memang serabut jugak nak cari photographer sbb ini antara elemen penting dalam majlis. yela if majlis semua dh ok, tiba2 takde gambar untuk kenangan..or gambar ada tapi blur & kurang menarik yg kalau tengok first page rasa dah malas nak tgk page2 seterusnya.
mula2 my colleaque, Jo cakap dia boleh tolong jadi my official photographer and Albert pulak offer nak edit gambar2 tu, so i can have more than 30 pages of custom story board! saya just bayar 'angpau' je *maksudnye bagi je berapa suka*. lagipun Jo memang pernah jadi fulltime wedding photographer untuk sebuah butik kahwin..mestila chinese bridal house. saya pun sgt suka gambar2 yang diambil Jo. maksudnye, dia pandai adjust & cari angle yg akan jadikan pengantin gemuk nmpak slim, yg dagu berlapis,boleh sorok, yang muka lebar jadi comel je..n semua gambar2 yg digunakan untuk letak kat brochure, flyers, voucher for park..semuanya Jo and Albert punye hasil tangan. plus, they got a Diploma in Photography & Art Design.
lagi2 Ms. Nancie bagi green lite gune DSLR company=)tapi Jo bagitau Darling dia punye abang pun kawin on the same date.so, dia tak dapat nak snap photo for me..Albert pulak takut tak dapat cover semua action since majlis kat dewan at least need 2 photographers=(.
so, saya terpaksa meng'goggle' untuk cari wedding photographer, sort mane yg ok & saya suka. kemudian send email asked for quotation. lepas dpt quotation, sort pulak harga yg within my budget. as usual, my budget tak besar. below RM4k. saya buat budget pun based on normal market price. takkanla market skrg untuk fulltime photographer at least RM2k+ *saya ada dapat quotation up to RM 7k, boleh pitam!*, saya nak buat budget RM 800 je..harga sebuah DSLR pun lagi mahal,ok!
lepas semua tu, tunjuk kat Jo website photographer tu..mintak dia komen sikit since dia 'pakar' hal2 gambar ni. tunjuk kat Albert jugak.. mereka berdua ni sgt semangat buat saya terharu lagi..=')
langkah seterusnya set appointment. i want to meet them face to face.sbb ada juga orang tak percaya tengok kat website je..takut tipu kan..gmbr hasil kerja orang lain, letak website sendiri..saya takut mcm tu. dalam 4-5 photographer yg saya email, hanya seorang je yg cepat bg feedback. so, kira rezeki dia..
sbnrnye, saya suka job dari jangguttouch..tapi tak mampu..over my budget..cari2, jumpe 'ank buah' dari company ni yg ada buat job photography jugak..sekali lagi kira mcm memang murah rezeki dia ni..
mcm biasa, saya suka buat trick sikit. dah tau dia ddk Wangsa Maju, still nak jugak nak ajak jumpe kat Tesco belakang rumah. lagi set time 11am..saje nak test dia boleh dtg on time tak.sebab tak kenal, so mmg byk bende nak takut..takut dia seorang yg tak tepati masa & janji. pukul 10.30am, dh terpacak kat Tesco..nk tgk dia dtg awal dari saya berape minit. tapi, dia memang tepati masa & sentiasa make things serious..memang orang yg betul2 nak kerja n jaga customer sbb saya boleh 'lihat' dari email2 yg dia bagi.
lepas puas hati dgn produk yg dia tunjuk, plus hasil dari perbualan, i can feel dia juga pro dalam bab editing sama mcm Albert,so agreed n a week later make payment for deposit. lagipun price dia ikut my budget.
Jo kata saya untung dapat harga murah. i said, "murah?!!"..walaupun below budget, but still kopak jugakla..Jo kata if chinese wedding, normally photographer punye harga above RM5k..ohh..itu tak payah cakapla..chinese n Malay, mane sama..
actually we can't compare price. sebab different people, different pendapat. contoh paling ketara, saya rasa nak kopak jugak dgn harga tu, but Jo kata murah! haihh~~
sape nak gune khidmat photographer yg saya gune, sila email kepada beliau azim.zainuddin[at]gmail[dot]com.
hasil gambar? ala..tak boleh nk komen lagi la..tunggu bila saya dapat album ye..=) sekarang ni bab photographer, saya dah try cari yg saya suka dan selebihnya, saya tawakal..mudah2an semuanya elok..
No comments:
Post a Comment