuatu yg menyusahkan semua orang. dan saya xnk orang anggap kita ni terlalu obses dengan susu ibu sampai lupa pada tanggungjawab yg lain.

itu saja.. kalau terkasar bahasa.. saya mintak ampun & maaf.

...............................

status di atas saya posted kat group fb yg saya baru je join  lebih kurang 2 minggu lepas. sblm ni, saya left the group yg lebih kurang sama je theme dia pasal susu ibu ni after being annoyed by some of the status and comments posted dalam group yg pertama saya join tu..

saya bf mom. anak saya minum susu ibu sepenuhnya. tapi saya juga xpernah salahkan or pandang enteng pada ibu2 yg bagi FM. mcm saya cakap sebelum2 ni..



dan saya xberapa nak galakkan bf mom ni jadi obses dengan susu ibu. jadi, Jumaat lepas, saya ambik peluang utk sharekan pendapat saya. dan sekarang, saya sharekan pulak kat sini.
Sabtu lepas, ternampak ada group bagi tip mengepam di pejabat dengan menggunakan point yg sama dengan sedikit gubahan ayat dari status saya yg ini. takpe, sharing is caring..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.

2 comments:

  1. saya tertarik nak bagi pengalaman kawan2..ni kat sekolah,saya cikgu dan biasanya kami ada gap antara kelas A dan B, dan masa gap tu lah diorang pam (manual bukan pakai elektrik atau bateri operated).bilik guru kami tak ada peti ais..so kawan saya yang sorang ni bawak coleman everyday,yang sorang lagi bawak tong nasi bertangkai yang saiz sederhana..yang bawak coleman tu memang bawak icepacks, yang sorang lagi beli ais kiub RM1 kat kantin..sebenarnya kita yang mudahkan jalan kita..Saya pulak yang eksaited nak join diorang next year =)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah. Mencabar jugak sesetengah tmpt kerja berkenaan pump susu ni ye. Saya bila ke outstation agak mencabar jugak. Tiba2 ada idea nak buat post ebm ni. Salam kenal :)

    ReplyDelete