16 November 2009

lace?chiffon?

Cari baju yang sesuai pun memang pening yang amat. Semua pun rasa cantik, semua pun nak. Lagi2 saya jenis yg tak suka stick to one color theme..yang saya tentukan ialah concept wedding yang saya nak, mengikut budget yang ada. Jadilah semua color pun cantik.

Utk berjimat cermat, saya beli kain baju yang akan digunakan utk nikah awal2 lagi iaitu sebelum bertunang. Jadi dpt gunakan kain tersebut sebagai sebahagian dari barang hantaran semasa bertunang.

Masa bertunang dulu, barang2 yg saya beri sebagai hantaran kepada pihak lelaki:

1. Kain baju melayu –belum siap jadi baju lagi. Akan guna utk nikah.
2. Songket – tenun tangan dari Terengganu. Beli masa menghantar rombongan abg sepupu kawin, beli ramai2 & banyak2 dari kedai sama, jadi dapat murah sikit.

Barang2 lain, standardla..manisan & makanan.

Pihak lelaki pun bersetuju membalas dulang hantaran dgn :

1. Kain baju nikah – masa tu trend jenis chiffon belum mendapat tempat sgt (penghujung 2007). Lace-lace yg cantik2 sume pun mahal2. Yang siap jual secara package, mmg murah, tapi saya kureng gemar sikit. Tgk2 kat Alinas, ternampak gambar ni..

Terus suka & beli kain yg sama..kain brocade..

Barang2 lain, makanan & manisan jugak=)

Sbnrnya masa nak bertunang dulu, 2 bulan sblm majlis, tak jumpe dgn bakal tunang. Juz melalui phone je bincang barang2 ni. Parents dia datang merisik pun masa raya 2007 & kami bertunang June 2008. Lagi sebulan sblm majlis, langsung tak dpt berhubung sbb dia masuk Out Bound School kat Lumut. Ala2 Akademi Fantasia, tak boleh hubung dunia luar.

Brg2 semua mmg saya beli for both parties sbb bakal tunang dalam probation lagi..susah nak keluar beli.

Barang2 semua beli masa Jualan Mega Sale hujung tahun (Dec 2007). Setengah tahun lebih awal beli. Kadang2 malu jgk bile promoter sibuk tanya

‘bila majlis?’

Nak cover, jawab je ‘insyaAllah, tahun depan’

‘bulan brape?’

‘errr…bulan 6’

‘ooo…lambat lagi’

Ok. Memang malas nak layan. Yang penting tak nak lepaskan peluang dapat diskaun.

No comments:

Post a Comment