"abang, bila nak beli baju raya?"
"abang xnak baju raya"
"no, i mean baju raya like kemeja or t-shirt. bukan baju melayu"
"abang xnak"
.......................................................
sebenarnya, mmg saya pun xmahu baju raya. xde hati nak beraya. apatah lagi beraya sakan. tapi saje je tanya pada husband. kotla dia nak beraya dengan adik beradik & mertua saya kan? xadil lah kalau saya nak 'seret' dia sekali dalam kesedihan keluarga saya.
but for si little caliph sorang tu, ada lah jugak sediakan beberapa helai baju n seluar raya. kesian pulak dia baru 1st time beraya, xde baju baru cantik2.. at least, duapuluh tahun akan dtg, bolehlah tunjuk gambar dia beraya pakai baju cantik. ibu & ayah dia xkisah baju lama pun.
baju melayu untuk Ziyad, xbelikan pun. dah nama xde hati. jadi, just pakaikan dia jubah yg family saya beli dari Mekah & Madinah tempoh hari. ada 4 pasang. haruslah pakai sementara masih muat. lagipun jubah2 tu belum pernah pakai sejak diberi haritu. kira baju baru jugak la kan?
Mantai.
sesiapa anak jati negori, tahulah ape tu mantai. arwah abah, org negori. sehabis upaya dia nak terapkan nilai2 adat yg dia tahu kat kami. Mantai ni ialah cara orang negori menyambut Ramadhan. kalau dulu2 kat kampung, 10-12 orang akan share beli lembu sekor. sembelih & bahagi2kan. pastu masing2 masak. dah siap, tukar2 rasa dengan jiran. kira buat potluck lah. lepas tu, malam tu pulak, masuknya ramadhan, lepas solat maghrib akan buat tahlil sebelum isyak.
tapi arwah abah modernize kan sikit mantai ni. mana nak cari org nak share beli sekor lembu.. hihihi..lagipun neighbourhood saya campuran. ramai chinese & sikit indian. hihihi.. jadi, biasanya abah akan beli ayam kampung. buat rendang & makan malam tu, lauk kami seperti hari raya. tak pun, kalau dapat sayur maman, kami akan makan gulai maman. gulai maman, lauk tradisional kg. gedok. sedap woo.. tapi susah sikit nak dapat maman sekarang.
tapi tahun ni, kami tak buat mantai dah. takde rendang ayam kampung. mahupun gulai maman.
kami hanya buatkan tahlil. tu pun antara kami adik beradik je. xde jemput2 orang or buat makan2 pun.. mudah2an, doa dari anak2 arwah, sampai kepada arwah.
Sahur.
sahur beramai2. adik & isteri setiap hari datang rumah ibu pukul 5 pagi utk sahur bersama. saja memeriahkan suasana utk bagi ibu berselera sikit makan.
Berbuka.
berbuka beramai2. kadang2 je adik ipar buka puasa kat rumah family dia. ibu masih lagi xmampu nak penuhi undangan berbuka puasa dari saudara mara. tahun2 sebelum ni, mmg kadang2 kami akan berbuka puasa ramai2 dengan makcik2 saudara. pastu ramai2 berjemaah solat terawikh. time ni lah sesiapa ahli keluarga yg baru (baru kahwin) terutama yg lelaki, kene test jadi imam solat terawikh. alhamdulillah, setakat ni, semua pass with flying colours. kagum dengan abang sepupu ipar yg sedaya upaya menghafal surah yaasin. jadi, sepanjang terawikh, kalau dia jadi imam, mmg akan habis surah yaasin yg dibahagikan utk 8 rakaat.
raya pertama tanpa abah. raya pertama dengan little caliph.
takde perkataan yg tepat untuk gambarkan perasaan saya!
No comments:
Post a Comment