26 July 2012

merancang majlis aqiqah & cukur rambut..

Salam


Ada juga pandangan mengatakan majlis cukur jambul yang sebahagian besar kita buat sekarang adalah bidaah. Benarkah?



ABU HASSAN: Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama". (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)



Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham". (riwayat Tirmidzi)

Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu.

Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat.

Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim.

Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut.



Usia kandungan dah 8 bulan. sekarang orang mungkin sedang sibuk buat persiapan raya kot. beli kuih raya la, baju raya lah, tudung raya lah, songkok, butang baju melayu, brooch.. mcm2.. tapi saya sibuk cari pasal majlis aqiqah.

tengok gambar2 majlis aqiqah baby2 lain hasil carian goggle, Ya Allah, comel sungguh!

antaranya gambar2 dari Jabbe Production.

geram tengok decoration yg cantik2. saya dah survey beberapa tempat untuk sewa buaian. tapi bila nampak ada jugak yg pakai baby cot & deco cantik2, pun ok.. jimat jugak kos sewa & boleh DIY (amboi, dalam pantang nak berDIY).. kata majlis adik punya barang2 dah ada.. pakai je la kan?

mungkin majlis cukur jambul xakan diadakan. sebab saya mmg berazam nak botakkan baby masa hari ke7. just panggil orang untuk cukurkan di rumah je.. tapi kalau ayah Little Caliph ada keberanian untuk cukurkan, lebih baik=) nenek Little Caliph pun dah pesan, ustaz kelas agamanya nasihatkan untuk botakkan baby masa hari ketujuh dan beri nama terus. sunat. lagipun, lebih cepat dicukur, cepatlah tumbuh balik..

takpe, idea2 dan deco2 yang menarik tu, bolehlah kita buat masa majlis aqiqah pulak. majlis aqiqah ni, mungkinlah kami buat lepas saya habis pantang. InsyaAllah, majlis aqiqah ni akan dibuat dirumah baru kami nanti.. senang jugak buatkan satu sudut, letakkan baby cot.. masa majlis tu, mesti ramai nak tengok baby.. jadi letakkan je dia dalam baby cot.. senang.. xkan nak bagi dia tidur dalam stroller kot..hehehe.. nak dukung sentiasa pun, letih. nak letak dalam bilik, jenuh pulak nak turun naik tangga.


Tapi ayah Little Caliph belum bagi approval untuk baby cot.. ayah nak Little Caliph tidur bawah ketiak dia..hahaha.. ibu Little Caliph just risau takut Little Caliph terkena 'pukulan' manja ibu je.. maklumlah ibu dia tidur takleh sopan santun sangat.. tidur mati katakan..

Apape pun, kene discuss balik dengan suami & keluarga.. ada jugak  beberapa benda pasal cukur rambut ni nak mintak tolong ibu tanya kat ustaz kelas agama ibu. kalau boleh, nak tahu cara sebenar2nya dalam Islam. xnak terikut2 sangat dengan budaya & adat. biarlah kita buat sesuatu tu, ada pengisian yg kita perolehi.. InsyaAllah..


nanti dah faham & dapat jawapan yg sebenar2nya, saya sharekan ye.. mungkin lepas Little Caliph lahirla.. kita cerita step by step..


Little Caliph & ibu puasa penuh setakat ni.. Alhamdulillah.. doakan kami terus kuat ye..

23 July 2012

bahagian hadapan rumah

Salam

Perancangan awal dulu, kami taknak 'usik' pun bahagian hadapan rumah. memang kami pilih rumah yang ada tanah bahagian depan & belakang sebab suami suka bercucuk tanam. dah dari belajar sampai kerja pun dalam bidang tanaman. agronomist la, planters la, mcm2 istilah dah saya belajar. contra dengan bidang saya, haiwan..hehehe..

kami plan untuk tanam rumput dulu & bila dah pindah masuk, baru start tanam pokok bunga ke, atau poko2 lain yg ada kegunaan. mungkin juga boleh buat 1 sudut macam mini garden sikit.

sebelum dapat tahu pregnant, gigih pergi tanam rumput.. konon2 nanti pindah masuk, rumput dah cover semualah..mmg comot.. maklumlah, bukan professional yg tanam

tapi 1 hari tu, baru kami sedar, bila ujan, air bertakung jadi lecak.. xbest.. masa tu ada jugak jiran2 yang pasang tiles utk bahagian depan ni. kami sangka mungkin mereka xnak bercucuk tanam atau malas nak bersihkan lalang/rumput yang tumbuh, jadi dorang pasang tiles.. rupanya silap... selain rumput & lalang, lecak jugak boleh buat depan rumah jadi xcantik..

Alhamdulillah, kata orang, anak bawa rezeki..

since kami tangguh untuk berpindah dulu sebab dengan keadaan saya yg tengah pregnant ni, kami ambik keputusan untuk renovate sikit bahagian depan ni.. nak pecahkan tembok ruangan sampah so boleh buat gate jadi lebih luas & simenkan je seluruh bahagian depan. bolehlah masuk 2 biji kereta terus. nanti ada budget lagi, baru pasang tiles.. takpe, berdikit2 dulu.. yang penting tak terbeban dengan hutang=)

Gambar rabu lepas.. sorry kualiti kurang sikit sbb ni gambar dari instagram. kami xpergi pun tengok. kerja kan.. tapi abah saya yg pergi tengok & upload dalam instagram.. canggih tok abah Little Caliph ni.. layan instagram (-_-")

Contractor dah start pecahkan tembok tong sampah. lepas ni, pagar akan lebih luas lagi=) pagar pun kami kene ganti baru la sebab saiz dah xsama.

next step, pasang tiles.. tapi tunggu budget cukup dulu.. sbb lepas ni nak uruskan hal pindah rumah pulak.. nak cari lori, upah orang angkat barang, kenduri masuk rumah, kenduri aqiqah Little Caliph lagi..

nampak gayanya, mmg xdapatlah beraya rumah baru tahun ni.. sabar.. InsyaAllah tahun depan boleh dah buat open house pasang khemah upah caterer..

19 July 2012

kitchen cabinet.. wajib buat ke?

Salam

Tahun lepas, masa rumah dalam proses utk dapatkan CF, saya dah berangan2 nak buat kitchen cabinet. tak tahu kenapa dalam banyak2 perkara pasal masuk rumah baru, saya teruja nak kitchen cabinet.


naluri perempuan barangkali.

mungkin jugak saya terpengaruh dengan 'rutin' orang yang berpindah masuk rumah baru. selalu dengar ada yang berpendapat, lebih baik siap2 renovate atau buat apa yg patut sebelum pindah masuk supaya tak perlu susah2 untuk mengemas kembali. even masa buat loan rumah dulu pun, officer bank siap tanya nak buat personal loan x untuk renovate or tambah apape untuk rumah? nak extend dapur ke, pasang kc, plaster siling atau nak beli perabot ke.. ramai orang buat mcm ni sekarang. senang sekali buat je.

tak terlintas langsung dlm kepala nak buat loan semata2 untuk hias rumah.

kami tolak.

biarlah rumah basic je tanpa sebarang renovation atau tambahan asalkan kami bebas dari timbunan hutang. ada rezeki lebih nanti baru renovate or tambah apa yg diinginkan. xpelah, kene kemas 2-3 kali pun, xpe.. janji xberhutang.

mula2 kami ada budget untuk buat kitchen cabinet dengan keluasan dapur sedia ada. dalam perancangan, ada rezeki lebih, baru kami nak extend dapur untuk jadikan lebih besar & luas (maklumlah design rumah sekarang, dapur semua comel2 je). bila fikir2 balik, lebih elok kalau kami tunggu lagi beberapa tahun (sampai budget cukup untuk extend dapur) baru pasang sekali kitchen cabinet.

sebab:

1. tanah belakang rumah seluas 15x20feet. boleh extend dapur bagi luas sesuai dengan keluarga Melayu yg suka dapur besar2 terutama time kenduri kendara.. dah pakai catering pun, still need dapur besar jgk. terbiasa mungkin.

2. tapi nak extend dapur mahu makan budget puluh ribu kot. buat masa sekarang, budget xde sebanyak tu..

3. kalau buat dapur besar2 sekarang, masih duduk berdua dengan seorang baby(InsyaAllah). dengan keadaan saya bekerja & jarak rumah agak jauh dari office, memungkinkan saya kurang berada didapur macam rumah sekarang. rumah sekarang, balik kerja, masih sempat masak dinner. nnt masuk rumah sendiri, sempat makan kat luar je terus. balik rumah dah boleh tidur.

4. kami estimate, lagi 5 tahun, insyaAllah cukup budget untuk extend dapur. jadi macam rugi pulak pasang kitchen cabinet sekrang sedangkan lagi 5 tahun akan datang, kene bukak balik untuk extend & buat kitchen cabinet baru. membazir2.. dahlah jarang masak, xpuas pakai kitchen cabinet, kene bukak utk extend & pasang baru pulak..

Sekarang, kami hanya beli beberapa almari untuk diletakkan didapur. mari kita 'lenjan'kan almari tersebut sampai budget cukup utk extend dapur jadi besar=)

nanti dapur dah luas, bolehlah ada islan kitchen macam ni..

tak pun, boleh buat island bar mcm ni. senang time breakfast makan kat sini saja.

ok, fine.. tak boleh berangan lelebih sebab ni perancangan 5 tahun akan datang. mana tahu time tu ada design yang lebih menarik lagi=)

17 July 2012

majlis yang dikongsi

Salam

saya tahu kebelakangan ni saya sangat jarang update pasal majlis adik. kenapa? sebab plan berubah. dari 3 majlis, menjadi 2 majlis saja. 1 majlis digabungkan & kebetulan, idea lebat utk majlis adik, sudah jadi majlis yang dikongsi dengan pihak sebelah.

jadi bila majlis dikongsi bersama ni, eloklah dibiarkan seminimum mungkin orang yang memberi pendapat. kadang2 semakin banyak pendapat boleh membawa kebaikan bila semuanya bersependapat. tapi boleh juga  jadi sebaliknya bila masing2 berlainan pendapat.

Corsage yang hampir siap, diketepikan dulu. mungkin akan disambung untuk majlis adik yang lain.

Bunga telur yang dulu rancangnya dibuat dengan banyak, pun dihentikan dulu. tah, sebab mood dah lari kot..

pasu buluh buatan sendiri yang dah siap diasingkan, mungkin akan masuk ke kotak balik. pakai masa majlis Little Caliph je nanti.. hehehe..

Lidi untuk bunga manggar, rasanya dh boleh dijadikan penyapu lidi menyapu rumah.

riben berkotak2 berbagai jenis, boleh simpan atas almari. 

Baju yang dirancang untuk dipakai meraikan tetamu, bolehlah dibuat baju raya. tapi utk ibu Little Caliph, dijadikan baju raya tahun depan je lah.. sbb dah terbeli baju kecik konon2 majlis adik, perut dah kempis balik.. hahaha..

Majlis DIY memang beginilah risikonya.. kata pun DIY.. memang berdikit2lah proses penyediaannya. dan memang awallah persiapan dimulakan. bila berubah rancangan, kena fikirkan supaya semua bahan2 tak jadi pembaziran.


02 July 2012

susu, calcium dan jaundice

Salam

Ibu mengandung. soalan yg selalu ditanya selepas vitamin, mesti pasal SUSU.

Ibu saya seorang penggemar susu. jadi sejak kami kecil, memang diajar (dipaksa mungkin) untuk minum susu. setiap pagi pasti kene minum milo dengan susu tepung Nespray. kalau bulan puasa, macam mana sekali pun, abah akan usahakan bekalan susu kotak sentiasa ada utk anak2 dia minum seorang sekotak setiap kali sahur. Alhamdulillah, sampai besar, saya xde masalah nak minum susu. 

dalam tahun lepas, popular pulak susu kambing. biasa susah nak dapat susu kambing. tapi bila muncul Hi-Goat, susu kambing dalam bentuk tepung mudah bancuh, saya suka! sebagai peminat susu, haruslah ibu saya jd ahli. bukan utk jual susu kambing Hi-Goat, tapi jadi ahli utk kegunaan sendiri. boleh dikatakan hari2 saya minum susu kambing ni. sekali beli 4 kotak RM110 (harga ahli) untuk sebulan.

kadang2 tukar2 juga dengan susu kambing Hi-Goat yang ada campuran kurma tu.

sebaik saja disahkan pregnant, saya stop susu kambing sbb risau ramai kata susu kambing ni panas. memandangkan rahim saya bukan kuat sangat mcm orang lain, saya ambil langkah berjaga2. saya minum susu Anmum. susu khas utk ibu mengandung.. susu nespray pun still minum jugak bancuh dengan milo. tapi masa trimester pertama tu, memang badan saya menolak susu. asal minum susu je, muntah dengan dahsyat. terpaksalah stop. bermulalah episod sakit gigi berdenyut2. tiap kali berus gigi, mesti berdarah. dalam hati terdetik, kesianlah badan.. kekurangan calcium.

masuk trimester 2, saya minum kembali Anmum. sebab ada GDM, dietitian suruh kurangkan dari 4 sudu kepada 2 sudu saja. tapi saya bancuh 3 sudu=)hehehe.. kalau susu kotak pulak, dietitian nasihatkan ambik jenis low fat. xde masalah nak minum low fat. sedap je bagi saya.

bila masuk trimester 3 ni, saya banyak baca pasal nak elakkan anak kene jaundice, elok amalkan susu kambing. maka kembalilah saya kepada susu Hi-Goat original. tambahan pulak saya jenis darah O positive. kebarangkalian bayi yg ibunya berdarah O untuk dapat jaundice adalah tinggi.

Ayah Little Caliph xminum susu putih.. dia boleh minum susu coklat saja.. jadi semua ni, ibu Little Caliph yg punya.. dalam 2 tupperware tu, ada kurma, kismis & buah tin. ihsan saudara mara yg balik dari umrah. Alhamdulillah..

buah delima tu, sebelum pregnant, selalu je makan. biasa habiskan sebiji terus setiap kali makan sbb dalam sebiji buah delima tu, ada sebutir dari syurga. so, lebih baik makan sorang2 sebab tak tahu butiran yg mana dari syurga tu. tapi bila dah pregnant ni, susah pulak nak habiskan sebiji (-_-")

Mudah-mudahan bekalan calsium ni cukup untuk Little Caliph & ibu. Ramadhan semakin hampir.. mudah sikit nak dapatkan kurma terutama kurma kegemaran dari Yusuf Taiyoob.

Nubian Goat's Milk ni, susu kambing segar.. lebih hanyir sikit dari Hi-Goat. 1st time, adik saya yg belikan sebab saya suruh dia cari kat Mid Valley. pasal Nubian ni, saya tahu dari masa TTC dulu.. susah sikit nak dapatkan stok. 1st time minum, alhamdulillah, boleh terima. sekarang setiap 2 minggu sekali, saya akan minum Nubian.

saya cuba yang terbaik. andai kata, lepas berusaha mengambil langkah elakkan baby kene jaundice, tapi ditakdirkan nanti Little Caliph kene jaundice, itu ujian dari Allah. saya hanya berusaha. bak kata BIL, yang penting NIAT KITA=)