30 March 2013

petua hilangkan rindu baby..

Salam

Ziyad demam.

tak tahulah samada demam rindu kat semua yg berada di Tanah Suci atau mmg demam biasa. pakej sekali dengan flu n batuk.

ibu saya ada call. katanya biasalah budak2 bila dah duduk ramai2 dengan budak2 lain/orang lain mesti senang berjangkit penyakit. but dont have to worry. tu kan part of tumbesaran. at least you know bila dia sakit, insyaAllah, badan dia akan bina antibody semula jadi. tapi.. being a mother, tengok anak tidur xlena, hidung tersumbat, dengar dia batuk, badan panas.. buat hati menangis!

kami suami isteri cuba yg terbaik.

untuk hidung yg selseme tu, kami sedut. guna nasal aspirator la. xpandai lagi nak sedut pakai mulut sendiri. malam, bila ziyad dah tidur lena sikit, kami sapu dengan kunyit (petua wrote before). belum nampak perubahan sebab baru buat malam tadi. lebih tepat, baru teringat malam tadi pasal petua ni.

tidur pakaikan ziyad stokin. no aircond walaupun ziyad merengek badan berpeluh panas. sorry sayang.. of course, saya terpaksa bangun 4-5 kali waktu malam utk bf Ziyad. saya xbiasakan ziyad bf sambil baring. kadang2 lepas dah letak ziyad atas katil, saya boleh tersambung tidur sambil bersila lagi (-_-")

saya jugak baru teringat petua yg ibu saya pesan kalau2 ziyad demam rindu.

selimutkan dia dengan kain batik/kain pelikat/ baju orang yg dirindu..

in this case, saya tak tahu Ziyad rindu siapa. sebab dia rapat dengan semua. so, permulaan, saya selimutkan dia dengan kain batik ibu saya yg dipakai sebelum ibu berangkat ke Tanah Suci. saya x basuh. biar 'bau' yg dirindui Ziyad, masih ada. lepas ni kene bergilir pulak selimutkan dengan baju abah saya, maklang ziyad, makteh ziyad & paksu ziyad.

malam khamis lepas, pakngah ziyad dtg. main2 dengan ziyad. makngah ziyad xberapa sihat jugak. jadi belum jumpa makngah dia lagi.. ziyad suka sangat main soft book dengan makngah dia. macam tau2 je makngah dia tu cikgu..

moga Ziyad cepat sembuh..

Salam dari Tanah Suci
(thanks to technology & thanks to abah sbb sentiasa up-to-date dengan perkembangan teknologi)

29 March 2013

how to avoid caffeine for the caffeine addicts?

Salam

bangun pagi ni rasa badan sangat letih.. padahal baru je bangun tidur.. xfresh..
perut lapar. pergi singgah 7e, konon nak beli breakfast yg biasa jual depan 7e tu.. tapi tutup.

malas nk pusing cari tempat lain. redah terus g office. sampai awal 8.43am tapi xteringat nak singgah beli nasi lemak tanglin. dlm kepala dah terbayang mesti production susu turun sikit ni sbb perut lapar, badan letih jadi stress. terpaksalah akur breakfast dengan roti gardenia coklat kismis.

kul 930am, dtg bos menaja sarapan pagi mcD. breakfast set haruslah datang bersama coffee panas. letak gula sesudu kecil, & tambah susu tepung Nespray 2 sudu (ingat x, saya xminum air kopi o? mesti bersusu) mkn breakfast sambil pumping.

20 minutes later, Alhamdulillah.. 11oz.. maintain.. ambik gambar send kat husband. 

patutlah..

stress badan letih telah dineutralkan oleh coffee susu.
perut lapar telah diisi oleh sausage mc muffin & hash brown.
hash brown banyak minyak owh.. xsuka.. baik goreng sendiri..


kalau makan big breakfast, berapa oz la agaknya..

sejak bersalin ni, saya jarang sangat skip breakfast. and biasanya breakfast saya mesti yg heavy punye.. setakat biskut cicah milo or sandwich mmg xjalan.. mesti mau at least nasi lemak, bihun goreng, kueh tiaw goreng, mee goreng atau nasi goreng. lepas tu, pukul 1230, perut dah men'jerit' mintak lunch (-_-")

now, you tell me.. how to avoid caffeine? ia adalah milk booster saya!

28 March 2013

rutin baru

Salam

hari ni hari kedua bekerja tanpa update dari Ziyad.
Biasanya ada saja whats app dari rumah upload gambar Ziyad.
setiap saat asyik terfikir Ziyad. dan setiap saat jugak berdoa dalam diam moga Ziyad selamat & baik2 saja.

semalam hantar ziyad ke rumah babysitter naik kereta. tapi pagi tadi, kami suami isteri jalan kaki ke rumah babysitter. konon exercise la pagi2 berjalan kan?=P

Alhamdulillah, family saya telah selamat berada di Tanah Suci. Penerbangan Saudi terus ke Jeddah. semalam dah call Ziyad.. semua rindu la tu.. kebetulan, tanpa dirancang, bapa mertua saya pun berada dalam kumpulan yg sama dengan family saya mengerjakan Umrah.

Moga mereka selamat dan dipermudahkan segala urusan disana.

22 March 2013

Babysitter Ziyad : boleh tutup buku kot!


Salam.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Ziyad was happy with his new babysitter. or i can say both parties were happy actually.. our side & babysitter's.  babysitter baru ni sebenarnya kawan mak saya. sama2 pergi kelas agama, sama2 mengaji Al-Quran. Makcik Tina. Ziyad panggil as nenek tina.

Makcik Tina memang jaga anak orang bersama dengan anak perempuan dia, kak liza. kak liza dulu pernah bekerja, & just tolong2 mak dia jaga anak orang. tapi at last, dia decided nk resigned n tumpu penuh perhatian jadi babysitter. so, agak mudah bagi mereka nak handle babies/toddler. makcik tina boleh buat house chores & kak liza concentrate jaga budak.

rumah dia, ada 3 buaian. luas xbyk barang perhiasan which is agak selamat utk budak2 peringkat mcm Ziyad yg suka merayap, kutip barang masuk mulut. yup! ziyad dalam fasa tersebut! lagi2 gusi dah start gatal gaya nak tumbuh gigi..

saya bekalkan Ziyad dengan bubur pagi tu. mmg ziyad makan homemade semi solid food. fresh. hari2 kene masak. belum pernah lagi buatkan puree frozen. nenek ziyad xberapa nak menyokong bila saya kata nak buat puree frozen. jadi, setiap hari masak bubur + apape bahan (buah/sayuran). kemudian lenyekkan. cmne nak blend kalau secoet sgt.. terpaksalah lenyekkan je..

semalam, bubur habis. susu pun minum ikut amaun yg biasa sy bekalkan bila ziyad tinggal dengan ibu.

komen from makcik tina dekat ibu saya masa ambil ziyad tadi,

"kalau kau xnak jaga cucu kau ni lepas balik umrah, bagilah akak jaga. baik budak ni..senang jaga"

jawapan ibu? of course xboleh! hahaha.. sedangkan baru pukul 11.45pg pun call saya suruh call kak liza tanya Ziyad ok x. ibu kata terpandang2 Ziyad kat umah. terngiang2 suara Ziyad.. huhuhu.. baru berapa jam berpisah, nenek ziyad dah rindu!

so, aktiviti Ziyad hari ni, dia xtidur. as usual. ziyad bukan jenis baby yg tidur. dia suka explore & main2.. tapi dia xmeragam  or nangis. kak liza kata semua budak tidur, ziyad xtidur sampai kak liza terlelap sebelah ziyad. sedar bila ziyad dok kuit2 dia. rupanya ziyad berak.. hahaha..

kak liza kata ziyad peramah (obviously gen dari ayah). suka main dengan budak2 yg kak liza jaga.


happy face balik dari rumah babysitter.

Alhamdullillah.. senang hati saya..

memang saya xjangka saya akan ada masalah utk hantar ziyad ke rumah orang. sebab ziyad jenis xtakut orang & tak memilih orang. dia lagi suka kalau ramai2 orang. orang baru kenal pun dia serasi boleh gelak2 & cakap2 (bahasa dia la) macam dah kenal lama. itulah saya agak pelik bile babysitter pertama kata dia nangis xhenti.

saya rasa sbb buaian. maybe time tu ziyad dah ngantuk yg amat. tapi xde buaian. ziyad akan tidur dalam buaian atau dalam pangkuan ibu dia saja (sambil menyusulah- saya xamalkan menyusu sambil berbaring.mesti duduk). mungkin itu punca utama ziyad menangis.. sbb masa saya tinggalkan dia pagi tu, dia ok je.. xnangis pun.. saya say bye pun dia rileks je.

kalaulah babysitter yg pertama tu gtau awal2 yg dia xde buaian, kan senang. ok, salah sendiri jugak sebab tak tanya. tapi saya pun x expectlah rumah babysitter xde buaian.. biasa babysitter memang suka masukkan baby dalam buaian. 

apapepun, Alhamdulillah.. 

pagi tadi hantar ziyad lagi.. 

20 March 2013

Babysitter Ziyad : the outcome

Salam

Babysitter Ziyad yg pertama,
FAILED.

Sebab?

Babysitter takde buaian sedangkan cara nak pujuk Ziyad adalah dengan
masuk buaian & bagi susu ibu dalam botol.
he will fall asleep..
babysitter suruh provide. but utk 2 minggu lebih jaga Ziyad adalah tidak berbaloi.

2nd babysitter dah dikenal pasti.
1st skali yg ditanya "makcik ada buaian baby? boleh tgk buaian mcm mana?"
yes, lesson learnt!

tahu handle EBM,

pernah jaga baby even baby syndrome down pun dia ada pengalaman jaga.
so, tak salah if we assumed dia seorang yg penyabar utk handle baby
terutama dalam case Ziyad yg tak pernah berenggang dari ahli keluarga langsung.
mungkin first few days akan ada drama la sikit..

tapi orang kata, jiwa kene kental.
babysitter kene pandai ambik hati baby.
mak baby pulak kene pandai ambik hati babysitter.
win-win situation.

ibu saya dulu pun pernah jaga anak orang.
ramai dah baby yg ibu jaga but bukan serentaklah. maksimum 2 org budak je..
tu pun adik beradik.

so, skrg ni ibu guide saya utk cari babysitter jenis mcm mana.

moga dipermudahkan.

18 March 2013

Babysitter Ziyad : hari pertama.

Salam

Hari pertama Ziyad ditinggalkan bersama babysitter baru. selama ni ibu saya yang jaga.

Masa mula mengandung lagi memang ibu saya nyatakan hasrat nak jaga anak saya yg bakal lahir. saya xkisah pada mulanya. tapi bila semakin dekat nak bersalin, saya tanya lagi untuk pastikan ibu saya betul2 mahu jaga dan larat untuk jaga sbb kalau x, saya masih ada masa utk cari babysitter.

ibu masih mahu jaga. jadi saya serahkan saja. bonus untuk saya sebab xperlu risau keselamatan anak & saya yakin anak saya akan dijaga & diasuh juga dididik dengan baik. banyak babysitter yg boleh jaga anak, tapi xsemestinya dapat didik anak. tapi saya juga bukanlah lepas tangan 100%. saya masih berikan peruntukkan wang yg sama sekiranya anak saya dihantar ke babysitter.

tapi minggu depan, seluruh keluarga saya akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. semua akan pergi. InsyaAllah.. Ibu, Abah & tiga orang adik saya.

jadi, nak tak nak, saya harus cari alternatif lain utk hantar Ziyad ke babysitter sepanjang tempoh family saya disana. minggu lepas dah start hantar Ziyad ke rumah babysitter. tapi sekejap je la.. belum full day.

hari ini, pertama kali akan hantar dia full day. pagi tadi saya hantar dah siap mandi semua.. pukul 830pagi. tapi nanti akan hantar lebih awal jam 730 pagi dan mungkin akan hantar tanpa mandikan Ziyad. dah inform babysitter. just ibu pesan before hantar, kene tukarkan diaper baru. itu sudah semestinya..

perasaan saya?

Amatlah gundah. xtahu nk describe mcm mana. risau ada. risau kalau babysitter xleh jaga dengan baik. risau kalau babysitter xpandai handle EBM Ziyad (walaupun babysitter tu ada pengalaman jaga baby breastfed), risau kalau Ziyad xboleh adapt dengan suasana baru & orang baru.

sejak family saya register utk mengerjakan umrah kira2 sebulan yg lalu, hari2 saya bisikkan kat Ziyad. bagitahu dia nanti dia akan dijaga orang lain, ibu & ayah kerja. nenek, tokbah, maklang, makteh & paksu semua nak pergi Umrah. pergi rumah Allah, jadi tetamu Allah. nanti dorang semua akan doakan yg baik2 untuk Ziyad. mudah2an rezeki kita murah, ibu & ayah boleh bawak Ziyad ke sana..

hari2. dengan harapan setiap yg saya tuturkan akan difahami Ziyad.

mudah-mudahan dipermudahkanlah..

14 March 2013

peraturan membeli rumah flat.. baru tahu..

Salam

Mencari rumah kedua.
tak semudah yang disangka & tak semudah prosesnye macam rumah yg pertama.
lagi pulak beli atas orang bukan direct from developer.

kali ni kami mencari rumah berdasarkan lokasi. hot spot. untuk investment gamaknya.
tapi for this 1st year, kami nak jadikan rumah harian, sementara rumah yg sekarang ni mahu dijadikan rumah untuk hujung minggu =P

kami mencari rumah flat atau apartment berdasarkan budget yg kami ada.

Situasi Pertama

Rumah flat. 2 bilik. tingkat paling atas. xde lif. actually design yg sama dengan rumah sewa dulu. ala.. takat nak buat tidur je time hari bekerja.. lepas anak dah besar sikit, konon nak buat rumah sewa.

tapi condition rumah, hurmmm.. teruk! harga mintak kurang xleh. tulis kat iklan website *negotiable*. mintak kurang beberapa ribu pun, xleh. mintak kurang pun sebab condition rumah teruk sangat. mestilah nak kene pakai duit utk repair (-_-")

reject!

Situasi Kedua

masih lagi design rumah yg sama. cuma blok berbeze. masih lagi tingkat atas. kali ni kami berjaya deal secara terus dengan owner. bukan dengan agen seperti rumah pertama. harga jauh lebih murah. beza 13k tu! rumah masih ada penyewa. owner nak jual cepat sebab masalah kesihatan. perlu duit.

bila melawat rumah, bumbung agak fail sebab tingkat paling atas, bumbung agak melendut kebawah. rumah adalah design paling basic. xde renovate sikit pun. kitchen cabinet langsung xde,cat dah pudar, lantai xde tiles. terpaksa reject sbb walaupun murah, tapi bila topup dengan kos pengurusan & ketiadaan masa utk uruskan pembelian secara direct dengan owner, sama saja. pakai agen, byr lebih sikit tapi diuruskan semua.

Situasi Ketiga

dapat dari iklan menerusi agen. blok berlainan, design rumah sama. tingkat 3! wah wah wah.. terus terbayang bumbung confirm cantik. hahaha.. maklumlah, atas bumbungkan lantai rumah orang.. elok je hari yg dijanjikan utk tengok rumah, agen call husband,

"bang, rumah ni utk duduk or investment?"
"2-2"
"masalah sikit kalau nak duduk. rumah ni rumah india. tadi saya g tengok, ada kuil la dalam umah dia"
"hah?"

Ok, dahlah bloknya dekat dengan kuil besar. dalam rumah pun ada kuil lagi? 

Reject..

Situasi Keempat

masih lagi design yg sama, tapi blok bersebelahan dengan blok rumah ketiga. agen berlainan. tingkat atas sekali. kali ni, keadaan rumah jauh lebih baik. lantai dapur ada tiles baru, bumbung ganti baru, rumah ada sedikit renovation yg mana bahagian beranda di dapur dipecahkan menjadikan dapur lebih besar sikit.

keseluruhan puas hati la. after negotiate, harga pun dipersetujui.

alih2 time nak bayar booking fee, agen baru tahu ada peraturan baru. rumah flat yang kami mahu beli tu dalam kategori rumah kos rendah. peraturan untuk membeli rumah kos rendah adalah pendapatan isi rumah mestilah kurang dari 5k. huhu..xlayak nak beli..

konon nk pakai 1 nama saja.. salah seorang dari kami suami isteri. pun xlayak sebab pendapatan mesti kurang rm2k.

sedih... 

Husband kata "xpelah, xde rezeki kita"

2 bulan cari rumah dengan fokus pada rumah blok L dikawasan tu. turun naik turun naik tengok rumah, rupanya xlayak. kami layak utk blok selain blok L sbb difahamkan blok L adalah blok untuk kos rendah sedangkan blok lain dikawasan yg sama adalah kos sederhana. layak beli. tapi masalahnya xde orang nak jual..

xpe slow2...

*alhamdulillah, berjumpa dengan blok C. tiga bilik, cat baru, pakej dengan 2 unit air-cond, 1 unit parking, water heater & peti ais. tapi harusla samak dulu 1 rumah sbb owner dulu adalah bangsa tiong hua.. kerja menyamak rumah kosong agak mudah kot.. InsyaAllah, bulan depan busy lagi cuci rumah.. moga dipermudahkan urusan..

04 March 2013

Rumah : dari bilik solat ke stor

Salam

Dah berbulan masuk rumah tapi stil masih belum habis berkemas. terkedek2 sungguh. bile ada anak kecik ni,  mmg xleh nak concentrate sangat mengemas mcm dulu. kemas sikit, berhenti, tidurkan anak. kemas sikit, berhenti, susukan dia pulak.. lagi2 saya hanya bercuti hari Ahad. biasanya Ahad tu pulak, ada macam2 hal. beli barang rumah, barang anak, kenduri kawin, birthday party..

last time, kami suami isteri decided nak jadikan bilik bawah tu as bilik solat since tak mampu nak pakai maid..hahaha.. would be easier for guest yg datang bertandang utk solat. xperlu naik turun tangga.

but, after move in, tah dari mana tiba2 barang banyak pulak and we need store yg besar utk simpan barang2 yang pakai sekali sekala ni. plan asal, nak jadikan ruang bawah tangga as a store.. tapi, xmuat!

kami memang kehairanan. mana tah datang barang banyak2 ni sampai husband kata dulu rumah xdelah besar mana, tapi xperlu pun sampai ada stor bagai.


Rak Ikea menjadi pilihan awal untuk merealisasikan impian bilik maid jadi stor. sebab terpengaruh tgk katalog Ikea & blog2 lain yg set up stor pakai rak ni..  jadi perlu cari bahan yang cukup untuk buktikan kat husband yg ini adalah the best way utk our stor. antara sebabnya kene yakinkan husband ialah sbb husband kurang menggemari barangan Ikea.

On husband side pulak, dia lebih suka beli almari yg bertutup untuk simpan barang. beli almari2 biasa kat kedai perabot. tapi saya lebih memikirkan untuk jangka masa panjang. kalau tiba2 function bilik tu nak diubah masa akan dtg, almari2 ni akan jadi beban & menyemak pulak. kalau rak macam ikea ni, boleh saya bukak & simpan balik. jimat ruang & xsemak.

kebetulan, kat office saya ada pakai rak ni. tapi bila ditelek2, rak ni senang goyang.. the best way nak pakai rak ni ialah dengan lekatkan kat wall. rasanya mmg kene lekat kat wall kot. baru tegap & xbergoyang. tapi..tapi..tapi.. nak tebuk dinding tu yg problem.. saya ada masalah sikit nak tebuk lubang kat rumah. chahyang rumah la konon... hahaha...

another option, ialah rak ini!


husband dah beri appoval untuk rak ni.. mmg kurang cantik lah berbanding rak ikea tu, tapi bolehlah kan? yg penting kukuh.. untuk beli rak ni, saya minta tolong kawan sekerja belikan. beliau boleh dapatkan rak ni dengan harga murah sedikit sbb dia yg selalu deal dgn supplier utk beli barang2 di office kami termasuklah rak ni..

dengan adanya rak ni nanti, mudahlah saya nak menyusun hadiah2 kawin yg jarang guna, barang2 rumah yg jarang guna dalam stor.



walaupun rak xdelah cantik mana, tapi kalau pandai susun, boleh nampak menarik & kemas macam gambar diatas.

Idea dah ada.. tgh cari masa untuk realisasikan!