29 July 2013

Mini Library di rumah? mana mahu mulakan dulu?

Masa awal2 kawin dulu, saya & suami selalu berangan2 nak ada mini library kat rumah.
iyelah, mini library ni bukan boleh setup dalam 1 malam je kan? kalau boleh naklah buku2 dalam library tu adalah koleksi buku2 yg kami suka. 

bukan buku yg pergi kedai buku, tutup mata, ambik semua buku sampai cukup utk susun kat rak mini library lepas tu terperaplah buku tu jadi hiasan.

bukan.

tapi iyalah, bila masing2 sibuk, masa utk membaca jadi berkurang. lama2 xde langsung. bila xde peruntukkan masa utk membaca, maka xdelah buku2 baru di beli. kalau mcm ni, lepas 10 tahun pun, belum tentu mini library akan jadi reality.

since bulan Ramadhan ni mmg stay kat rumah ibu, jadi bila berkesempatan, sempat jugaklah tolong ibu kemas rumah sikit. sekali, bila sentuh rak buku, baru tahu rupanya koleksi adik saya yg berdua tu lagi banyak dari koleksi saya suami isteri..

Koleksi buku kepunyaan adik perempuan saya yg bongsu.. dia lebih suka buku2 keagamaan. dah dari Zaman Matrikulasi sampai masuk U pun, asyiklah orang lantik jadi Biro Kerohanian.

Fatimah Sharha & Dr. Farhan Hadi antara penulis kegemaran dia selain Habibur rahman El-Shirazy & Taufiqurrahman Al-Azizy.
ini pulak koleksi adik bongsu. lelaki. dia lebih indie sikit. Fixi lah, LejenPress lah, Terfaktab lah..
tapi buku Seksi Ovari, paling saya ingat sbb nampak je buku tu, terus sound adik. dahlah dia bawak baca time kenduri doa selamat saya masuk rumah baru. x ke haru, tetamu ramai, tgk tajuk mcm tu? sbb saya nampak tajuk tu mcm Seks Ovari.. hahaha.. tertinggal huruf 'i' dihujung Seks.

tapi adik bongsu saya ni lebih advance sikit. sbb dia jenis suka joint event2 indie, pemuisi2, penyajak2 ni semua.
setakat ni kalau xsilap saya dia dah keluarkan 2 naskhah zine. saya belajar istilah zine ni pun dari dia lah. moga cita2 dia nak jadi penulis berjaya tercapai. amin..

apapepun, habiskan SPM dulu. pastu kite g cari bengkel penulisan. pastu g apply penulisan kreatif. belajarlah sampai PhD, boleh jadi sasterawan negara. sapa tahu?
sanggup ok, pergi jumpa FynJamal sbb nak mintak autograph kak fyn letak kat buku Puisi Tepi Jalan yg adik saya dah beli lama dulu. 

2 karakter dalam koleksi buku2 di rumah ibu saya. hihihihi..

setakat ni, hanya buku2 yg terbaru je ada kat rak ni. koleksi buku2 lama ada simpan bawah katil. kebanyakkannya novel2 lah sbb waktu dulu, sebelum kawin, saya pun rajin menyumbang utk koleksi2 simpanan ni. tapi saya punya koleksi dari novel2 cinta biasa karya Norhayati Ibrahim, Sharifah Abu Salem, Fauziah Shaari, Anis Ayuni, dan lain2lah.

InsyaAllah, perancangan kami, lepas adik bongsu habis SPM, ruangan belajar dia tu akan ditransformkan utk jadi mini library. tempah rak buku yg bersesuaian. so xde lah koleksi di bawah katil lagi.. hahahaha..

kita tong2 duit eh.. tempah mini library.

Koleksi yg terselemat dari menjadi koleksi bawah katil. hihihi.. kebanyakkannya saya belum baca lagi sbb koleksi antara yg adik saya baru beli.

Suami Aku Ustaz, best! tapi bila nak ending, makin mendatar ceritanya. akan diadaptasikan ke Filem nnt lakonan Nora Danish & adi Putra. sesuailah karakter pelakon tu. harap kecomelan Nur Alisa dgn Ustaz Hafiz dpt dizahirkan dalam filem nnt.

5 tahun 5 bulan, best! tapi bahasa falsafah kedoktoran tu agak tinggi sikit. Hlovate, penulis misteri yg masih xmendedahkan identiti sebenar. lelaki ke, perempuan ke.. hahaha.. antara penulis kegemaran adik perempuan.

tengah berusaha nak habiskan novel Ustazah Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu.. antara novel terbaik beliau. lepas raya kot start baca. lepas tu nak cop baca Cinta High Class, karya suami Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi.

owh, dikesempatan ini, saya nak menjemput kepada sesiapa yg berminat nak buat review on whatever book that you have read, boleh contribute ke The Book Review Project handled by my sister-in-law yg jugak seorang ulat buku/bookworm.. hihihi.. hantar je review korang ke email address dia.

Tapi kene bagilah dia masa utk baca email korang sbb dia tengah sarat mengandung sekarang.

2 comments:

  1. assalamualaikum.

    sy pun penggemar buku dan suka serta bercita-cita nak buat mini library.dan saya ada satu rak kecil yang memuatkan buku-buku saya dan selebihnya ada dalam kotak.

    Novel Suami Aku Ustaz tu saya dah ada sejak tahun lepas..kira best jugaklah..Hlovate tu pun antara yg saya suka juga..kadang tertanya juga, laki ke perempuan..hehe..

    buku tulisan Ustazah Fatimah Syarha memang mantop! Cinta High Class tu pun banyak pengajaran utk pasangan suami isteri atau yg baru nak kahwin..saya pun dah cadangakan utk adik saya buku ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kagum betul dengan ustazah Fatimah Syarha n husband.. umur sebaya kot.. tapi, penulisan dia, matang betul n penuh ilmiah..

      Delete