Salam
Saya dan Incik Asben kenal masa zaman Matriks. back to 2002-2003. class yang sama. 2Hayat7. dia ketua class tutorial saya.
masing2 sambung belajar kat universiti berasingan yang jaraknya terpisah oleh lautan! tapi still keep in touch melalui telefon & SMS.. jumpa? dating? takdak.
kawan2 semua perli dgn yakinnya hubungan kami tak ke mana sbb faktor jarak.
habis belajar, masing2 dapat kerja. Incik Asben dapat kerja yg menuntut beliau tinggal jauh dikawasan terpencil.. line telefon, takde. internet? jgn mimpi.. jadi berhubung bila Incik Asben keluar mencari kawasan yg ada line. sekali terus ajak kawin. yelah, jomlah kawin.. dah kerja, apa nak tunggu lagi..orang kata jarang dating atau berjumpa ni boleh kurang dosa, tapi maksiat hati tetap adakan?
buat persiapan pertunangan waktu Incik Asben dalam latihan Out Bound School. Handphone tak dibenarkan selama sebulan tanpa khabar berita. debar dihati Tuhan jelah yang tahu.. selalu terbayang mcm cerita Hindustan dgn citer Indonesia yg suka sgt buat scene hilang ingatan. tiba2 lelaki yang janji nak kawin dgn kita,hilang ingatan.. tak kenal siapa kita & tiba bawak balik perempuan lain sbb tu girlfriend yg dia ingat.. hahaha..sangat terpengaruh dgn drama luar..
begitu jugak masa sibuk buat persiapan kahwin, Incik Asben tetap jauh di Pahang sana.. kawasan terpencil lagi sekali takde line. kene panjat bukit baru dapat call. jadi, kehulu kehilir buat persiapan kahwin bukan dgn tunang. hanya persiapan yg memerlukan beliau ada je kami buat bersama macam fitting baju contohnya.
Jadi kawan2 yang tak yakin dgn hubungan kami, tiba2 rasa kagum. “eh, kawin jugak korang ye”. “ape tips yang korang amalkan?” .. “boleh share tips2 utk hubungan jarak jauh”
Nah, ambik tips ni..
JANGAN AMALKAN SEBARANG TIPS
Betul ni. Tak tipu lah.. sebab dgn mengamalkan sebarang tips, buat hidup kita rasa terkongkong. Dalam bab hati & perasaan ni, mane boleh kongkong.. mane boleh paksa.. semua pun datang dari diri sendiri.. so, jadilah diri sendiri.. =)
aha...best la idea kakak...=))
ReplyDeleteYg pentingnya percaya, setia dan jujur.
ReplyDeletesaya sokong.. sbb saya pown PJJ
ReplyDelete