11 November 2009

Ujian HIV Pra-Perkahwinan

Sebab baru je bulan lepas buat ujian HIV pra perkahwinan, so saya nak share sikit pengalaman saya membuat ujian HIV ni.

Semua HIV test bagi tujuan perkahwinan hanya dijalankan di klinik kerajaan..tak mahal..juz RM 1 je. In the first place, saya terfikir kenapa tak boleh buat kat klinik swasta yg lebih flexible and convenience dari segi masa dan kemudahan? Yela, sbb sy kerja private company, annual leave tak banyak, office hours from 9am-6pm. Sy ingat bolehla saya buat test kat klinik swasta dpn rumah tempat adik saya bekerja. Malam2 pun boleh dtg lepas kerja.

Bila fikir2, saya rasa mungkin nk elakkan pemalsuan/pembelian keputusan HIV test kot..sama macam MC yg senang2 boleh dipalsukan/ dibeli disesetengah klinik swasta.

Saya ada 2 pilihan klinik kerajaan.

1. Klinik Kesihatan Kg. Pandan- dekat dgn rumah. Sy call dulu before dtg coz nak buat appointment n get some info before bodo2 dtg pastu kena balik dgn hampa & kecewa..rupa2nya walk-in saja..HIV test hanya dijalankan pada setiap isnin-khamis dari 2ptg-4.30ptg (10 orang shj) dan Jumaat 2.45ptg-4.30ptg (5 orang shj). Contact Number for this clinic : 03- 9281 0272.

2. Poliklinik Kesihatan Tanglin- dekat dgn office..so, boleh ambik cuti half day & senang parking compared dgn Klinik Kg. Pandan..kat sini boleh buat appointment. So, agak selamat la..tak perlu berebut2..tapi..masa saya called tu baru 20 October 09 tapi appointment saya pada 9 November 09. Lebih kurang 2minggu lebih. Hari2 lain sume dh penuh. Contact Number for this clinic : 03- 2698 3311.

Last2 decide ambik cuti Khamis tu jgk and dtg ke Kg. Pandan. Pukul 12.30 tghari saya dah terpacak dgn kaunter. Mintak borang, isi, dan tunggu..pukul 1 ptg, nurse tu suruh tunggu kat luar..klinik tutup until 2pm.

Ddk sorang2 kat luar dgn panasnye..malas nk gerak g mane2 sbb parking susah dpt. Dalam pukul 1.15pm, ramai dah couple2 muda dtg..haih..ni mesti nak test gak..terasa mcm diri sgt ‘cool’ n independent gile sbb dtg sorang2..yg lain sibuk berteman, kalau bkn dgn tuning masing2, dgn kawan2, dgn adik2 or dgn mak2..

1.45pm, saya terpacak dpn pintu nak ready ambik angka giliran. Alhamdulillah, tepat kul 2pm, pintu bukak n saya dapat giliran ke 3 selepas sepasang couple.

Tak sampai setengah jam, dpt masuk n diberi sedikit info pasal HIV & Aids. Isi form lagi dan ambik darah.

Tunggu di luar, lepas 15 minit, masuk bilik doctor n ambik keputusan..pukul 3 ptg dah siap!

Senangkan? Apape pun before pergi, lebih baik call dulu klinik untuk tau procedure dijalankan sbb ada yg boleh buat appointment dan ada walk-in sj..tak la sia-sia n membazir masa nak pergi sampai 2-3 kali kan? Jadilah pengguna bijak *mcm iklan TV pulak*

No comments:

Post a Comment