Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti
-Sayyidina Ali bin Abi Talib-

24 November 2010

tips bilik pengantin

Salam

pada saya, yang nikah & jamuan makan di masjid serta majlis di dewan, bilik pengantin TIDAKLAH PENTING.. betul.. buat apa? make-up nikah je kat rumah. sedangkan masa majlis di dewan, tetap jugak bersiap di bilik yg disediakan dkt dewan.

TAPI

bagi makcik2, nenek2 saudara, bilik pengantin adalah penting. kesimpulannya, bagi orang tua lah.. senang cakap.

tanya ibu, kenapa penting sgt nak berbilik pengantin ni?

ibu kata, mungkin sbb adat Melayu yg si lelaki akan bagi duit hantaran utk si perempuan. duit hantaran tau. bukan mas kahwin.. tu dah lain. biasanya zmn dulu duit hantaran pakai utk 'belanja hangus', maksudnya utk dibuat belanja kenduri lah.. beli ayam, lembu, beras.. yg tu lah..

dan sbb adat Melayu jugak,

orang memberi, kita merasa
orang berbudi, kita berbahasa

jadi utk 'berbudi bahasa', ibubapa si perempuan biasanya akan sediakan bilik pengantin yg indah sbgai simbolik menerima kedatangan menantu dgn gembira, yg akan jaga & bimbing anak perempuan mereka nnt. sebagai tanda utk menyatakan bahawa ibubapa si lelaki tak payah risau sbb seluruh keluarga si perempuan akan melayan si lelaki mcm anak mereka sendiri.

dan, si lelaki dah tunjukkan komitmen sediakan duit hantaran banyak2, takkanlah lepas nikah kau nak bagi dia tidur dgn bini dia dlm bilik buruk mcm reban ayam.. setakat hiaskan sikit takkan tak mampu kot. mcm tulah kira2nya dalam bahasa pasar & kasarnya.

jadi, saya ikutkan aja..  google cari idea dan hasilnya..


apa yg saya fikirkan sepanjang proses jadikan bilik ini sebagai bilik pengantin

1. bilik ini kecil je, jadi ruang terhad. so, saya hanya beli 3 unit perabot je. katil, almari sliding door utk jimatkan ruang & chest drawer

2. saya tak beli almari solek pasal dlm almari sliding door tu dah ada sekali almari solek. kalau tak puas hati jugak, beli cermin panjang, lekat kat dinding. puas hati nak tgk 1 badan bila bersiap nnt.

3. utk jimat, saya tak ambik pakej yg biasa ditawar oleh kedai perabot. dan, saya tak pergi kedai perabot yg byk branch mcm cavenzi ke, court mammont ke, lorenzo ke. saya pergi kedai perabot cina depan rumah je.. sbb kedai takde branch ni biasanya senang nak tawar menawar.

4. kalau boleh, pilihlah perabot yg boleh pakai lama & praktikal. saya pilih perabot color gelap pasal tahu dah kawin nnt takde masa nak lap selalu perabot supaya kekal putih bersih..

5. bedside table bukanlah sesuatu yg wajib ada. jadi kalau ruang terhad, tak dpt masukkan bedside table, jgn sedih. saya gantikan bedside table dgn chest drawer sbb mmg teringin nak letak lampu tidur ala inggeris tu dlm bilik pengantin.

6. jgn penuhkan bilik pengantin dgn barang2 tak releven mcm kotak doorgift lah, kotak bunga telur lah.. walaupun kotak2 tu semua mmg utk majlis kamu. kalau boleh, tumpanglah kat bilik lain yg ada dlm rumah tu. bilik pengantin mesti bilik paling kemas & cantik. bukan bilik stor barang kenduri kawin.

7. pilihlah cadar dari jenis cotton. tak perlu membazir beli cadar satin kilat2 bersinar2 dgn rambu ramba segala. nnt nak tidur kamu jugak yg miang.. haha.. paling baik, beli cadar 100% cotton yg plain *baru ada mood mcm bilik pengantin*, dan 350 treads count. barulah basuh tak berbulu. boleh pakai lama. tidur pun sejuk je cadar. takpe mahal sikit, tapi berbaloi pakai sampai beranak pinak.

8. cadar tak semestinya putih. asalkan plain je, dah cukup. pasal kalau putih suci pun sayang nak tidur. sebab bersih sangat! haha..

9. sediakan haruman/ air freshener. tak sedaplah bilik pengantin bau kedai perabot.. haha.. saya beli aromaterapi oil & burner. pasang dari malam sebelum majlis. tapi tetap jugak letak air freshener bau lavender. nak letak bunga rampai pun boleh.. baru ada feel nak kawin..

itu je lah kot setakat ni yg saya ingat utk di sharekan bersama.. nnt ada lagi, saya sharekan..

nah, tgk post dulu2 pasal bilik pengantin ni..

2 comments: