28 October 2011

aik.. kau xjadi kawin dgn si A ke?

Salam


Entri ini ditulis pada 8 Julai 2010


ini berdasarkan pemerhatian saya & pendapat secara peribadi sahaja..bila ikatan pertunangan dijadikan 'tiket' untuk berlagak macam dah jadi suami isteri. pihak keluarga pulak seolah2 macam menyokong sangat. saya bercakap berdasarkan pemerhatian terhadap senario sekarang ni. memanglah tahu yang kamu berdua tu dah bertunang. walaupun lagi sebulan je lagi kamu nak kahwin, tapi itu bukan alasan utk kamu menghadiri majlis kawin saudara mara tunang kamu & kemudian berkepit sakan tak ingat dunia dalam majlis berbentuk kekeluargaan macam tu.

ok, kalau di jemput, memang wajib kamu hadiri. tapi tolonglah jaga sikit adab sopan tu. majlis kahwin ni, ramai saudara mara hadir.. jiran tetangga..sahabat handai..semua memerhati. tak eloklah kan?macam trend pulak sekarang ni kalau pergi majlis kawin, angkut sekali girlfriend/boyfriend. pastu tanpa segan silu pergi kenal2kan girlfriend/boyfriend tu kat semua. 'inilah bakal tunang saya'.. 'sayang, kenalkan ni maklong'.. tak sah kalau baju tak sedondon.. 

dari mula majlis sampai akhir, tulah kerjanya..berkepit & kenalkan kat saudara mara.. ini majlis kahwin orang lain. bukan majlis kamu. majlis kahwin ni utk meraikan pengantin baru. utk saudara mara berkenalan dgn pengantin baru.. pengantin yg dah sah lafaz ijab kabulnya. bukan BAKAL tunang/pengantin macam kamu.yang kamu pulak sibuk2, tak malu ke?

tu baru bakal tunang dah sibuk heboh2..berkepit2..walaupun majlis tunang kamu keesokkan harinya pun, but stil tak manislahkan dalam majlis kawin orang, kamu buat macam tu. hormat sikit majlis orang. bersabar sikit.. jangan nampakkan sangat kamu tu gelojoh bebenar nak bertunang/kahwin..MALU.. nanti majlis kamu sendiri, hah ambik!..nak bawak keliling kampung utk kenalkan pun takpe..sbb mmg dah jadi pengantin. layak utk dirai dan dikenalkan.

yang saya pelik, makbapak pun mcm tak kisah bila anak buat macam tu. Ibu saya memang cukup PANTANG anak2 dia bawak girlfriend/boyfriend or berkepit dgn tunang macam tu kat majlis kawin orang. sampai saudara mara saya semua kata saya 'sorok' Incik Asben=) yelah sebab tak pernah bawak Incik Asben datang ke majlis kawin saudara saya sebelum kami bertunang..tapi best jugak..bila hari saya bertunang, ramai saudara mara dok berteka teki yang mana satu Incik Asben=)

harap takde yg terasa hati dengan ape yang saya tulis kali ni. kalau ada, saya mohon maaf. ini just pandangan peribadi saya je. kalau kamu ada reason sendiri atau pandangan & pendapat yang berlawanan dari saya, tak mengapa.. masing2 ada cara berfikir kan?

tapi, kalau kamu datang dan mengadu kat saya betapa kamu berkecil hati, marah, geram & sedih bila kamu hantar kad jemputan kawin kamu, & orang yang menerima kad kamu bertanya,"aik, kenapa nama pengantin ni lain? bukan nama A..kau tak jd kawin dengan si A ke?weh, ape citer?"

inilah sebabnya kenapa saya tak begitu gemar dgn trend berkenalan dgn saudara mara sebelum berkahwin ni..cukuplah sekadar kenal makbapak je dulu.. kalau tak jadi, sapa yang malu?dan atas sebab sama jugak kenapa gambar2 masa saya bertunang dulu tak pernah di upload dalam friendster *masa tu takde facebook*.. dan kenapa saya takut nak albumkan gambar tu.. just ambik softcopy je.. skrg bila dah kawin, baru terhegeh2 nak buat album bertunang dari softcopy tu.. photobook malaysia kan ada=)

cuak beb! kalau tak sampai ke ijab kabul, mau meraung bakar album bertunang.. byr photographer ratus2/ribu2, bkr mcm tu je? marah & kecewa punye pasal..ye dak?

3 comments:

  1. fariza suka entri ini dan menyokongnya.

    bila ada majlis sdara, kwn atau apa2, org mesti tanya, mana tunang (lepas tunang), kenapa x bw, fariza jwb kat rumah. sbb dulu ramai xtau fariza ada kwn lelaki sbb fariza perahsia orgnya hik3 kecuali family je tau(b4 tunang).

    kita sbg org melayu yg beragama islam, ada batas2nya kan. fariza x suka belum kawin nk kenalkan kpd itu dan ini. itu pengajaran. mama fariza pun dh warning, jgn nk bw sana sini (mmg fariza x suka lgsg)

    w/pun kita tak kawin dgn A, x perlu tanya mana A kan. bkn jodoh dgn A.

    ReplyDelete
  2. ya, saya pn xpernah tunjuk bf kat sedara mara, masa majlis tunang, semua sibuk suruh kenalkan, i like this entri, nak letak di blog saya :)

    ReplyDelete
  3. hye..kawan sy fwd entri ni kat saya... totally 200% saya setuju ngan awak...

    dan parent sy pun jenis tak suke saya atau bakal suami even dah bertunang pun nak sibuk2 bertandang ke rumah sedara mara...tak kira la ade kenduri ke, open house ke...tak payah nak ikot2...esok dah kawin, haaa ikot laa 24jam pun takpe!

    ReplyDelete