19 November 2010

Hi-Tea Party

Salam

dalam merealisasikan kerja kawin, mesti ramai yang sudi menghulurkan bantuan. walaupun sekarang banyak dah pakai khidmat caterer & agak kurang dah aktiviti rewang gotong royong memasak utk kenduri, tapi masih lagi kan ada rewang. tapi bukan memasaklah. rewang kerja2 ringan macam packing goodies, bunga telur & macam2 lagilah.

biasanya mereka ini terdiri dari saudara mara & jiran tetangga lah. sebagai pengantin memanglah kita amat berterima kasih pada mereka semua. tak terbalas rasanya pertolongan yg diberikan. tak salah juga kalau kita nak berikan sedikit penghargaan untuk mereka kan? yelah penat2 tolong jayakan majlis kita..

macam mana kamu menunjukkan penghargaan pada mereka?

berkunjung je rumah saudara mara secara personal selepas berkahwin adalah adat biasa. ini dah cukup untuk menghiburkan hati & menunjukkan penghargaan serta penghormatan kita memperkenalkan ahli keluarga baru. biasanya bawalah sedikit buah tangan kan. parents i begitu excited kalau ada cousin2 yg baru kawin bertandang ke rumah. "pengantin nak datang".. sibuklah masak2 padahal yg dtgnye berdua je pun=)

ada jugak yg sponsor baju utk dipakai semasa majlis. secara personal, saya tak gemar nak sponsor baju kemudian suruh pakai masa majlis. biar nampak seragam. bosanlah dtg majlis kahwin kena paksa pakai baju yg disediakan. ape salahnya beri kebebasan pada tetamu nak pakai baju ape kan?


macam masa majlis saya dulu. ada jugak yg suggest dayang2 pembawa hantaran ni pakai baju sama. kiranya saya sponsor kainlah utk dibuat baju. baru nampak cantik seragam je. disebabkan saya sendiri tak suka dipaksa utk pakai baju yg disediakan, jadi buat apa saya nak paksa orang lain buat apa yg saya tak suka kan? kalau flower girl tu, ok lah. kalau dayang2 ni saya upah orang, bolehlah paksa pakai baju sama. kita dah sewa khidmat dia. 

ini sbb dah cousin2 sukarela nak bawakkan hantaran, jadi mcm tak sampai hati nak paksa pakai baju seragam. cantik kan subjektif. mane tahu dah siap2 beli kain utk bagi buat baju, kita rasa cantik, tapi orang yg terpaksa pakai tu rasa kurang cantik..tak syoklah mcm tu.

ni personal thought je tau. jgn terasa hati. sebab ada jugak yg suka bila pengantin sponsor baju. dpt baju free!=) 


corsage/ rozek.. selitkan RM pada corsage pun ok jugak. tapi kadang2 kurang enak dengar cik kiah & cik bedah bergosip pasal nilai RM pada corsage. jadi saya tak letak langsung RM pada corsage. bukan sebab kedekut. cukuplah corsage tu disisipkan pada baju utk beritahu tetamu bahawa inilah orang yg anda boleh harapkan utk bertanya/ minta pertolongan sepanjang majlis sbb mereka telah diberi briefing semasa makan pangkal sebelum bermulanya majlis.

jadi, diringkaskan cerita, saya membuat satu lagi majlis utk mereka2 yg banyak membantu. ya, Majlis Penghargaan.  satu majlis yg mereka hanya perlu dtg, makan, bersantai, berbual2 saja. dah tak perlu berpeluh ketiak jaga perjalanan majlis.

concept majlis ni adalah hi-tea. bertempat di sebuah restoran yang telah di booking awal2 lagi.

Venue : Hornbill Restoran & Kafe, Taman Burung Kuala Lumpur
Date  : 17 Januari 2010 *seminggu selepas Majlis Bertandang*

 from Incik Asben

 my turn..
ucapan dari kedua-dua pengantin. sebenarnya kami plan utk shoot post wedding pada pagi hari yg sama sebelum majlis Hi-Tea ni. sebab majlis pukul 3 ptg. jadi sempatlah..lagipun parent saya ada jemputan anak jiran kawin pada hari tu. kena jugaklah jengahkan muka kan. silaturrahim tu haruslah dieratkan. dosa besar putuskan silaturrahim! Nauzulbillah..

tapi pagi2 lepas subuh, dpt call dari kampung, my MIL kena strok & masuk hospital. jadi terus je sarung baju ape yg ada, pecut pergi Hospital Slim River. pukul 4 ptg baru sampai KL balik. jadi mcm malas & xde mood nak tukar baju, terus pergi restoran.. lepas majlis, kami pulang ke hospital semula..

kami booked utk 60 pax. 10 pax dikhaskan utk pihak lelaki. just family Incik Asben & 4 orang kampung. yg lain semua saudara mara saya yg banyak membantu. pilih restoran yg special sikit.. tapi sebab family Incik Asben takdpt dtg, jadi yg ada hanyalah family saya sahaja.

majlis bermula pada jam 3 petang. tapi kami sampai kul 4. sebelum kami sampai, ada majlis sambutan hari jadi ibu saya. surprise. sebab semua ni maklong saya yg plan. jadi sambut 2 hari lebih awal sbb birthday ibu saya sepatutnya 19 Januari.




dan utk Majlis Penghargaan ini, saya bagi mini sejadah. mula2 ingatkan nak bagi kain pelekat utk pakcik & kain batik utk makcik. tapi mcm susah nak kira berapa nak kena beli kain pelekat & kain batik.. fikir2 baik bagi something yg memang dua-dua jantina boleh pakai. jadi beli mini sejadah ni. awal2 dah beli, ikat riben siap2, simpan utk majlis ni. tinggal nak beli paper bag. ingatkan nak beli pagi tu, sekali dah ada hal emergency kat kampung, terus lupa nak beli paper bag.. haha..ibu nak bising pun tak sampai hati kot.. kalau tak mesti kena tembak buat kerja last minit!





ramai ingat majlis Hi-Tea ni company saya tanggung. tak! boss saya just bagi extra good service je.. chinese kalau bab business ni, faham2 je lah ye..
bagi kami sekeluarga, tak kisah nak keluarkan ribu RM asalkan perkara tu tak membazir & gembirakan orang.

sedikit ringkasan aturcara Majlis Penghargaan

1. ketibaan tuan rumah. ye, tuan rumah kena sampai dulu termasuk pengantin. pasal sekarang ni, pengantin nak meraikan dan menghargai orang2 pangkal. dulu masa kawin, orang pangkal tunggu pengantin, sekarang kena terbalik. *tapi kami berdua ada emergency case. jadi wakilkan ibu abah & adik2 utk sambut tetamu*

2. ketibaan tetamu

3. bacaan doa utk memulakan majlis & mohon majlis diberkati.

4. ucapan mak ayah pengantin. *diselitkan sekali sambutan birthday utk ibu. maklong tolong belikan cake. saya tak sempat nak beli. kira surprise utk ibu lah*

5. akhiri ucapan dgn menjemput tetamu nikmati hidangan makanan.

6. bila tetamu dah nak habis makan,mulakan ucapan dari kedua-dua pengantin. spontan gila masa ni.. nasib agak dah biasa berucap depan orang ramai. kami tak sempat buat teks ucapan..kalau kamu nak selitkan ucapan dari tetamu pun boleh.. kot2 ada lagi nak bagi cadangan or pendapat ke walaupun dah lepas sesi post moterm..

7. bacaan doa dari pengantin lelaki. lebih kepada menyatakan kesyukuran atas kelancaran majlis dan mohon keberkatan serta keselamatan.

8. aktiviti bebas.

tulah sedikit sebanyak pasal majlis ni. rasa ganjil sikit pasal selalunya tolong buatkan majlis utk customer. kali ni kita pulak yg jadi customer.. hehehe...

2 comments: