28 January 2010

bilik sudah setle!

atas beberapa sebab peribadi yang membuatkan diri ke hulu ke hilir di tambah dengan bebanan kerja maka niat hendak berbelog terbantut. tadi naik penimbang berat badan dan ambik! turun 2kg! tapi memang tak risau sangat dgn berat badan..sebab percayalah, bulan dpn, akan naik balik..senang naik tapi susah siiikiiitt nak turun=)

gambar yang ditepek adalah hasil tangan photographer tidak profesional. adik sendiri yg tgkp gambar..faham-fahamlah ye..gambar dari official photog masih belum dapat lagi sebab kami 'hutang' sesi outdoor shooting dgn beliau..hish..busy memanjang..ambik gmbr outdoor post wedding sendiri pun tak sempat!

ingat lagi perihal langsir bilir pengantin saya? ok, silalah rujuk pada label bilik pengantin utk kronologi penuh entri ini..

inilah dia bilik pengantin saya yang dihias sendiri oleh pengantin..

tirai hijau adalah hasil jahitan ibu tersayang..ya, kami sama-sama meredah kedai kain..sama-sama mengangkut kain langsir berpuluh-puluh meter ini bawak balik ke rumah..sama-sama belek-belek majalah, surat khabar, buku hiasan,blog, internet hanya semata-mata mencari ilham..semua ini menjadi kenangan terindah antara ibu & anak yg bila dikenang, menitis air mata.. *kan! dah meleleh..*

cadar hijau buruk walaupun sebenarnya baru juga ditemui secara kebetulan semasa jalan-jalan di Sogo..walaupun harga pada tag RM 600+, tapi macam biasalah, Sogo kan hari-hari pun jualan murah..tak tahulah bila jualan mahal=)maka sebab 'jualan murah' ini, dapatlah dgn harga RM 199.95. tak rasa pun diri beruntung pasal dalam hati memang rasa itulah harga sebenar..marketing strategy..

mula2 plan mahu saja recycle cadar masa bertunang dulu..putih suci disulami dgn rose maroon..masih memenuhi tema country english yg diinginkan..tp 'orang-orang lama' memang bising kalau find out benda-benda recycle terutama bab bilik pengantin..takde 'seri' kalau barang recycle..semua harus baru..lagipun duit hantaran ambik ribu-ribu dari lelaki, takkan bilik pengantin baru pun tak boleh bagi..nampak sgt mak bapak ambik semua...*memang susahkan deal dgn orang lama yang kuat sangat menjunjung adat ni?*

bantal-bantal kecil empat segi dibeli di Jusco dengan harga RM 6.90 sebijik..sarung bantal dibeli di kedai kecik milik rakyat china di dalam Tesco Ampang..harga ialah RM5 sehelai. 2 bijik bantal kepala adalah free gift dengan pembelian cadar hijau tu..barang-barang yang menyemak tu adalah hantaran..tidak termasuk dalam hiasan katil pun=)
Sedikit hiasan di atas chest drawer..lampu tidur corak floral dibeli di SSF masa bulan puasa. kebetulan keluar utk cari pelita elektrik utk hiasan hari raya restoran & park..ternampak lampu ini dgn diskaun 50%. berpatutan & keperluan, maka beli. pasu putih ditepi lampu tidur dibeli di KK Home Deko dpn Tesco Ampang..fungsi pasu tersebut dijual adalah sebagai tempat letak pisau. tapi saya guna sebagai hiasan=)plan nak letak fresh roses..tapi tahlah..tiba-tiba lupa nak beli=)takpelah..ok jgk letak mcm tu=) table runner dibeli di kedai kecil dalam Tesco Ampang dgn harga RM 15. sama corak bunga dgn bantal kecil dikatil.

perabot dibeli di kedai perabot depan rumah. semua perabot dibeli secara berasingan..bukan set bilik tidur..sebab ruang bilik terhad, jadi kurang sesuai mengambil set bilik tidur..hanya 3 unit sahaja..katil, chest drawer & almari pakaian ber'sliding door' (utk penjimatan ruang. dalam almari ada cermin panjang sliding.juga sudah jimat ruang utk almari solek tak payah beli). tokey bagi discount & free gift towel rack seunit. semua dari kayu & berwarna coffee mocha..

haih~~panjangnya description..harap dapat membantu bakal pengantin diluar sana..akan bersambung lagi jika ada perkara yg tertinggal yg ingin dikongsi..oh ya, kos keseluruhan, tak sampai RM 3k pun..

2 comments:

  1. Cantik bilik pengantin. Postlah banyak2 sikit gambar kawin..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..akan tepek gambar bila dah dapat gambar2nya dari OP..

    ReplyDelete