29 April 2011

selamat semua

Salam

Selamat Bercuti 

kepada bakal pengantin
selamat menggunakan cuti yg ada ni sebaiknya utk merancang & merapikan lagi majlis kamu

kepada mantan pengantin
selamat menghabiskan masa bercuti bersama suami tercinta.. 

semoga kita semua berbahagia selalu & berada dalam keredhaan & keberkatanNya.
Amin..

rindu nak tulis panjang2.. tapi sangat sibuk dgn audit sekarang.. audit kerja2 outdoor ni mmg letih betul..

19 April 2011

mencari deposit 10% untuk rumah.

Salam

Saya tak nafikan, masa mula2 suami ajak beli rumah, saya takut. Nasib baiklah dapat laki yg bersemangat & sentiasa fikirkan masa depan utk sekurang2nya 10thn akan dtg. Kalau harap bini dia ni, rasanya sampai ke tua pun selesa je duduk rumah sewa sekarang=)

Kenapa saya takut?

Sbb saya rasa duit yg kami ada belum cukup utk membeli sebuah rumah. Saya selalu fikir yg utk beli rumah, harus ada sekurang2nya 10% dari harga rumah tersebut. Maksudnya kalau rumah harga 100k, duit yg kami perlu ada adalah 10k. hah, mcm tu lah. Bygkan bila survey2 rumah, mana ada rumah 2 tingkat harga 100k?

Lepas tu kene tambah lagi lebih kurang 5% lagi sebagai persediaan utk pelbagai fees yg lain. Lawyer fees, stamping, mcm2 lagi lah. Maknanya kalau ikut contoh tadi,

Harga rumah : 100k

Perlu ada dalam tangan :

Deposit 10% : 10k
Lain2 tambahan 5% : 5k

Ini baru hal2 pembelian.. belum kira hal2 masuk rumah baru. Mcm nak pasang grill ah, wiring lah, perabot lagi.

So, saya takut disitu. Takut memulakan langkah pertama sebenarnya. Sbb sedar diri kami berdua bukan gomen servant. Jadi proses utk loan agak susah sikit. lagi2 nak dapatkan 100% loan, mcm mimpi dalam mimpi lah rasanya.

Maaf, saya tak tahu proses utk gomen servant. Apa yg saya sharekan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Tah macam mane lah saya boleh terlupa yg kami ada opsyen lain utk menambahkan lagi duit permulaan utk sebuah rumah idaman.

KWSP akaun 2.

Ye, kawan2.. dalam pada dok tercari2 rumah tu, sila lah ke kaunter/kiosk KWSP utk cetak penyata anda & boleh terus tahu berapa jumlah dlm akaun 2. Sekurang2nya, kami dah boleh agak & budget harga rumah yg boleh kami beli berdasarkan duit yg kami ada & akaun 2 dlm KWSP.

Kami pergi terus ke pejabat KWSP berhampiran rumah. Lepas cetak penyata, terus pergi tanya prosedur utk keluarkan KWSP. Takyah beratur or ambik nombor. Tanya je kat kaunter informasi & ambik brochure. Tanya prosedur utk beli rumah PERTAMA. Nnt dia akan bagi form utk isi & senarai2 dokumen yg diperlukan ikut keperluan.

Maksud ikut keperluan disini ialah dia akan tanya pengeluaran utk seorang atau suami isteri. Kalau seorang, dia bagi 1 borang je lah. Tapi kalau suami isteri, dia bagi 2 borang. Borang tu boleh bawak balik. Senanglah xyah dtg 2-3 kali kan?

so, bila dah lega pasal hal deposit 10% tu, dapatlah membelanjakan duit simpanan yg ada utk persiapan masuk rumah seperti wiring, lampu2 & kipas2, perabot yg perlu & sebagainya.

tapi...

kamu semua jgn bimbang.. bukan semua rumah memerlukan deposit 10% ni.  tapi kebanyakkannya perlu lah.. kami ada jugak survey2 rumah 2nd hand. ada jugak owner yg mintak paling rendah pernah saya tgk dlm iklan, deposit 2% je..

so, pilihan masing2.. semua pun ada pros & cons. byr deposit tinggi, maka kuranglah pinjaman dari bank. kurang jumlah pinjaman bank, kuranglah byr interest kan?

p.s : pilihan yg lain ialah Skim Rumah Pertamaku. tapi itupun kalau rumah yg harganya kurang dari RM220k dan pendapatan kurang RM3k. tapi susah wo nak carik rumah murah sekarang ni kat KL/Selangor.  

13 April 2011

macam mana nak beli rumah?

Salam

Jujur saya katakan, saya tak pernah terfikir untuk membeli rumah sebegini awal. Sbb saya dah bersiap sedia untuk menjadi weekend wife. Saya memberikan masa utk diri saya mencuba pengalaman menjadi weekend wife untuk beberapa bulan. Kalau lebih byk yg negative dari positive, sy mungkin akan berhenti kerja & ikut suami. Berkorban sikit, tak rugi rasanya. Sambil tu mestilah berusaha cari jalan agar dapat tinggal bersama suami kan? Sbb itulah salah satu tujuan perkahwinan.

So, duduk di rumah sewa yg dekat dgn family adalah pilihan terbaik dari beli rumah, lepas tu tinggalkan kosong sbb takut nak tinggal sorang2 bila laki takde disisi (-_-“)

Tapi Alhamdullillah, sebulan selepas kami berkahwin, husband dapat pindah ke KL. Beberapa bulan lepas tu, si suami dah ajak bini dia ni pergi cari rumah nak beli.

Dua-dua laki bini ni tak tahu cara nak beli rumah (-_-“) jadi, kami redah je=) ini bukan tips atau ape. Ini adalah berdasarkan pengalaman kami.

1. 1st sekali, harus target kawasan mana nak beli rumah. Antara yang kami tengok, mestilah jauh ke tidak dari tempat kerja. tengok jugak jalan yg akan ditempoh hari2. Samada kawasan terkenal dgn jem atau x. kene jugak ambik kira kos tol kalau ada. Sebab hari2 kalau kene tol ber RM-RM, sakit jugak poket (-_-“)

2. Kami google2 cari rumah ikut beberapa website. Antaranya mudah.com, i-property dan hartanah2u.

3. Call agen2 yg berkenaan. Boleh je buat appointment utk pergi tgk rumah tu sendiri. yelah, dalam gambar website, cantik je.. sekali pergi tgk, dgn bilik air dah rosak sana sini, mcm2lah. kalau ikut website macam ni, biasanya rumah 2nd hand lah. Jgn lupa tanya agen kenapa tuan rumah sebelum tu nak jual rumah tersebut. bolehlah siasat sikit2 history rumah tu.

4. Dalam masa yg sama, kitorang pun dok round2 jugak area2 yg ada perumahan baru. Biasanya pemaju akan gantungkan bunting/banner. Jadi pakai segala maklumat kat situ utk berhubung dgn pemaju.

5. Google jugak official website milik developer yg korang berminat. Kene ada knowledge jgk pasal developer mana yg bagus, mana yg selalu bagi problem. ingat, ini investment yg besar. kalau boleh taknaklah kene tipu ke ape kan? Biasanya developer macam Sime Darby, IJM & SP Setia, mmg dah well established. SP Setia selalu memang award hartanah. Best masterplan.

6. Biasanya website developer ni akan ada borang utk kita isi supaya nanti dorang akan inform if ada rumah2 baru. Kira mcm kita keep in touch lah dengan developer ni. Mcm saya pernah register kat beberapa developer. Mmg dia akan call or email utk inform projek2 dorang.

7. Satu hari, pergi open house rumah aunty saya. Kebetulan pulak uncle saya yg lagi sorang tu nak pergi tgk rumah persinggahan dia. Tah mcm mane terbukak hati nak ikut uncle saya sbb uncle saya kata seksyen 5 baru bukak. Rumah uncle saya seksyen 1. so, haruslah pandai2 menwar2kan kepada saudara mara & rakan2 yg kami sedang mencari rumah utk dibeli sbb ada jugak yg bagi feedback baik siap tolong ambikkan no. tel utk kami hubungi rumah mana nak jual.

8. Kebetulan langkah kanan kami masa ikut uncle saya ke rumahnya, rupanya2 developer tgh buat open day. Siap ada khemah makan satay lagi. jadi kami pun tgk2lah rumah contoh yg ada. Wallah! Jatuh cinta pandang pertama.

Begitulah alkisahnya pencarian rumah kami. Nanti saya akan sambung kisah seterusnya dari proses pembayaran booking fees sampailah cara untuk membuat loan.

Carik rumah, mcm carik calon suami juga rasanya.. Susah! Sbb ada yg kita berkenan, xngam pulak dgn poket kita.. ada y g ngam dgn poket, tapi rumahnya xberkenan dihati~~

DeepInsideMyHeart : terima kasih banyak2 untuk semua yg sudi emailkan saya details pasal kontraktor2 & kedai2 best untuk persiapan masuk rumah. bolehlah kami budget & ada target berapa RM yg diperlukan utk saving. xla menggelabah budget xcukup ke ape kan. xlupa jugak utk yg sudi invite baca blog walaupun blog diprivatekan..terima kasih. =)

04 April 2011

idea gelas makan beradap

Salam

macam biasa,saya selalu kemas kini desktop & laptop mesti akan jumpe gambar2 yg saya sendiri dah lupa saya pernah simpan (-_-“)

Nah, ambik ni. Idea untuk mencantikkan gelas semasa makan beradap utk pengantin. baru special sikit minum dlm gelas cantik macam ni.. biarlah air sirap kosong pun, janji gelas cantik! Sebab dalam album kawin utk kenang-kenangan nanti, bukannya dapat rasa air sirap tu sedap ke tak.. kan? Yg dapat di’rasa’ perasaan “wah! Cantiknya gelas!”

(^_^)


sekian, untuk kali ini. 

01 April 2011

bahagian tangga

Salam

mode mencari idea untuk deko rumah dah bermula=) sila lah pasrah kalau entri2 selepas ni berkenaan rumah saja.. plan nak buat satu blog baru khas utk topik ni, tapi mcm banyak pulak blog nak handle *ecece..=)*

so, untuk idea yg pertama, saya nak share idea untuk bahagian bawah tangga. sesetengah design rumah teres bertingkat, biasanya bahagian bawah tangga akan dijadikan stor kecil. stor ni mmg kadang2 developer dah siap2kan..




tapi ada jugak developer yang biarkan je bahagian bawah tangga tu kosong tanpa sebarang pintu yg menyerupai stor. rumah kami adalah dalam situasi mcm ni.. jadi haruslah fikir cari jalan macam mane nak gunakan ruang bawah tangga sebaik mungkin. nak pasang tembok & buat stor rasa macam tak best pulak..


rupabentuk bahagian tangga rumah kami lebih kurang mcm ni.. ada snap picture masa g tgk rumah aritu, tapi lupa simpan mane.. 



Haih~ idaman kalbu betul la 2 idea ni.. utk idea yg 1st tu, ok jugak buat mcm tu.. boleh letak frame2 gambar & barang2 hiasan.. just almari coklat belah kanan tu, kita ganti dgn tv. yes, kami ada plan nak buat ruangan tv dibawah tangga sbb kat ruang tamu kalau boleh, xnak ada tv..

idea yg no 2 tu pun best gak.. kalau xnak letak rak2 mcm yg 1st tu, buat je ruang beroda tu.. senang sikit.. dah jimat masa utk kerja2 mengemas rumah nanti sebab kurang sikit habuk kalau bertutup..

fuh~~ berangan itu best.. tgk budget dulu baru boleh cerita lebih.. tapi berangan je dulu, takpe kan?=)