28 December 2012

Langkah pertama pindah rumah : Gemaan Ruqyah


Salam

Tahun Baru
Rumah Baru

24 December 2012
1st day masuk rumah bawak Ziyad.. Selama ni, ziyad dalam perut je..
need few nites utk husband bermalam dirumah ni & menghabiskan beberapa siri bacaan Ruqyah.
maklumlah, rumah baru.. nak bawak baby baru, harus bagi Ruqyah bergema dulu..
InsyaAllah, esok kami sekeluarga dah boleh bermalam bersama.
kira officially pindah rumah la kan?

masih lintang pukang..
 Need Eric Leong in the house!

lebih banyak yang perlu di kemas & diberikan sentuhan dekorasi..

Sama-sama kita berkongsi idea!

27 December 2012

Majlis Adik : Rehearsal

Salam

Selepas selesai majlis nikah, kami semua pulang ke rumah utk solat maghrib & isyak serta refreshkan diri utk acara rehearsal pada pukul 9 malam.

 Pakngah excited bergambar dengan ziyad. sementara tunggu keluarga sebelah FIL adik dari Terengganu.


 Adik bongsu selaku Floor Manager utk keluarga kami, masih belum tukar jubah dari majlis nikah sbb selepas selesai majlis, beliau terus ke stadium. so, ini tengah berbincang tanya dia nak mandi & tukar baju ke x.. malam dah semakin larut.. pukul 10 mlm masih tengok vendor deko stadium.

Bukti saya xambil bahagian sangat. biarlah adik pengantin perempuan meluahkan keterujaan mengendalikan majils kakaknya.. saya hanya duduk berehat di sofa pangku ziyad. ziyad behave very well that nite..

aktiviti bergambar kat poster yg besar..

rehearsed perarakan masuk pengantin.. tengok, mmg bukti ai xde kepochi disitu sebab dah pukul 1030, & saya dah balik bawak ziyad dah lena tidur..

hihihi.. itu saja. gambar dari camera kami xbanyak sangat.. tunggu official photographer lambat lagi kot, so ini saja lah utk kali ini. next, majlis resepsi..

26 December 2012

Majlis Adik : Ijab & Kabul

Salam

Entri ringkas pasal Majlis Ijab & Kabul adik.. 

 betul kata orang, dah beranak ni susah sikit nak melaram.. belilah baju mahal mane pun, stil kene pegang bantal buchuk anak.. belilah handbag mahal mana pun, stil kene sandang diaper bag anak.. hahaha..


 kat rumah adik saya dah menggelabah.. gemuruh semacam sampai nak muntah, sakit perut segala.. ibu saya dah risau.. kitorang pun risau jugak.. tapi alhamdulillah, he did it very well. he managed to overcome the 'darah gemuruh'.. sekali lafaz, SAH!
 the mothers.. ok, yg muda pakai grey tu, of courselah bukan mak orang.. tu pengapit.. the pengantins best friend! or BFF i should called..

ingat post pasal Akad serah hantaran? this is what happen..

 saya sendiri pun tak tahu ape adik baca. tapi saya tahu adik saya sedang membacakan du'a yg ibu saya ajarkan. ibu belajar dari kelas agama yang ibu hadiri..

and i heard 'bisik2' makcik belakang.. 
"pengantin lelaki tengah jampi ke ape tu?"

(-_-")

 masa ibu saya kawin, mas kahwin dia gubah jadi crown. so, lepas akad nikah, abah saya serahkan mas kahwin dengan letakkan crown atas kepala ibu.. nampaknya anak bujang mereka ikut jejak langkah yang sama.. barulah macam

" saya mahkotakan awak sebagai permaisuri dalam hidup saya"

wah! shuwit gitu..

lepas nikah, makan2 kat dewan di bawah masjid. menu, nasi arab. dan saya find out, baby Ziyad tak tahan 'panas' kambing sbb saya makan agak banyak hari tu & Ziyad demam lepas tu..

Balik rumah, lepas isyak kul 9 mlm tu, kami bergerak ke Stadium Juara for rehearsal.

Daaaa.....

19 December 2012

Majlis Adik : Penyelia di sebuah pasaraya

Salam

Kelakar.
Mmg tergelak jugaklah.

"Encik boleh kongsikan macam mana pasangan pengantin boleh bertemu?"
"itu hal peribadi, xboleh cerita. apa yg saya boleh katakan, sudah jodoh Allah tentukan"

"keluarga pengantin lelaki tinggal di mana?"
"penting ke nak bagi alamat rumah?"

-ceh, abah ai berlagak retis xnak bagi komen.

Si pengantin lelaki, mmg sedia poyo sejak lahir kot. sampai kadang2 kitorang pun malas nak layan. bygkan masa dia bagitau dia nak kawin pun, ayat dia lebih kurang begini,

"ibu, abang nak kawin anak menteri"
boleh ke ibu percaya? mestilah tak! ini kes berangan ke hape ni?

"bapak, Qaiyum nnt nak kawin anak menteri" -beritahu ibu kepada atuk kami.
"eleh, anak menteri mana nak si Qaiyum tu.."

jadi, kami sekeluarga (abah,ibu & adik beradik) ambik keputusan utk rahsiakan saja siapa bakal tunang adik. masa majlis pertunangan pun, dorang stil xtau sampailah ternampak bakal FIL adik. lepas tu semua pakat 'membebel' kat kitorang kenapa xbagi tau awal2. kalau bagitau pun, korang nak buat ape?

"taklah.. bolehlah aku pakai baju cantik2 sikit" (-_-")

Ahad, 16 December 2012.

Keluarlah gambar2 majlis adik disurat2 khabar. kami xbaca pun semua. tapi orang yg bagitau. sampai ada siap yg dtg bertanya kat adik bongsu saya,

"eh, abang kau penyelia kat pasaraya? pasaraya mane weh? Speedmart ke? abang kau cashier eh?"

ok, sah! ni mesti si pengantin berlagak poyo lagi depan wartawan.

"biarlah jawab macam tu. abang menyampah betul orang2 yg dok sibuk pandang pangkat segala ni. cakap je penyelia pasaraya,kan senang.. tu pun nasib baik pasaraya. bukan pasar malam. bapak mertua abang pun xkepochi tanya macam tu"

itulah komen seorang penyelia sebuah pasaraya yg juga bekas graduan jurusan pemasaran dari UUM,Sintok Kedah.

but, from my point of view.. perkahwinan ini sedikit sebanyak mengubah adik saya ke arah lebih baik. mungkin, bila seseorang tu ada misi yg jelas, dia akan berusaha bersungguh2.. adik saya dulu memang seorang pemboros. masa study UUM dulu, tiap bulan ayah saya akan bank in duit. padahal, apa bendela yg ada kat UUM yg jauh terceruk tu sampai expenses tnggi sangat..

tapi once dia ada misi 'nak kawin', pandai pulak berjimat padahal, jarak masa bertunang & kawin, 10bulan je. dapat pulak simpan duit hantaran & mas kahwin. nak seribu daya, xnak seribu dalih.. lepas ni tugas ai berzikir kat telinga dia hari2 suruh beli rumah! kalau xdiingatkan, takut terus boros & boros & boros.. by the way, i can 'see' my sister in law have similarity with me.. both are jimat punya org (in proper word to describe 'kedekut'?)

17 December 2012

Majlis Adik : Alhamdulillah, selesai!

Salam

Sedikit teaser dari Majlis Adik.
cerita panjang, lain kali ya.. tunggu pengantin balik dari honeymoon utk editing..
karang kakak pulak terover excited cerita majlis adik sendiri..
so, baik diedit pengantin dulu..


malam rehearsal.. or tengah malam kot sbb saya balik pukul 10.30 malam (ziyad nak tidur), baju belum sampai.. baru nak fitting baju

Majlis Ijab & Kabul.. Alhamdulillah, sekali lafaz walaupun pengantin lelaki gabra yg amat sgt sebelum tu.. dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan..

bersama VVIP..

Penyerahan mas kahwin dan gelang tangan..

yes! bunga tisu berisi telur masin as doorgift for nikah. (gambar xclear sbb camera tab je)

sekian.

13 December 2012

Majlis Adik : apa ada pada nama? jemputan & vendor JB yg...

Salam

Jemputan.

pada dasarnya memang mudah memandangkan senarai tetamu dah sedia ada sebab dah pernah ada majlis kawin dalam family. majlis saya lah. kami sekeluarga dah sepakat bahawa semua tetamu yg menghadirkan diri pada majlis saya, tetamu tersebut akan dijemput dan tetamu yg xdapat hadir dengan alasan munasabah pun akan dijemput.

senang kan?

yang menjadi susah apabila tersebarnya berita mengenai status bakal pengantin. haa... tiba2 kad kawin yang paling simple dan paling murah yg dipilih bakal pengantin menjadi 'hot stuff'.. orang memuji2 kad tersebut cantik, kad tersebut mahal, kad itu, kad ini.. haih~~ nada sungguh membodek!

yang menjadi susah bila kita ikhlas menjemput, orang pulak bersangka kita riak nak menunjuk2.

yang menjadi susah bila ada tak percaya dengan nama yg tertera.

yang menjadi susah bila orang dok sibuk tanya kami sekeluarga pakai baju apa? tema apa? bila jawab baju biasa saja, "laaa.. kenapa xpakai beaded lace? selalu keluarga pengantin pakai beaded lace ke, beaded chiffon ke".. sebab selalu orang buatlah, kami xnak buat.. barulah unik kan? heh..

yang menjadi susah bila semakin hari semakin bertambah pulak senarai tetamu. kami jemput Makcik A, Makcik A mintak kad nak jemput kawan dia, makcik B. masalahnya, kami xkenal langsung makcik B.. bila xbagi, dikata sombong.. mentang2 dapat menantu baru org kaya.. ok, yg kaya mungkin mak bapak dia, tapi bukan bakal isteri adik saya.. lagi 1, ni majlis kawin.. bukan majlis rumah terbuka 1 malaysia!

yang menjadi susah bila orang ingat majlis ni bergabung dan adik saya kawin percuma! cis!! walaupun keluarga kami sederhana, tapi xdelah sampai xde maruah mcm tu nak kawin free.. xkanlah kami nak bagi details bagaimana perkongsian bayaran dilakukan? oklah, meh sini saya cerita..

jumlah kad jemputan 3000 keping & tetamu yg dijangka hadir adalah dalam 7000 orang dengan anggaran setiap kad mewakili 2 orang & termasuk anak2, jadilah anggaran 7k tetamu.. tetapi, jumlah kad jemputan dari pihak kami hanyalah 500 keping saja & anggaran tetamu dalam 1-1.5k.. lebih kurang sama jumlah masa majlis saya dulu. jadinya, pihak kami membayar perbelanjaan tetamu kami yg seramai 1-1.5k tu.. yg selebihnya adalah tetamu pihak perempuan.

itulah sebabnya kami xboleh sewenang2nya nak bagi kad kat sesiapa saja.

pada saya, kad itu lebih elok diberikan kepada saudara mara terdekat, jiran2 tetangga yg hari2 kita akan jumpa & sahabat handai yg masih kita hubungi.. kawan2 yang dah bertahun2 xcontact or xjumpa, akan di KIV dulu. kalau ada kekosongan kad, baru jemput.. lebih baik utamakan kawan yg selalu kita berhubungan dari kawan yg bertahun2 xjumpa/contact..

yang jadi susah bila kawan yg selalu berhubungan, suruh jemput kawan yg dah bertahun2 xberhubung.. aih, nak buat reunion pun, boleh x buat majlis berasingan? ni majlis kawin.. jgnlah nak campur aduk..

kalau boleh kedua2 keluarga nak semua urusan mudah je.. majlis yg ringkas.. yg penting berkat.

perkara yg jadi susah bila,

idea asal & impian kedua pengantin, dianggap terlalu simple..

kadang2 kesian jugak saya tengok adik saya. bakal adik ipar pun sama.. jam 2 pagi masih whats app dengan saya meluahkan perasaan.. hehehe.. saya mmglah xtidur pasal time tu mmg time pumping..heh..

mereka berdua nak majlis ringkas..xnak bersanding.. pelamin pun xnak! nak makan beradap, pastu dah.. pergi salam2 dengan tetamu.. kedua mak bapak pun setuju.. tp last minutes, tiba2 semua plan developed.. tiba2 terasa apasal majlis jadi semakin meriah pulak ni? hehehe..

nak cari vendor pun susah.. semua dok nak 'ketuk' harga xmunasabah.. untuk vendor pelamin & baju pengantin, vendor tu dari JB, recommended by one of the 'wedding planner' crew.. mula2 jumpa, dok pong pang pong pang boleh buat tema tradisional, pernah buat untuk anak raja lah, itu lah, ini lah.. kemudian bagi anggaran harga verbally..

bila dah habis discuss, mintak official quotation, hah hambik! total semua boleh beli sebijik kereta Persona kot! apa kes pelamin, dekorasi & baju pengantin je sampai harga mcm tu.. nanti datang pulak SPRM menyiasat, xpasal2.. (--")

so, kami tak terima quotation yg diberi.. biasalah kalau orang business, kita as client kalau xpuas hati dengan quotation, kita ada hak utk tak hire vendor tu kan? tapi vendor ni tah mana tah dia belajar business, dia hantar surat 'saman' mintak ganti rugi RM5k!! what the... bukannya dah seal the deal yg kami cancel.. baru takat xagree dengan quotation je.. xde rugi ape pun.. lagi pun mmg business nature mcm tu.. quotation xmenarik, client rejectla kan? huh~~ rasanya mcm nak je reveal nama bridal house kat JB yg xreti berbusiness & ambik kesempatan!

sangat berharap agar segalanya dipermudahkan & diberkati.. InsyaAllah..

11 December 2012

macam mana proses induce bersalin

Salam


Sambungan dari Part 1

tapi saya malas nak story 2 kali.
so, kalau nak tau, sudikanlah ke blog Little Caliph..
nukilan seorang ibu untuk anaknya dimasa depan.


=)

10 December 2012

untuk Qaiyum dan Khalida - juga utk ingatan diri sendiri


Salam

Eceh.. baru kawin setahun jagung, dah nak bagi nasihat kat orang. Ok, bagi nasihat kat adik sendiri & peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Untuk adik & bakal isteri yg akan bernikah Jumaat ini. InsyaAllah, moga dipermudahkan semuanya.

Mencontohi institusi perkahwinan orang lain.

Institusi perkahwinan yg paling rapat dengan kita, yg hari2 kita lihat, yg kita tahu hampir keseluruhan luar & dalamnya, mestilah institusi perkahwinan makbapak kita sendiri. ada orang begitu mengagumi & ingin jadikan sebagai contoh. Macam mana makbapak dia layari rumahtangga, macam tu jugak dia nak rumahtangga dia nanti.

Tapi, jgn lupa. Kita bukan kawin sorang2. Kita kawin berpasangan. Pasangan kita pun ada makbapak. Ada institusi perkahwinan yg dia pun nak contohi. Mesti xsama punye.. so, lebih elok, kita bersama pasangan sendiri berbincang & tentukan cara kita sendiri macam mana nak layari rumahtangga.

Komunikasi.

Perlu..perlu..perlu! amat penting. Apa yang kita suka, kita bagitahu/luahkan waktu tu juga. Sama jugak untuk perkara yang kita xsuka. Pun perlu luah time tu jugak. Tapi kalau keadaan xsesuai bolehlah luahkan time lain. Tapi jgn simpan lama2.. nnti jadi barah.

Kadang2 kita rasa lebih elok berdiam diri sebab xnak sakiti hati pasangan. Kita pendam..pendam dan pendam.. kita ingat elok. Tapi kita lupa, benda yg kita pendam, lama2 akan jadi racun.. lagipun, kita kawin bukan untuk setahun dua, tapi untuk seumur hidup.. lama tu! –kalau umur panjanglah, insyaAllah- manusia ni, dia ingat dia boleh bersabar. Tapi dia lupa sbnrnya kesabaran dia xlah tebal mana.. setebal kulit bawang saja. Lambat laun pasti perkara yg dipendam akan diungkit. Waktu tu, korang cakaplah dengan cara terbaik mcm mana sekalipun, ia dah jadi ‘bom atom’. Walau lembut suara, semerdunya pun, tetap akan kedengaran seperti halilintar.

Ikhlas.

Waktu ijab Kabul dilafaz, maka ingatlah yg waktu tu bukan penamat segala. Mmglah rasa legaaa… sbb dah xnervous depan tok kadi dah. Kene ingat, itulah sebenarnya permulaan bagi satu ikatan suci disisi Allah.

Waktu tu jugak, kita kene ikhlas menerima pasangan kita seadanya. Semua keburukan dia, kene ikhlas terima. Macamlah kita perfect sangat nak pasangan perfect kan? In fact, konsep perkahwinan itu sendiri ialah saling melengkapi. Kalau boleh, setiap malam sebelum tidur, ikhlaskan hati & maafkan suami/isteri kalau suami/isteri xmintak maaf. Mmg seeloknya sebelum tidur kene mintak maaf kat suami/isteri.. tapi xsalah juga kalau kita memaafkan dulu.

Jangan ungkit kelemahan/kesalahan pasangan.

Kalau ada komunikasi yang baik & keikhlasan dalam diri terhadap pasangan, insyaAllah, xkan berlaku hal ungkit mengungkit ni.. kalau terjadi jugak, tu maknanya kita belum betul2 ikhlas & redha. Bila komunikasi bagus, saling berterus terang & menerima teguran/pendapat pasangan, insyaAllah, xde hal dah nak ungkit2.. jgn pulak dah kawin dekat 30 tahun, tiba2 nak ungkit pulak bini xpernah hidang makanlah, iron baju x licin la, macam2 hal.. padahal masa awal2 tu, xnak tegur, xnak bincang elok2.. bila benda dah jadi alah bisa, tegal biasa, baru nak ungkit.

The worst thing is normally hal ungkit mengungkit ni selalu terjadi bila dah ada ‘orang lain’ dalam hidup. Time tu semua kebaikkan/pengorbanan pasangan selama 30tahun tu,dah xnampak.

Suami/isteri xsama dengan kekasih.

Walau jadi kekasih 10 tahun sebelum kahwin & kita yakin kita dah kenal betul dengan pasangan kita, sebenarnya kita salah! Nak kenal seseorang tu, bila dah tinggal sebumbung, baru boleh tahu perangai sebenar. Tu sebab kadang2 ada orang mengeluh. Katanya isteri dia dah berubah. Masa bercinta lain, bila dah kawin lain perangainya. Sbnrnya, bukan isteri tu yg berubah, kita yg belum betul2 kenal dengan dia.

Jika ini bukan yang pertama, jadikanlah ia yang terakhir.

Orang selalu kata, cinta pertama susah nak lupa, xkan sama dengan cinta2 yg lain. Kalau pasangan kita bukan cinta pertama kita, maka jadikanlah dia cinta terakhir kita. Cinta yg direstui Allah & dibawa sampai ke Jannah. Itu lebih nikmat.

Walau agama xpernah melarang suami untuk berkahwin sehingga 4 isteri, tapi jangan lupa tentang syarat yang telah agama gariskan. Fahami & dalami syarat tu. Sekarang ramai yg xdalami syarat agama gariskan.

“saya tak pernah abaikan tanggungjawab. Makan minum pakai isteri semua cukup”

Tapi dia lupa, tanggungjawab bukan setakat cukup makan minum. Tapi perhatian, belaian kasih sayang & tumpuan terhadap pasangan. Percayalah, walau dengan hanya 1 panggilan telefon untuk bertanya khabar pasangan kita ditempat kerja/rumah, dah cukup membuatkan pasangan kita rasa bahagia!

Kalau xmampu, maka tutuplah pintu hati kita. Jgn dibuka sekali pun! sebab utama bila berlaku kecurangan terhadap pasangan ialah bila kita membenarkan hati kita dibuka kepada yang lain.

Perbandingan.

Bila dah kawin, jgn sesekali membandingkan pasangan kita dengan orang lain. Sedangkan kita sendiri xsuka kalau diperbandingkan, kan?

Itu jelah nasihat xseberapa dari akak. Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Lagipun, kitakan bersaudara=)

07 December 2012

Salun Urutan Tradisional

Salam

Sebenarnya dah lama dah tahu pasal salun ni. Salun ni biasa2 saja.. takdelah glamor. owner dia sebenarnya dikalangan saudara mara yg jauh (bau-bau bacang kot). saya panggil makcik gayah. ore kelate. nama salun ialah R&K Salun Kecantikan dekat PJ.

Actually salun ni mcm salun2 biasa.. ada buat facial, body massage, body scrubbing, sauna etc.. tapi kalau nak berurut tradisional, kene contact makcik gayah utk buat appointment dulu.. sbb urut tradisional ni, makcik gayah akan urut sendiri. kalau yg lain2 tu, pembantu salun dia boleh buat.

saya ke salun ni sbb ada sepupu yg advise pergi berurut sebagai usaha nak dapat baby. sbb akak sepupu saya ni pernah keguguran.. lepas tu susah nak lekat.. rupanya2 rahim dia terlalu tinggi menurut makcik gayah. jadi makcik gayah urutkan. Alhamdulillah, sebulan lepas tu dia pregnant. mungkin kebetulan.. dengan izin Allah semestinya. tapi xsalah berusaha.

siapa yg x terpengaruh kan? so, saya pun pergilah berurut. makcik gayah kata rahim saya kebawah, jauh kedalam.. masa ni saya belum start treatment moden.. lepas buat treatment & doktor sahkan rahim saya retroverted, saya perasan ada persamaan dengan apa makcik gayah beritau pasal rahim saya. sampai sekarang saya confused sbb kalau ty doktor, doktor akan rahim xboleh dicapai melalui urutan. tapi makcik gayah pulak boleh predict dengan agak tepat kedudukan rahim saya melalui urutan.. apape jelah.. lain orang, lain skill nye kan?

tapi rezeki saya xde lagi masa tu..

lepas dah bersalin, ingat nak pergi ke Makcik gayah, tapi susah pulak bila memikirkan saya yg perlu ke salun. untuk ke salun semasa dalam pantang, adalah mustahil. saya berpantang dirumah sendiri. ibu datang untuk jaga saya. jadi, rumah saya tingkat 4! nak turun naik tangga dalam pantang untuk pergi berurut? haih~ tidak lah.. itu sebab saya xurut dengan makcik gayah.

ibu yg cadangkan saya pergi ke salun makcik gayah untuk berurut masa habis pantang. sebab ibu kata muka saya bertambah pucat padahal keluar hospital lepas beranak, segar bugar macam xberanak. lepas berurut pulak makin lama makin pucat. saya pun terasa badan saya makin lemah lepas berurut yang 3 hari berturut2 tu..

lepas tempoh pantang, badan dah kuat sikit, hari ke 44, saya pergi ke salun ni utk berurut dengan makcik gayah. seperti biasa.. BEST! sebab saya ambik pakej sauna, lulur & massage..

Mula2 sekali sauna dulu. makcik gayah tau saya baru lepas bersalin (kata saudara bau2 bacang mestila tau). so, saya sauna dengan wap serai wangi.. berpeluh2!.. makcik gayah kata lepas sauna baru urut sbb bagi urat lembut sikit. lepas berurut, barulah lulur satu badan.

kalau perasan, lepas bersalin, badan tiba2 banyak daki.. tah mana tah datangnya. makcik gayah kata normal sbb time pregnant, kulit meregang.. bila dah bersalin, dia kecut balik, tu yg byk daki keluar. InsyaAllah, lepas majlis adik minggu depan, saya akan ke salun lagi..


Salun ni guna bahan tradisional mcm mustika ratu, puteri binary etc.. so, please jgn expect bahan wangi2 ala spa ye..

*ppsssttt.. mentionedlah nama saya kalau makcik gayah tanya mana tau tempat dia tu.. bolehla ai dapat extra masa urut nnt=)

06 December 2012

cara melepaskan rindu pada anak ketika di office

Salam

6 Dec 2012

gambar fresh snap pagi tadi

little caliph, genap 3 bulan arini.. Alhamdulillah.
Sabtu nanti baru bawak g injection. harap dia x nangis sama macam dulu.
buat muka selamba je doktor cucuk montot dia..

sejak start keje sebulan lalu, hari2 rindu kat budak bertuah ni.
mujur ada whats app. siap buat whats app group lagi atas nama 

AZZMY
Ahmad Zahin Ziyad Mohamad Yazid


semua ada dalam tu. ada tokbah, ada ayah & ibu ziyad, ada pakngah, maklang & paksu.
Sorry makteh, u're not included in the group unless makteh tukar from handphone kodok to smartphone! hahaha..

kesian makteh terpaksa tgk gambar2 ziyad dlm fb je..

bila buat whats app group, hari2 ada je orang post gambar budak bertuah ni..
kalau ibu & ayah dia kerja, maklang or paksu or tokbah akan send picture budak bertuah tgh buat ape..
kalau ibu & ayah cuti, giliran kami pulak update perkembangan budak bertuah ini utk maklang, paksu & tokbah.. tak lupa juga nenek.. pakngah jarang2 update sbb pakngah sibuk keje kumpul duit nak kawin..

05 December 2012

Phone makcik urut

Salam

Sebenarnya serba salah jugak nak tulis ni. tapi bila xtulis, ramai pulak yg email bertanya.


boleh ke berurut masa mengandung?


berdasarkan post yang terdahulu berkenaan pengalaman berurut saya waktu mengandung.. alkisahnya, selepas bersalin, saya berurut dengan makcik Zai. tapi.. bagi saya, makcik zai mungkin pandai mengurut orang tapi bukan mengurut orang lepas bersalin.

saya berurut 3hari berturut2 dengan dia dengan bayaran RM100 bagi setiap hari.. so, 3 hari, RM300. husband hari2 berulang alik menjemput & menghantar makcik Zai.

cukup saya katakan, saya xakan berurut lagi dengan beliau. tak perlu elaborate panjang2 sbb nnt mengaibkan orang.

jadi, ingin saya memohon maaf kepada sesiapa yg mintak nombor phone berulang kali & saya xreply email kamu sbb bukan saya xbaca or terlepas pandang, tapi sebab saya serba salah. hari ini saya ambik keputusan, tidak akan memberikan nombor telefon makcik urut tu kepada sesiapa pun. xnak orang lain jadi seperti saya. peranakkan saya x dinaikkan sebetulnya sehingga masuk angin. Syukur masa hari ke 44, saya pergi berurut disalun yg biasa saya kunjungi. salun tu memang ada menawarkan khidmat urutan tradisional. siap ambik pakej sauna. puas hari ai! badan segar bugar..

nanti kita bagi review untuk salun tu ya.. sekarang busyla..