10 April 2013

motherhood is NOT competition

Salam

nak jadi ibu, bukan senang.
dah jadi ibu, pun bukan senang.
bagi saya lah.

mak yg bagi anak susu badan adalah lebih baik dari mak yg bagi susu formula. kesimpulannya, mak bagi fm adalah loser & mak bf adalah the best mother ever!

please, dont be too obsess dengan penyusuan susu ibu. mmg susu ibu adalah yg terbaik. tapi fm juga bukan racun. jgn obses sangat sampai nak bertekak dengan ipar duai or kawan2 semata2 sbb dorang xnak ikut cara korang bagi susu ibu. jgn sampai mengadu domba or nak sentap sangat kalau mak or mertua suggest fm or air masak utk ank kamu. again, air masak bukan racun. bayi yg minum susu ibu sudah cukup sehingga tak perlu diberikan lagi air masak. tak perlu, xdigalakkan. bukan tak boleh langsung.please, jgn kondem sangat formula milk seolah2 fm tu adalah racun. alah, korang pregnant pun, minum je kan susu Anmum lah, Enfamama lah, anlene lah,etc.. itu bukan formula milk ke?

Ziyad sendiri baru beberapa minggu, selain tahnik, ibu saya ada bagi air Zamzam & air yaasin.. suap pakai sudu. kadang masuk botol. tapi sikit saja & bukan hari2. masa tu saya mengaku, saya juga terpegaruh dan sedikit obses dengan pandangan pasal air masak. tapi bila fikir2, xde sapa pun kata air masak xboleh langsung. cuma xdigalakkan sbb susu ibu sendiri dah cukup utk baby. itu saja.

lagipun, saya & adik2 adalah hasil dari susu fm. yup,kami adik beradik dapat minum kolostrum saja. lebih kurang seminggu je menyusu badan sbb ibu saya sakit & doktor advice utk tidak susukan baby. tiap kali ibu saya susukan kami, ibu akan tercunggap2 & sesak nafas. jantung berdegup laju. sampai boleh pitam.

sampai sekarang, bila saya susukan ziyad, ibu mesti akan luahkan rasa 'ralat' xdapat susukan kami. tapi saya selalu kata, susu fm bukan racun. lagipun, alhamdulillah, kami membesar dengan sihat dan setakat ni, 3 dari 5 anak ibu dah degree pun. so, cakap2 orang yg susu lembu untuk anak lembu tu, agak kejam. dan kami patutu bersyukur sbb dpt membesar di sisi ibu dengan sihat.

bayi yang tak pernah terima apape suntikan vaksin, xpernah makan ubat, adalah bayi yg suci & sihat.

terkejut saya masa 'jumpa' dengan ibubapa yg tak pernah bawak anak mereka pergi suntikan vaksin. saya & suami punyelah skema ikut aturan suntikan vaksin. hihihi.. tiba2 dtg orang membawa ideologi yg suntikan vaksin adalah merbahaya & tak perlu? baby kalau sakit xperlu jumpa doktor. xperlu bagi ubat. susukan je baby tu..again, taksub dengan susu ibu..

maaflah, saya xbolehlah nak ikut cara awak. xbagi vaccination dalam dunia yg dah tercemar penuh virus penyakit ni. maaflah jugak, hati saya menangis xtahan nak biarkan anak sakit xbawak g jumpa doktor & susukan saja. saya mesti nak doktor periksa anak saya. sakit apa, serius ke, bahaya ke..

kalau nak berbahas dari segi agama dalam bab vaccination ni, nah! pergi baca ni dulu, baru kita bertekak. ok?

Pandangan Islam

baby yg makan homemade food lebih sihat & cerdas otaknya berbanding baby yg makan nestum, cerelec, etc.. dan mak baby yg pastikan anak makan 100% homemade food adalah mak yg terbaik sbb knowledgeable, rajin dan lebih urban. anak yg makan nestum, cerelec etc, maknya pemalas!

tak boleh nak cakap jugak. kalau dah si mak dok sibuk pung pang pung pang kat dapur 24 jam nak sediakan the so called fresh-organic-nutritious-homemade-baby-food, sampai xde masa nak spend quality time dengan anak pun, xelok jugak kan?

berpada-pada lah sebenarnya dalam mendidik anak. xde cara yang betul dan xde cara yang salah. semuanya bergantung kepada pilihan ibu bapa sebenarnya. kita xboleh nak kata anak orang yg duduk setinggan xcerdas akalnya berbanding anak orang duduk banglo. cuba fikir sikit, apa pilihan yg mereka ada? mereka membesarkan anak berdasarkan pilihan yg mereka ada. ada je jutawan lahir dari rumah banglo, tapi jangan lupa, ada jugak jutawan lahir dari kawasan setinggan. cuma perjalanan  & bagaimana mereka jd jutawan, itu yg berbeza. begitulah umpamanya..

motherhood is NOT a competition. samalah dalam membesar & mendidik anak. its not a competition. anak sapa paling berat, anak sapa paling cepat berjalan, anak sapa paling itu, paling ini.. its a journey. banyak cabang jalan yg perlu dipilih berdasarkan pilihan yang ada. asalkan destinasi & matlamatnya sama iaitu melahirkan zuriat keturunan yg berjaya dunia & akhirat. InsyaAllah, amin..


14 comments:

  1. Pasal vaksin tu...aty pon terkejut biler ade mak2 tak amik...eerrr...boleh eh tak amik..?? Iyerr aty pon skema ...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kit aty.. mmg terkejut sgt bila 1 of my cousin add as ahli dlm group tu..

      Delete
  2. betul tu..kdg2 bia kita share komen ada yg bidas..mmg susu ibu susu yg terbaik utk bby..tp susu fm x la x bagus.. :)

    ReplyDelete
  3. my cousin ada add saya dlm 1 group kat FB (Our Healthy Unvaccinated Babies Group).. Memang terkejut sgt rupanya ada isu pasal vaksin baby ni.. so far just baca je, dan masih hantar my baby ikut jadual pemeriksaan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. my cousin pun! dia joined n follow ape yg dlm group tu suggest. start anak dia 2 months, last vaccine dia ambik.. pastu dah stop terus.. masa anak dia nk masuk 3 months, dia dtg visit sy bersalin. kus semangat anak dia! masa anak dia 6 months, mmg lain sgt.. susut gile badan..

      xberani nak komen..

      Delete
    2. ehhh..siap ada group ke pasal unvaccinated babies? ehhh..beraninya diorang ek. Mana dapat ideologi tu ek?

      Delete
  4. 100% setuju..ank 1st sy mmg obses..sampe gaduh2 ngan adik, mk sdri(sedih bile mengenangkn).tp bile x dpt capai susukn 2thun..sy mula bpkir..mgkin itu la blsn sikap sy sbelum ni..ank 2nd, berusaha jgak..tp still x dpt 100% susu ibu..bru realise dlm kite mengejar utk cri yg terbaik(susu ibu) utk ank..kite lupe akn bende terbaik lain utk ank..Eg: kalo kite x mampu bg susu bdn..xkn x nk bg ank sumber kalsium lain..So, teruskan berusaha memberikan ank2 kite yg terbaik wlw apa cra skalipun..

    ReplyDelete
  5. 100% setuju..ank 1st sy mmg obses..sampe gaduh2 ngan adik, mk sdri(sedih bile mengenangkn).tp bile x dpt capai susukn 2thun..sy mula bpkir..mgkin itu la blsn sikap sy sbelum ni..ank 2nd, berusaha jgak..tp still x dpt 100% susu ibu..bru realise dlm kite mengejar utk cri yg terbaik(susu ibu) utk ank..kite lupe akn bende terbaik lain utk ank..Eg: kalo kite x mampu bg susu bdn..xkn x nk bg ank sumber kalsium lain..So, teruskan berusaha memberikan ank2 kite yg terbaik wlw apa cra skalipun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes, kita rasa kita tahu ape yg terbaik utk anak kita sampai bergaduh2 dgn orang tua yg makan garam dulu dari kita. tapi sbnrnya secara xlangsung, kita sendiri dah tunjuk contoh tak baik kat anak sbb xhormat pendapat orang tua, kan?

      Delete
  6. Saya sangat setuju dengan pendapat awak. Sy dulu mcm awak jugak too obses sampai kan rasa tertekan. Dahlah duk dengan mil kdg2 dalam hati rasa macam tak betul apa dia buat. Walhal dah 5 anak dia bela dan membesar pandai2 lagi. Cuma saya adalah ibu yang kurang bf baby. Tp dah usaha segala bagai. Cuma dapat 3 bulan jer itupun still campur gak dari awal. Tp saya redha. Mungkin bukan rezeki anak saya.Dapat sikit pun memadai lah. Pasal grup ibu dalam Fb oh saya rasa sangat tidak adil kadang2 untuk membaca. Saya obses gak sampaikan apa org tua bagi anak saya makan saya rasa semua salah. Sampai lah umur 1 tahun oh baru sedar saya terlalu obses dalam bagi anak makan.Masa g jumpa nurse pun nurse dah cakap anak boleh diberi makan makanan keluarga once 1 tahun tapi terpengaruh dengan FB tak boleh bagi anak gula n garam sampaikan anak saya jadi terlalu fussy. Anak sedara sebaya anak saya senang jer nak bagi makan anak saya mcm terlalu susah. Dan one of the reason saya tanya ngan kawan saya dia pun ckp sbb terlalu fussy.Dia pun ckp anak pertama dia fussy sampai anak susah nak makan anak no 2 dia bagi apa jer n senang nak handle anak tu.Selepas tu barulah saya slow down sikit dan tak rujuk pada FB dan saya rasa enjoy bagi anak makan. Anak pun dah tak jadi begitu fussy. Lagipun saya tak rujuk FB sebab saya kesal dengan sikap ibu yang pasal nak bagi anak makan pun boleh bergaduh. Pelik sungguh. Ada gak yang kata tak guna jadi ibu kalau tak mampu menyusukan anak. OMG...dia tak sedar rezeki org lain2. Takperlah mcm awak ckp tak semestinya anak yang bf lagi hebat yang fm. Itu semua atas didikan ibu bapa n doa gak. Sori panjang saya membebel di sini

    ReplyDelete
  7. bagus entri awak..sy join juga group2 ni tp utk vaksin, sy pn terkejut sbb ada yg tak ambil..tp sy dgr dari seorang jiran, disebabkan vaksin, baby nya kurang sempurna walaupun dia ank yg bijak..doktor yg kata punca disebabkan vaksin.act, berlaku 1 dalam sejuta..

    tp bab susukan baby ni,belah keluarga saya tiada masalah..bg mereka, "bentuklah anak ko macam mana yg terbaik & ikutlah cara Islam". tp belah suami, sy sgt terkejut bila ada statement keluar, "bangun untuk nyusukan baby?" "dorang tak nak minum susu, buang jelah" "geli nak susukan anak" sampai sanggup bg fm. itu bg saya sesuatu yg tak baik utk ikut.tp sy diam je dan ambil pengajaran..

    relevan ke tak sesuatu perkara itu bergantung..cth: susu badan memang dah ada, tak salah tunaikan sebaiknya..jika dah usaha tp tak ada, guna cara lain yg lebih baik demi anak..

    kadang, ada yg tak setuju dengan pandangan kita tp tak apa, kita cuba buat yg terbaik..maaf panjang pula

    ReplyDelete
  8. saya suka sangat2 entri awak ni sis Fatiha..memang pening di buatnyer...cerelac tak bagus,fm tak bagus,air masak tak bagus,susu soya tak baik..and sekarang ni vaksin pun dah di ckp bahaya untuk baby..huh ! saya pun cerita2 dgn hubby saya,lastly dia cakap,'oh mybe beberapa tahun akan datang ,makan nasi pun tak bole dah kot'..adoi abang....
    anak saya bf selama 6 bulan je,baru2 ni saya terpaksa bagi fm sebab dia disahkan LI (lactose Intolerance )..dia alah kepada laktosa..memandangkan susu ibu mmg ada laktosa so dia kerap kembng perut dan poo2..so sya saja la nak tanya mommys di KIM,semua ckp teruskan BF..pastu post dkt apa tu laman kesihatan anak ker tu..dia ckp plak sebab VAKSIN..hrmm nak buat mcm mna ye? fm salah,vaksin salah..so :> cukup susu ibu je kew? memang pening la ,mommys sekarang ni,semua x bole..dah tu saya fikir2 masak dan bagi jew lactose free milk tuk baby saya..sekrang poo2 da kurang dan dia mmg sihat..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. saya suka sangat2 entri awak ni sis Fatiha..memang pening di buatnyer...cerelac tak bagus,fm tak bagus,air masak tak bagus,susu soya tak baik..and sekarang ni vaksin pun dah di ckp bahaya untuk baby..huh ! saya pun cerita2 dgn hubby saya,lastly dia cakap,'oh mybe beberapa tahun akan datang ,makan nasi pun tak bole dah kot'..adoi abang....
    anak saya bf selama 6 bulan je,baru2 ni saya terpaksa bagi fm sebab dia disahkan LI (lactose Intolerance )..dia alah kepada laktosa..memandangkan susu ibu mmg ada laktosa so dia kerap kembng perut dan poo2..so sya saja la nak tanya mommys di KIM,semua ckp teruskan BF..pastu post dkt apa tu laman kesihatan anak ker tu..dia ckp plak sebab VAKSIN..hrmm nak buat mcm mna ye? fm salah,vaksin salah..so :> cukup susu ibu je kew? memang pening la ,mommys sekarang ni,semua x bole..dah tu saya fikir2 masak dan bagi jew lactose free milk tuk baby saya..sekrang poo2 da kurang dan dia mmg sihat..Alhamdulillah

    ReplyDelete