Masa awal2 kawin dulu, saya & suami selalu berangan2 nak ada mini library kat rumah.
iyelah, mini library ni bukan boleh setup dalam 1 malam je kan? kalau boleh naklah buku2 dalam library tu adalah koleksi buku2 yg kami suka.
bukan buku yg pergi kedai buku, tutup mata, ambik semua buku sampai cukup utk susun kat rak mini library lepas tu terperaplah buku tu jadi hiasan.
bukan.
tapi iyalah, bila masing2 sibuk, masa utk membaca jadi berkurang. lama2 xde langsung. bila xde peruntukkan masa utk membaca, maka xdelah buku2 baru di beli. kalau mcm ni, lepas 10 tahun pun, belum tentu mini library akan jadi reality.
since bulan Ramadhan ni mmg stay kat rumah ibu, jadi bila berkesempatan, sempat jugaklah tolong ibu kemas rumah sikit. sekali, bila sentuh rak buku, baru tahu rupanya koleksi adik saya yg berdua tu lagi banyak dari koleksi saya suami isteri..
sanggup ok, pergi jumpa FynJamal sbb nak mintak autograph kak fyn letak kat buku Puisi Tepi Jalan yg adik saya dah beli lama dulu. |
2 karakter dalam koleksi buku2 di rumah ibu saya. hihihihi..
setakat ni, hanya buku2 yg terbaru je ada kat rak ni. koleksi buku2 lama ada simpan bawah katil. kebanyakkannya novel2 lah sbb waktu dulu, sebelum kawin, saya pun rajin menyumbang utk koleksi2 simpanan ni. tapi saya punya koleksi dari novel2 cinta biasa karya Norhayati Ibrahim, Sharifah Abu Salem, Fauziah Shaari, Anis Ayuni, dan lain2lah.
InsyaAllah, perancangan kami, lepas adik bongsu habis SPM, ruangan belajar dia tu akan ditransformkan utk jadi mini library. tempah rak buku yg bersesuaian. so xde lah koleksi di bawah katil lagi.. hahahaha..
kita tong2 duit eh.. tempah mini library.
tengah berusaha nak habiskan novel Ustazah Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu.. antara novel terbaik beliau. lepas raya kot start baca. lepas tu nak cop baca Cinta High Class, karya suami Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi.
owh, dikesempatan ini, saya nak menjemput kepada sesiapa yg berminat nak buat review on whatever book that you have read, boleh contribute ke The Book Review Project handled by my sister-in-law yg jugak seorang ulat buku/bookworm.. hihihi.. hantar je review korang ke email address dia.
Tapi kene bagilah dia masa utk baca email korang sbb dia tengah sarat mengandung sekarang.
assalamualaikum.
ReplyDeletesy pun penggemar buku dan suka serta bercita-cita nak buat mini library.dan saya ada satu rak kecil yang memuatkan buku-buku saya dan selebihnya ada dalam kotak.
Novel Suami Aku Ustaz tu saya dah ada sejak tahun lepas..kira best jugaklah..Hlovate tu pun antara yg saya suka juga..kadang tertanya juga, laki ke perempuan..hehe..
buku tulisan Ustazah Fatimah Syarha memang mantop! Cinta High Class tu pun banyak pengajaran utk pasangan suami isteri atau yg baru nak kahwin..saya pun dah cadangakan utk adik saya buku ni..
mmg kagum betul dengan ustazah Fatimah Syarha n husband.. umur sebaya kot.. tapi, penulisan dia, matang betul n penuh ilmiah..
Delete