09 July 2013

Anak demam panas & diserang sawan tarik? ape perlu buat? (update)

Balik dari kerja, badan Ziyad sedikit panas. ibu cakap mungkin nak demam. tapi Ziyad masih aktif macam selalu. lepas maghrib, kami ke JJ. jalan2 hujung minggu katanya.

sebelum tidur, badan Ziyad makin panas. Sah demam. husband kata, pagi esok kita bawak g klinik. baiklah.
pukul 7 lebih, Ziyad bangun. nak susu. saya susukan. tiba2 Ziyad kejang!

terus jerit panggil ibu. Husband terus dukung Ziyad. masa tu Ziyad mmg dah lembik. mata dah keatas dan air liur dah xleh telan. something wrong with him. seriously. ibu terus tarik Ziyad dari husband dan peluk dengan comforter. panic.

kami lap badan Ziyad dengan air Zam Zam, Air yaasin.. sambil selawat, baca ayat kursi semua.. dalam 3 miinit, Ziyad sedar balik. kepala tegap. Alhamdulillah.

terus capai tudung pergi klinik. sampai klinik, terus masuk bilik doktor and nurse tolong check suhu since doktor tgh attend other patient. nurse cakap suhu tinggi. terus dia basahkan tuala & balut Ziyad dgn tuala basah. 

"tadi dia kene tarik"

i really had no idea maksud tarik. all i know, Ziyad mungkin diserang sawan. walau xpernah tgk even ambik tahu pasal sawan, tapi tak tahu kenapa dalam hati terdetik yg Ziyad kene sawan waktu mula2 dia kejang tu.

doktor suruh nurse masukkan ubat bontot utk turunkan suhu  badan & cakap kami boleh balik.

Itu je?

Iye.. itu saja! katanya normallah baby kene macam tu.

keluar bilik doktor, tanpa ambik ubat, kami terus jumpa Dr. Khairat. Doktor ni yg selalu rawat kami adik beradik dari saya masih 7 bulan. masa tu dah lega sikit sbb at least kami dah dapatkan 1st treatment walaupun xpuas hati sangat. klinik Khairat agak jauh dari rumah. tu sebab pergi dulu klinik terdekat.

..................................

Dr. Khairat kata suhu terlalu tinggi. 101 F. tu pun after sejam ubat bontot masuk. normally ubat bontot akan bertindak setengah jam kemudian utk turunkan suhu badan compared dengan ubat makan (syrup) yg ambik masa 4 jam. so, sy xdpt bygkan suhu Ziyad berapalah agaknya time kene attack tu.. xteringat langsung nak ambik suhu dia. panic.

doktor check. alhamdulillah, paru-paru clear. no sign of infection. check tekak, yes! inilah the real culprit! tekak Ziyad sedikit bengkak. infected. sbb tekak sakit yg buatkan suhu badan naik. akibat suhu badan terlalu tinggi, otak baby yg belum fully developed akan hantar signal & sensitif to perubahan suhu. jadi, oksigen xcukup sampai ke otak menyebabkan kejang/sawan.

baby dah pernah diserang, akan diserang sekali lagi. sbb otak dia dah cukup sensitif dengan perubahan suhu walaupun sedikit. so, utk prevent, pengawalan terhadap perubahan suhu badan dia amat penting. ada jugak baby yg kene sawan sekali je seumur hidup. ada yg kene berkali2.

normally, kalau lepas umur dia 5 tahun, dia xdiserang sawan, maka InsyaAllah, dia bebas sawan sepenuhnya. tapi kalau umur lebih 5 tahun & masih diserang, maknanya, penyakit tu adalah utk seumur hidupnya.

Penyebab?

Sbb jadi sawan tarik ni ialah sbb suhu badan terlalu tinggi. so, nak tahu kenapa suhu badan tinggi, kenelah jumpa doktor. perkara yg ditakutkan ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau yg lebih serious, jangkitan kuman pada otak. tapi dalam kes Ziyad, jangkitan pada tekak. tekak dia sakit. tu yg jadi dmm. doktor kata xde yg perlu dirisaukan. doktor bagi antibiotik & ubat demam.

Kesan?

tiada kesan yg merbahaya. cuma kalau diserang sawan terlalu lama, mungkin akan merosakkan otak & membuatkan seseorang lumpuh.

ape yg perlu buat jika diserang?

1. kalau dah pernah kene sekali, lain kali kalau anak baru nak demam, or badan panas sikit, sentiasa lap badan dengan kain basah utk turunkan suhu.

2. cepat2 bagi makan ubat dmm, so ubat dmm syrup tu sentiasa ada dalam simpanan lah. kalau ubat dmm syrup tu ambik masa 4jam utk digest & berkesan. tapi ubat bontot, setengah jam dah hadam. 
so, langkah berjaga2 kami lain kali, kalau suhu Ziyad 37.5 darjah Celsius, terus masuk ubat bontot. tapi kalau baru2 nak dmm & xberapa panas sgt, bagi ubat syrup & lapkan badan je. (belajar dari pengalaman)

Update : 2nd day, Ziyad kene attack sekali lagi. kali ni kami agak panic sbb ambik masa lebih lama. 5 minit dalam berjaga2 kawal suhu, xsangka suhu dia boleh naik mendadak.. suhu badan dia maintain 36-36.9 degree C. kain basah mmg balut badan. tapi kene jugak attack pagi tu.. lebih kurang waktu yg sama dengan hari pertama kene. 

mmg cuak. walaupun doktor dah terangkan masa hari pertama. cuak sbb lama Ziyad kene attack. saya dah nangis. serious..takut sangat. menggigil badan. nasib ada ibu.. ibu yg tolong pegang Ziyad & mengerengkan badan dia. baju ibu dah basah dengan air liur Ziyad. sampai ibu jerit, suruh husband saya azan. selesai azan, Ziyad sedar semula & tertidur. kami terus bersiap & ke DarulSyifa di Bangi..

Di DarulSyifa, Ziyad diberi air penawar. kami amalkan 2-2.. rawatan moden & islam.

3. baring & mengerengkan baby utk mudahkan aliran air liur keluar. waktu diserang, baby mmg xsedarkan diri. utk elak dari tertelan /lemas, biarkan airliur keluar dengan mudah.

4. jgn masukkan objek keras macam sudu dlm mulut. pernah ada kes patient bwk baby jumpe doktor dgn sudu disumbat dlm mulut. parents dia kata nak elak baby kancing gigi. doktor nasihatkan tahan dengan jari kita je. baby xde gigi lagi. gusi dia lembut lagi.. kesian dia kene gigit sudu besi dgn gusi.. biarkan baby gigit jari kita lebih lembut.

5. time duration : tgk tempoh baby diserang berapa lama. sbb kalau lebih 15 minit, dikira serious & pemeriksaan teliti harus dilakukan. Ziyad kene attack dalam 2-3 minit je rasanya.. sekejap. tapi cukup utk buatkan jantung saya berhenti berdegup!


Hari keempat, Ziyad masih lagi demam. makan ubat, dia kebah. pastu habis kesan ubat, demam lagi. Antibiotik pun dah habis. pergi sekali lagi jumpa doktor. lagipun kak Liza suggest bawak g hospital, lebih canggih sikit alatnya. anak dia 2 org ada sawan. tapi last kene attack masa umur dorang 3 tahun & lepas tu dah hilang terus.

jumpa doktor, check paru-paru ok. check tekak. masih lagi merah. belum baik lagi. antibiotik sebelum ni xberi kesan pada kuman tu. so, doktor tukar antibiotik yg lain.

Update : Kami bagitau doktor pasal Ziyad diserang kali kedua. doktor kata, mmg kebarangkalian utk dikene sekali lagi adalah tinggi. Sawan ni, kalau sekali dah serang, selalunya akan serang lagi. sbb otak patient dah sangat sensitive dengan sedikit perubahan suhu. suhu boleh naik mendadak secara tiba2.

kami tanya doktor pasal cadangan utk check dihospital. katanya, dalam kes Ziyad, dia xnampak keperluan utk ke hospital sbb kes Ziyad xbegitu serious. diserang sawan dalam 2-3 minit. lepas tu, paru2 clear. hanya tekak yg sakit. bila kami mentioned pasal risau takut penyebab sawan Ziyad ialah jangkitan kuman di otak, doktor jelaskan lebih lanjut.

doktor xsuggest utk refer to hospital sbb dia kata antara symptom baby kene sawan disebabkan jangkitan kuman pada otak ialah, lepas diserang sawan, tengkuk baby masih lagi keras. xboleh terlentuk.. sedangkan dia tgk Ziyad ok.. tapi Dr. Khairat akan bagi referral letter if we insisted nak bawak Ziyad g hospital.

after discussion, kami setuju utk bagi Ziyad new antibiotik and ubat demam yg ditukarkan waktu makannya from every 6 hours to 4 hours. Dr. Khairat pun bagi 24hours untuk Ziyad tunjukkan respond terhadap ubat yg baru. kalau stil demam lepas 24 jam, kene bawak Ziyad ke klinik & doktor akan refer to hospital.

keluar bilik doktor, husband terus tanya "nak g Ampang Putri or Columbia?". haaa? dalam kepala saya nak g HKL je.. tapi dalam hati, tetap doa, xnak g hospital langsung. moga Ziyad sembuh.

Alhamdulillah, Ziyad semakin sihat keesokkannya. mmg ubat yg doktor bagi tu buat Ziyad rest. tidur. bangun utk susu & makan je.

Penangan antibiotik yg baru. tidur. time demam ni, mmg Ziyad byk meragam. maybe sbb badan dia rasa xselesa. macam kita lah kalau demam. kene bagi dengar qasidah kesukaan Ziyad. Ya Hanana.. dari dalam pantang dah terbiasakan dia dgr qasidah ni. dah besar, dgr je Ya Hanana, pandai goyang badan.. konon2 menari lah tu..
lepas tempoh 24 jam, demam makin berkurang.. tapi stil monitor suhu badan dia & lapkan badan dengan kain basah. petang tu, keluar ruam2 merah. ibu kata, kene campak rupanya.. jenis campak yg keluar after demam.

Makin besar. makin pandai mengekspresikan perasan & buat mimik muka.

Alhamdulillah, dah nak masuk 2 minggu peristiwa berlalu. Ziyad makin sihat.. tapi ibu Ziyad ni fobia sgt. masih lagi tidur malam, letak termometer kat sebelah.

itu saja perkongsian saya mengenai pengalaman anak diserang sawan. moga bermanfaat untuk ibu-ibu lain. semua info yg saya berikan adalah berdasarkan pemahaman saya dari penerangan yg diberikan oleh doktor.

Salam Ramadhan semua.
Mohon ampun & maaf kalau2 ada yg terasa hati sbb baca blog ni.

Sorry, entri agak panjang. rasanya dah xde part yg tertinggal kot. serious, mmg pengalaman baru bagi kami.. pengalaman yg xmau diingati, tapi sangat terkesan kat hati.

Ubat dmm syrup & ubat bontot dah kene sentiasa ada kat rumah.

7 comments:

  1. dear, maaf.. sekadar nak berkongsi.. rasanya suhu 37.4 still dikira suhu badan normal untuk bayi.. so 37.5 adalah suhu permulaan demam.. biasanya kami bagi PCM je.. mean, take oral.. bila suhu tinggi, biasanya 38.5 dan ke atas, baru kami decide masukkan ubat bontot tu..

    sesetengah doktor x galakkan sgt penggunaan ubat bontot.. melainkan suhu terlalu tinggi or PCM dan wet sponging dah tak berkesan..

    ni just pengetahuan saya je.. kalo salah, mungkin ada yang boleh betulkn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *(belajar dari pengalaman)

      suhu badan Ziyad cepat naik bila cecah 37. masa dia demam tu, setiap setengah jam, kadang2 15 minit, kami ambik suhu.

      suhu dia boleh naik mendadak & risiko diserang sawan tinggi. ubat bontot untuk tindakan segera bagi cegah sawan.mungkin berbeza kot utk cara baby yg pernah kene sawan dgn yg xpernah kene.

      Ok, saya tertinggal 1 part. jap saya update.

      Delete
    2. oo.. mungkin jugak.. bila dah pernah kena, badan dah treat suhu tu berbeza..

      Delete
  2. betul, bila sekali dh terkena sawan chances utk kena sekali lagi mmg high, my SIL ckp bila baby kena sawan, buka semua tingkap bagi ada aliran udara, mengiringkan baby and klu boleh jgn tahan mulut dia dgn apa2, takut klu dia gigit kuat sgt, jari kita boleh berdarah, takut dia tertelan darah kita, n takut infection lain pulak nanti, just share, my SIL is a doctor, baby bwh setahun mmg sensitif sgt, my baby pun kerap demam, hospital dah jadi second home, alhamdulillah bila dah setahun ni kurang sikit risau bila dia demam, sbb x seteruk masa baby dulu. Klu anak demam, mmg x lena tido kan..risau spjg masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka semua tingkap utuk aliran udara (* tips tambahan- thanks)

      tapi baby saya belum ada gigi.. let say kalau dah ada gigi, biar kan je ke? xbahaya?

      tulah, kami bergilir tido2 ayam.. serious, takut sgt.. kejap2 tekan termometer, check suhu..

      Delete
  3. Tq Fatiha. Semoga Ziyad membesar sihat. Anak akak xpernah lagi kena sawan..
    Tp google juga untuk langkah jaga-jaga.

    ReplyDelete
  4. Salam.. 😢 anak sy sawan kali ke2. Lupa nak keep jerlum sbb tgk dah xpanas. Lupa nak mengiring waktu tarik. Lupa Allah nak balas dosa kte pun melalui anak2.. Astaghfirullahh..

    Waktu tarik tu dlm pkul 4.30pagi. Allah masih sayang, waktu tarik tak sedar brp lama sbb tgh tidur, tapi ditakdirkan dia mengerang kuat mengejutkan sy dari tidur. Allah masih sayang, terus hati tergerak utk dukung n bawak ke bilik air, dlm keadaan anak masih tarik sy terus buka paip singki, pupuk ubun2 n kepala dgn air yg sangat banyak.. masa tu duk sebut Allah, Allah, byk kali.. Alhamdulillah sekejap je, then matanya kembali normal, berkelip dan berhenti kejang.. barulah buka bajunya, basahkan tuala n lap kepala, leher badan.. Then ambil ice pack yg mmg sentiasa ada dlm freezer, balut dgn baju nipisnya td, sandarkan kat kepala bhg ubun2 anak.. Alhamdulillah, Allah masih sayang, anak tenang tidur, mengiring ke sini, ke sana, nafas yg tenang..

    Allahu rabbi..

    ReplyDelete