Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti
-Sayyidina Ali bin Abi Talib-

01 November 2010

DIY telekung hantaran

Salam

hari ini kita akan belajar cara melipat telekung untuk dijadikan hantaran *dah mcm rancangan memasak pulak*

hantaran telekung ni saya gubah dulu then baru bagi kat Incik Tunang. sebab Incik Tunang kata beliau takde kepakaran utk lipat telekung mcm saya nak. kalau lipat empat segi biasa letak dalam kotak, pandailah..

jom kita share sama2 cara-cara nak lipat telekung utk jadi lebih menarik & tidak membosankan mata yang memandang.

1. ambik sekeping kad manila. ala, bekas kotak susu or cornflakes pun boleh, janji agak keras sedikit.

2. potong membentuk kelopak bunga. gamkan dengan dawai dibahagian tengah supaya senang utk kita lenturkan kelopak bunga tu nanti.

3. buat sebanyak 5 helai. kelopak bungakan ada 5. ambik kertas minyak & bunjutkan macam gambar dibawah. ini utk bahagian tengah bunga nanti.


4. telekung ada dua bahagian kan? satu bahagian atas yg menutup kepala labuh hingga ke lutut & satu bahagian lagi ialah kain utk tutup bahagian pinggang labuh menutup seluruh bahagian kaki. kita ambik bahagian atas dulu.

5. ambik hujung bahagian atas. ala yang biasa kalau kita pakai telekung, bahagian kain yg hujung dekat lutut kita tu..

6. balut kepingan kelopak bunga yang kita dah buat tadi. ikatkan dengan kemas pakai benang. ulang sampai cukup 5 kelopak. dan yang bunjut pun diikat sama.



7. Dah siap semua, cantumkan membentuk sekuntum bunga. pandai2lah susun & ikat dengan kemas. ikat pakai benang je..




8. buatlah lagi beberapa kuntum bunga pakai step yang sama. ingat, kreativiti menggunakan kain & menyusun bunga2 tersebut adalah bergantung pada diri sendiri. ini just isi penting je yang saya bagi..

9. yang baki tu boleh susun membaluti kotak yang sesuai ikut citarasa kamu. lipat bahagian kain telekung & balut kemas2. pakai jarum peniti je utk memudahkan proses membalut ni. memang banyaklah jarum peniti nak guna..


10. akhir sekali bolehlah hiaskan dengan riben atau bunga dulang. letak atas dulang hantaran. siap!



Selamat Mencuba! =)

8 comments:

  1. nice.. can try for my cousin e-day next week.. different n unique.. i really love it :-)

    ReplyDelete
  2. sangat membantu...tq yunk.. :)

    ReplyDelete
  3. memang sangat membantu..mekacih yunk... :)

    ReplyDelete
  4. cntk,bkn sengnk dpt tunjuk ajar ni,sellu org just ltk gmbr,ni siap bg step lg,thnk ya

    ReplyDelete
  5. Ijin share ya mba.. tentu saja dengan menyertakan link...

    ReplyDelete
  6. oh ya.. perkenalkan..sy juga crafter(dr indonesia) yang suka berbagi tutorial. kunjungi juga blog saya di http://critamick.blogspot.com/2012/11/gubahan-hantaran-barbie-i.html

    ReplyDelete