16 July 2013

Rak besi

rak dalam stor kami

Rak besi saya beli melalui officemate saya. dia head utk bahagian maintenance. kat office ni, banyak dah rak ni kami pakai utk store2 kami. jadi, dia ada supplier sendiri yg bekalkan rak ni & boleh bagi special price.

untuk rak saya ni, panjang 4 kaki, tinggi 6 kaki dengan lebar 2 1/2 kaki, harganya RM 129.00. so, pada yg bertanya samada berbaloi atau tidak, anda nilailah sendiri. sbb berbaloi ke tak tu, sangat subjective.

bagi kami berbaloilah, sbb rak besi ni kukuh compare dengan rak Ikea yg dalam perancangan awal saya tu. barang yg kami letak pun bukan calang2 ringan. microwave la, oven la. dan kami plan nak pakai rak ni untuk jangka masa lama.. mungkin selama-lamanya sampai rak rosak.. hihihi..

rak ni boleh disassemble. yg mana, kalau 1 hari nanti tiba2 duit turun dari langit, & kami buat store siap dengan build in storage cabinet, jadi rak ni boleh dibuka & simpan. atau bagi pada yg memerlukan. kami bawak balik rak ni dari office ke rumah, pakai kereta husband je pun.. xyah nak sewa lori bagai. ok, kan? 

mungkin sesiapa yg nak dapatkan rak ni, boleh tanya kat kedai2 yg supply rak. saya pernah tgk kat Mudah. ada jual. tapi mahal sikit.

1 comment: