23 February 2010

apa wedding favor kamu?

firstly nak ucapkan penghargaan kepada miss eilaz atas ucapan tahniah beliau..selagi inai masih merah dijari,boleh lagi kan ucapkan tahniah & selamat pengantin baru?=) *perasan sendiri yg diri ni masih pengantin baru*

ramai B2B sedang mencari2 idea utk wedding favor..as a B2B, kita mmg nak mencari yg terbaik utk hari paling bersejarah kita kan? of course la selagi termampu & terdaya mungkin kita akan merealisasikannya..

as for me, i prefer bagi wedding favor yg boleh dimakan..part of dessert lah kiranya..

dan, saya pernah cakap dulu kalau saya rajin, saya mahu letak cookies yang dibuat sendiri utk diletakkan dalam kelongsong bunga gantung. jika tidak, saya akan letak gula-gula yg dibeli je. atas sokongan keluarga yang bekerjasama membantu, maka berjaya jugak mencapai cita-cita inginkan cookies sebagai doorgift..ha..barulah menepati ciri-ciri English style sikit kan? cookies yang saya buat ini ialah Almond Flakes..ada hirisan almond..mcm nama cookies ni lah..ALMOND FLAKES..

dalam masa 5 hari berturut-turut, siang hingga lewat malam maka siaplah hasilnya. 24 adunan cookies utk 500pcs doorgift..lebih kurang 5-6 biji cookies sebesar syiling 20sen atau 50sen utk setiap 1pcs doorgift.

Para B2B sekalian, jika kamu ada kebolehan membuat apape cookies yang senang *cadangan di sini ialah chocolate chips..* mungkin kamu pun boleh jadikannya sebagai doorgift kamu.. lagi bermaknakan? tetamu dapat makan cookies air tangan pengantin sendiri.. barulah lebih erat tali persaudaraan.

buatlah cookies sendiri..ramai call keesokkan harinya iaitu selepas majlis utk tanya bunga gantung & cookies sedap order dari mane..hehe..

bila dah siap bakar, pack dalam plastik cantik yg agak tebal sikit & seal kan dgn baik utk elakkan masuk angin atau lemau..
Saya masih memakai jeans ketika sesi men'seal'kan cookies ini..bermakna, balik dari office terus sentuh wedding stuff sampailah kul 1pagi setiap hari..Letih..tapi puas hati..=)
walaupun kamu mempunyai kebolehan dalam membuat cookies, kamu juga harus mempunyai keazaman & semangat yg tinggi..jgn pulak hangat-hangat taik ayam.. dah beli bahan2 sampai beratus2 ringgit, last2 kamu g beli readymade sebab tak sanggup nak siapkan sampai habis. membazir..

kamu juga harus consider masa serta tenaga yg kamu ada selain dari semangat yg memang tinggi melangit. saya dah buat eksperimen berapa lama cookies ni boleh disimpan tanpa lemau atau rosak..lebih kurang 6 bulan lebih jika di simpan betul2 ditempat kering & seal betul2 agar tak masuk angin.. saya buat cookies ni lagi 2 minggu nak nikah. mata panda? sudah jelas..kekurangan tidur sampai jerawat pun keluar.. tapi tak kisah, janji puas hati..

semuanya terpulang pada individu & paling penting jgn terikut-ikut orang. buat ikut kemampuan. ukur baju dibadan sendiri..jgn pulak orang buat bunga sendiri, kamu pun nak buat..orang kawin di hotel, kamu juga mahu dihotel..orang buat DIY kad, kamu juga mahu..hah!orang buat cookies, kamu pun mahu..tapi last2 kamu yg pening kalau kurang berkemampuan..kurang berkemampuan bukanlah bermaksud dari segi kewangan je..tapi dari segi tenaga kerja, kreativiti, masa,emosi dan sebagainya.. last2 beli ready made jugak..

sekarang banyak tempat boleh beli barangan kawin..nak tempah ikut design kamu pun boleh..banyak yang cantik-cantik..kena pandai pilih je..& paling penting, haruslah ada pitis nya=) ohh ya! kalau kamu pandai pilih, barang murah pun boleh nampak cantik & exclusive..=)

DeepInsideMyHeart : sangat gembira bila dapat share idea dgn B2B..walaupun dah kawin, tapi rasa macam nak ulang semula bila teringat saat-saat indah membuat persediaan BigDay.. 

20 February 2010

Di Sebalik Tabir Akad Nikah #03

Jumaat 01.01.2010

2.30pm – lebih kurang 2.30pm saya masuk masjid. call OP since saya tak kenal OP saya tu. Sebab selama ni deal dgn Azim.. tapi Azim harus ke Bangkok hari itu, jadi dia bagi 2 orang photographer iaitu Cak & Yemz sebagai ganti. Bukan ape, I takut si OP tersalah ambik gambar pengantin mcm yg terjadi masa kak leen nikah dulu..tiba2 dtg seorang OP lelaki dgn confident snap2 kami & kak leen padahal OP kak Leen seorang perempuan..rupanya OP slh pengantin.. (-_-“)

Call OP, terus ckp “saya pakai baju grey silver..bukan baju putih tau”..tulah, suka2 nikah tak nak pakai putih lagi..saja pilih color selain putih..asalkan warna lembut,ok. Sebab nak g nikah, tak bestlah pakai color terang menyala gitu..kurang lah keayuan I nanti (^_^)

Rombongan sebelah lelaki dah sampai. Saya cari bakal suami..aish~~tak nampak batang hidung. *terbyg berita2 yg pgntin cancel kawin last minutes- tgk! Betapa negative nya fikiran waktu gementar hari penting macam ni* Bila ternampak bakal mertua, ok, saya lega disitu..

Alhamdulillah, ramai yg hadir. Cater food for 100pax and makanan pun cukup..tak byk lebih..jadi kurang pembaziran..service oleh caterer jugak bagus..

Masuk office jurunikah..ada sedikit briefing di situ=) hampir jam 3pm, kami bergerak masuk ke ruang solat dimana ramai saudara dah tunggu utk akad nikah..

tetamu yg hadir..rombongan lelaki membawa 6 buah kereta dgn anggaran 30 orang..keluarga sebelah saya, agak ramai yg menghadirkan diri..alhamdulillah..keluarga saya memang besar..

3.00pm – Alhamdulillah, seperti dirancang, tepat 3pm akad nikah dijalankan. Dalam hati berdoa mudah2an bakal suami tidak nervous berlebihan. Alhamdulillah..sah dgn sekali lafaz.. sebak gila dalam hati..tapi saya berjaya sembunyikan..dah nekad dalam hati, takmau nangis2..nanti orang lain pun turut nangis sebak..



semua gambar2 dicaptured oleh adik sendiri..sgt amatur..jadi kurang sikit nilai artistik ya..bila i dah dapat gambar from OP, i tepek lagi..hopefully gambar2 dari OP memuaskan..

3.30pm – selesai salam2, semua tetamu dijemput makan di ruang yg disewa dgn kebenaran pihak pengurusan masjid.

4.30 pm – rombongan lelaki minta izin nak melawat rumah kami (rumah yg bakal kami tinggal selepas kahwin). Makanya kami pun berangkat pulang & menunjukkan bilik pengantin since dorang nak tgk.. dgn OP yg baik hati & tak banyak ckp pun follow sama..ape lagi, dapatlah I bergambar sakan dlm bilik dgn baju nikah=) sebab mula2 ingt tak dpt nk ‘heret’ OP. ambik gmbr sndri2 je la dlm bilik..tp akhirnya, dpt jugak..*nasib baik rumah & bilik tak semak samun..kalau tidak,malu i kat keluarga mertua & OP*

5.00pm – rombongan lelaki beredar. Lepas puas bergambar, kami pun rehat2 kejap sebelum bersihkan diri & berangkat ke hall utk deko-deko!

Selesai Di Sebalik Tabir Akad Nikah.. 
Menyusul nanti Di Sebalik Tabir Majlis Persandingan 

*boleh dikatakan rumah tak disentuh langsung sebab majlis semua selesai di masjid*

DeepInsideMyHeart :  2 minggu lepas seorang jiran mengaku kat ibu yg dia dah tersalah sangka. Makcik tu ingat I nikah kat Masjid Pandan Jaya, berdekatan rumah. Jadi makcik sudah ‘menjaja’ cerita hal I nikah dekat Masjid Pandan Jaya & sudah pasti ada cerita negative disitu..padahal ibu sudah berbuih cakap I nikah dekat Pandan Indah..jemputlah datang..
 

Makcik salah sangka terus meminta maaf..takpelah makcik..memang biasa begitu..kitakan manusia biasa..mana mungkin sempurna..sering salah sangka..asalkan kita saling meminta maaf & memaafkan, sudah cukup..

19 February 2010

Di Sebalik Tabir Akad Nikah # 02

Jumaat 01.01.2010

Yey! Hari akad nikah=)

pagi2 sudah bangun & terus mandi..siap2kan hal2 kecil & remeh..rasa sgt fresh walaupun tido 4 jam je..mgkn sbb semangat & perasaan bercampur baur antara excited, nervous, sedih & macam2lah menjadikan badan tak menunjukkan simptom2 keletihan tak cukup tido..actually dah berminggu2 tido lewat & kurang tido..lepas mandi terus breakfast 2biji telur separuh masak..

10am –sekali lagi mandi..

11.00 am – my jurumekap, kak intan sampai.. saya pun terus ambil wuduk sambil berdoa agar tidak terbatal sehingga selesai akad nikah *inilah sebab utama saya tak ambil pak andam*. Sesi menconteng2 muka dimulakan.. tengah2 makeup,jerawat tunggal ditepi hidung pecah..haih~~dekat2 nak kawin memang sebiji demi sebiji jerawat keluar..nasib tak berbekas or berparut..Alhamdulillah..

12.30 pm –sesi make up, pakai baju, pakai tudung & veil serta cekak butterfly selesai..semuanya dilakukan si jurumekap. Semua aksesori adalah kepunyaan peribadi pengantin yg dibeli khas utk tujuan ini. Hanya veil & cekak butterfly kepunyaan jurumekap. Bila dh selesai semua maka barulah saya dapat melihat diri sendiri di cermin sbb sepanjang sesi make-up, tiada langsung cermin diberikan..konon petua utk naikkan seri pengantin *yolah tu* 

Bila selesai semua, pintu bilik dibuka. Maka baru tahu ramai saudara mara terdekat dh berkumpul. Golongan lelaki telah berangkat ke Masjid Al-Azim utk solat Jumaat dan meninggalkan golongan ibu2 dirumah. Alhamdulillah, semua kagum dgn pilihan I *atas suggestion ibu yang hebat* memilih kain brocade dijadikan kebaya labuh yg lepas nikah pun tak malu nak pakai lagi *tu pun kalau muat lagi*. Mungkin dorang terlalu biasa tgk org nikah pakai lace atau chiffon..jadi macam i jugak, agak 'jakun' dgn kain brocade ini=) siap tanya beli kat mane..tak pasal2 I jd duta kedai kain & tukang jahit=)

tambahan pulak color yg dipilih ialah grey silver..

1.45pm - bertolak keluar dari rumah menuju Masjid Al-Azim. saya dibawa oleh pengapit sendiri *sepupu ibu* yg sangatlah terror memandu sampai i berdoa diam2 dalam hati agar dapatlah dielakkan segala musibah & i dapat kawin jugak pada hari tersebut..laju gile dia drive!

sampai awal ketika semua jemaah masih didalam masjid. belum selesai solat Jumaat.. bila dah selesai solat, terpaksa beri laluan orang keluar dari masjid. biar la sampai awal sikit dari kelam kabut tak tentu arah kan? keadaan sesak dgn org & kenderaan keluar dr masjid. Dalam hati kali ni bersyukur dpt pengapit yg merupakan driver yang cekap elak motor & kereta yg bersimpang siur keluar masjid. Jemaah yang lalu lalang  dapat tgk dlm kete ada pengantin..siap ada ucap tahniah lagi *malu saya!* para pengantin, sila pakai kereta ada tinted gelap tak nmpak dalam ya..

bersambung..saat mendebarkan.. 

17 February 2010

wedding of the year -kategori blogger-

Serius! Saya amat kagum dengan wedding 

rasanya semua orang yg ada blog wedding pasti kenal dgn AmyMizzunderstood & MG

paling suka basikal tua disisi pelamin..

dan suka juga langsir hijau backdrop itu..

tiba2 teringat langsir bilik pengantin sendiri…=)

haih~~suka2 godek2 blog konon nak lagi cantik & canggih..last2 ter’delete’ entri Di Sebalik Tabir Akad Nikah #02 =( kan dah nak kena buat lagi sekali..

13 February 2010

Disebalik Tabir Akad Nikah # 01

Kerja kahwin memang memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Jadi perancangan masa amatlah penting bagi mengelakkan sebarang kelewatan yang boleh menyebabkan keseluruhan acara tidak mengikut masa yang ditetapkan. Sedikit info yang ingin dikongsi dgn pengunjung blog mengenai perjalanan masa majlis kahwin saya. Mungkin dapat membantu & improvekan lagi..juga ingatan & panduan buat diri sendiri utk perjalanan majlis yang lebih licin bagi 4 orang adik yang bakal menyusul=)

Khamis (31 Desember 2009)

Semua barang2 doorgift, hall deco, penunjuk arah, kelengkapan jamuan utk saudara mara yg akan membantu di dewan pada Jumaat malam & lain2 barang keperluan majlis sudah siap di pack dalam kotak & dilabelkan..tujuan dilabelkan sebab bila dh byk2 kotak, tak ingat barang letak kotak mana..senang nak cari bila dh berlabel..checklist barang2 yang perlu dibawa & bila harus dibawa sudah sedia & diserahkan pada adik as event manager..

Doorgift yg dah siap sepenuhnya dimasukkan dalam kotak & seal utk dibawa ke dewan.

Semua hantaran telah siap. Tapi…pukul 3 ptg saya masih keluar cari asam merah utk hantaran! =) toksah cakaplah kena ‘ceramah’ dgn abah.. saya tak tahu pengantin yg lain mcm mane, tapi saya sendiri rasa walaupun dah lama plan, tapi last2 minutes still ada bende nak tambah, nak tukar..haih~~pendirian belum cukup teguh!!

Dan memang bila kita nak sangat benda tu, susah nak jumpe..tapi bila tak nak, tergolek2 je depan mata..sejam lebih jugak mencari asam merah tu..puas keluar masuk kedai..

Malam pulak paksu sekeluarga datang. Lepas isyak, paklang & maklang menyusul bersama inai yang siap di blend..sebab rumah maklang memang tanam pokok inai. Jadi tiada masalah utk mencari inai daun dan boleh dapat fresh lagi..petik2 & terus blend & terus pakai. Apa lagi, maklang n maksu sama2 tolong pakaikan saya inai sambil menonton tivi rancangan sambutan tahun baru 2010..maksu pakaikan tangan & kaki kiri, maklang pakaikan tangan & kaki kanan. Tak ketinggalan kanak2 kecil semua pun tepek inai sekali=)

Sebab pengantin tidaklah menggemari inai sampai tahap selalu rasa nk muntah dgn bau inai, maka jam 1 pagi sudah cuci bersih=) hasilnya hanya warna keoren-orenan saja yg keluar..just nice for me coz memang saya tak mau merah2 or hitam..

selagi belum sampai BigDay, selagi tulah nak godek2, nk tambah2..padahal hantaran dah siap,tapi masih mcm nak tambah lagi diamond2 ni..pukul 2 pagi, masih melilit diamond2 utk tambah kat tempat cincin utk bakal pengantin lelaki..

Hikmah disebalik preparation wedding ni yg kebanyakkannya DIY ialah saya dapat belajar banyak benda baru..banyak ilmu2 kreativiti & kraftangan dari ibu diperturunkan..sekarang dah pro sikit berbanding mula2 belajar dulu..terkebil2 nk buat..sekarang tidak lagi=)*tiba-tiba berangan nak buat wedding anak sendiri nanti mcm ibu buat utk wedding saya..hush~~berangan tak hengat!=)*

Dan nasihat serta petua orang ramai agar tidur awal & secukupnya sebelum bigday agar nampak segar & bermaya, tidaklah dipatuhi oleh saya=) saya hanya tepek mask utk refresh & hanya tidur 4 jam saja sebelum bangun & bersarapan dgn 2 bijik telur separuh masak utk burst energy..

Disebalik tabir hari Akad Nikah Jumaat 01012010 akan menyusul kemudian..

DeepInsideMyHeart : saya sangat terharu dengan pertolongan yang diberikan dari semua keluarga.

05 February 2010

adik-adik..

Macam unfair pulak bila tepek gambar 2 orang adik je sedangkan ada lagi 2 orang adik menjadikan kami semua berlima=)

Presenting.. My adorable sisters.. Of course with the bride & groom..


Aimi Nasuha & Halimah Syuhadah..
sebagai peneman setia ketika memilih & membeli barang2 kahwin..sebagai pemberi pendapat & pandangan..sebagai pemberi sokongan ketika bakal pengantin teragak-agak nak beli atau tidak..sebagai PA paling setia menjaga barang2..

Tak lupa juga sebagai ‘dayang’ pembawa hantaran masa hari persandingan & bertandang =)


Atas 'arahan' Abdul Qaiyum, semua pun terpaksa senyum tunjuk gigi.. 
baju utk adik2 lelaki bertemakan batik yg dibeli dari Terengganu pada 2009 manakala adik2 perempuan memakai mini kurung bersulam yg dibeli di Bandung pada hujung 2008..haih~~si pengantin perempuan yang terover awal start beli barang2 kawin..kalau Bandung tu dekat, takpe la kan beli lambat2..alang2 dah sampai sana, beli je la apa yg patut kot..

ok..just a short update..

see u again..