19 June 2013

TTC #7 : jus kurma susu kambing

"ibu tengok dalam Tanyalah Ustaz, ustaz tu cakap salah satu usaha nak dapat anak, minum susu kambing blend dengan kurma"

"oh ye ke? camne nak buat? susu kambing fresh pun susah nak cari."

"tu la.. ustaz tu pun xde pulak terangkan cmne nak buat"

...................................

"tadi singgah kedai mamak depan tu.. tapi xde jual susu kambing.. susu lembu adalah"

"ni kawan kelas ibu ada jual susu kambing."

tunjuk kotak Hi-Goat.

"minum je dulu yg ni.. ibu dah jadi ahli.. dapat murah sikit."

saya minum susu Hi-Goat utk tempoh yg lama.. xde pulak pergi blend dengan kurma sbb masa tu ingat susu fresh je kalau nak blend..
..........................

"abang ada beli susu kambing fresh kat MAHA tadi. ada beli lebih sikit. bagi kawan sayang, Anum tu."

first time blend susu kambing fresh dengan kurma. tak tahu cara. jadi saya buat macam ni:

7 biji kurma. sbnrnya xtau brape biji. tp biasa apape hal orang akan buat 7 biji. buang biji. letak dalam blender. masukkan susu kambing fresh yg baru dipanaskan (susu kambing dari MAHA, chilled). blend.

outcome? keluarlah susu bercampur kurma. tapi campuran tu jadi pekat sangat. dah serupa santan basi gaul dengan kurma. tapi habis jugak minum walaupun ambik masa lama. demi anak!
..................................

Pergi Darussyifa' (xpercaya bomoh mahupun bidan kampung yg was-was)

"sebagai ikhtiar, minum susu kambing campur kurma"

"saya ada dengar pasal tu. tapi xtahu nak buat macam mana. boleh ke kalau pakai susu kambing serbuk macam Hi-Goat tu"

"xkisahlah. janji susu kambing. blend kurma dulu, pastu masukkan dalam susu kambing. minum"

.....................................

Inilah hasilnya.. yg diamalkan berbulan2 lamanya setiap hari tanpa failed. sehingga mengandung. masih nak teruskan tapi masa 1st trimester, saya alah pada susu.

Kurma yang abah belikan. saya suka kurma ni sebab kurma ni basah. xkering. 

Kalau ada stok2 kurma dari Mekah yg orang bagi, saya akan masukkan juga. campur2. kalau dapat kurma Ajwa (kurma  nabi)
1. Ambil 7 biji kurma. buang biji. masukkan dalam blender & tambah sedikit air masak. blend macam blend cili & bawang nak masak. siap, masukkan dalam cawan besar & ketepikan.

Rupa kurma yg dah di kisar tadi.
2. bancuh susu kambing sekiranya menggunakan susu kambing serbuk. kalau susu kambing fresh macam brand Nubian tu, sila suamkan dulu. (klik untuk yg tak tau rupa Nubian. itu gambar dulu. Nubian masih dalam botol kaca. tapi sekarang Nubian dalam botol plastik) jgn panaskan susu sampai mendidih. khasiat susu akan musnah dalam suhu didih.

Bancuh susu lebih elok gunakan sudu & cawan seramik. sbb ada kawan bagitau, sudu besi akan merosakkan khasiat susu.

Ini bukan promosi produk Hi-Goat ya.
3. sekrang dah ada 2 cawan. 1 cawan berisi kurma yg dikisar. 1 lagi cawan susu kambing. sebab saya dah hari2 buat, jadi saya dah ada cawan yg standard size utk saya. kalau bancuh jus kurma susu kambing ni, pasti sedap sbb sukatan air tu sedang elok je semuanya.

Cawan besar utk kurma. cawan kecil untuk susu kambing.

4. langkah terakhir. campurkan lah kedua2 bahan tadi. & sedia diminum. haip! selawat dulu.. doa dalam hati moga dipermudahkan urusan & dikurniakan zuriat keturunan yg soleh.

rasanya? sedap.. bagi saya lah.. sebab rasa lemak2 susu campur manis2 kurma.. eh? hihihi.. ingat, sudu tu..sudu.. seramik ye bila deal dengan susu..
Moga dapat memberi manfaat dan kebaikkan pada semua. insyaAllah, kita berusaha. Tawakal & moga Allah makbulkan impian kita.



5 comments:

  1. dulu masa sebelum pregnant mak sarah suruh buat mcm ni gak.
    caranya, suami ambik segengam kurma, isteri pun sama.lepas tu blend campur susu kambing.minum hari pertama je.esok2 tu rasa nya amalkan ambil 7biji kurma seorang.kalau tak silap dgr dr ust sharhan.
    cuma sarah tak sempat cuba pun, sbb dah pregnant.hee

    ReplyDelete
  2. Boleh soh abg n kakak ipar buat nih since derang pon ahli hi goat tu...mekaseh sharing...:-)

    ReplyDelete
  3. saye dlu mnum higoat yang dah siap ade madu & kurma tu jek, sebab susah nak cari susu kambing fresh + malas nak blend ngan kurma hehe... tapi kdg2 saye selang kan ngan susu kambing fresh nubian tu.. alhamdulillah dlm 2 bulan dah rezki... so tryla + doa + usaha insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. tq 4 da info :)
    pasni blh la kot sy try cmni.. sbb xtau plak gune hi-goat pn buleh :) doakan sy ye

    ReplyDelete
  5. salam.terbukti susu kambing mempunyai banyak khasiat penawar penyakit.sesiapa nak carik susu kambing segar boleh call saya no 012-2331147 saya hantar delivery di sekitar KL.nak susu segar pun ada,info lanjut layari http://susukambingkl.blogspot.com/

    ReplyDelete