Salam
Sape ada masalah rambut gugur kat sini? angkat tangan!
Saya memang dari dulu lagi tak boleh pakai syampu sembarangan. terutama syampu yg keluar iklan kat TV. tak tahu kenapa. rambut senang gugur. bukan tak pernah cuba. dah banyak kali cuba. selalu beli botol kecik je. pakai seminggu, pastu bagi je kat sape2 tolong habiskan. hehe..
sebut je, Pantene? mula2 ok. bau wangi tahan lama. rambut lembut. tapi bila tukar botol kedua yg mana packaging pun tukar baru, terus ada masalah balik.
Sunsilk? Pernah jugak. Yg Ginseng lah, yg untuk perempuan bertudunglah
*masa tu Wardina jadi model dia, sbb suka Wardina, jadi tryla*.. ermm.. tak jalan!
Banyaklah syampu dah try. Tapi paling saya ingat, Vidal Sassoon..oh, syampu ini benar2 berikan khidmat terbaik. tah sebab ape, tiba2 VS lenyap dari pasaran (-_-“) terpaksa carik syampu lagi.
Lepas dah macam2 syampu tak berjaya jugak, saya pun beralih kepada syampu herbal. Antaranya, Mustika Ratu. Rambut tak gugur. Tapi keras macam dawai (-_-“)
Saya pernah ambik vitamin untuk dapatkan rambut yg cantik & lebat atas nasihat pharmacist. Surbex-Zinc. Berkesanlah jugak. Tapi kena minum banyak air. Makan sebotol je. Sebab saya ni jenis susah telan ubat besar2. Selalu je tercekik bila makan supplement ni. Dan terus jadi malas nak makan.
Last sekali, saya berjumpa dgn Sebamed. Ibu saya kata memang saya ada chemistry yg hebat dgn Sebamed ni. Sejak lahir ibu dah pakaikan sabun Sebamed. Sebab sabun baby yg lain tak sesuai dgn kulit saya. Hanya Sebamed saja. Walaupun sedikit mahal berbanding sabun baby yg lain, tapi tak tahan tgk saya asyik melalak kulit naik ruam, berkorban jugaklah dapat anak ‘kulit anak orang kaya’ ni (-_-“)
Dengan Sebamed, memang lama. nampak tak? daily use. hari2 syampu rambut pun ok. Bila dah kawin, tah sebab apa, tak tahulah sebab perubahan hormone ke ape, tiba2 Sebamed menjadi immune terhadap kulit kepala & rambut saya.
Maka bertukarlah kepada syampu Himalaya. Ramai yg bagi respon yg baik terhadap Himalaya. Tapi tak bagi saya. Tak sesuai dgn saya. Lagi worst. Hari2 syampu pun, kepala gatal mcm ada kutu vavi kat atas kepala ni.
Sekali lagi pergi jumpa pharmacist.. tulah, org suruh ambik supplement, taknak! So, ambiklah syampu dari 21st Century ni. Sbb keluaran dari syarikat pembuat supplement yg baik utk kesihatan, jadi yakinlah boleh sembuhkan kegatalan kutu vavi ni.
2 bulan saya bersabar dgn syampu ni.. takde perubahan. Malu la hari2 syampu tapi asyik tergaru2 je. Last2 saya bertukar ke syampu ini
Ya, syampu BaWang.. saya beli set utk Hair Fall Control. Incik Asben yg decidekan utk ambik Hair Fall Control. Sbb mula2 saya nak ambik yg color hitam tu. Untuk Hair Strengthening. Tapi Incik Asben kata pakai yg Hair Fall Control color hijau ni dulu sampai habis. Kalau berkesan, rambut dah tak gugur, baru beli yg hitam ni.
Hasilnya? Alhamdulillah.. akhirnya berjumpa dgn syampu yg serasi dgn saya! Sangat suka bila sapu lantai kat rumah, dah kurang sangat rambut2 gugur dilantai =) rambut lembut beralun. tiba2 rasa feeling2 rambut heroin Bollywood.
Bau syampu ini agak kuat. Mula2 saya macam tak tahan jugak & risau Incik Asben pun tak tahan.
Nanti dia taknak cium =(.. tapi tak disangka2 Incik Asben kata ok je bau syampu ni. Lama2 saya pun immune dgn bau yg kuat tu. Bau dia kejap je. Bila rambut dah kering, dah takde bau yg kuat tu.
Syampu ini agak leceh sikitlah. Sebab dia perlu DI BILAS dgn AIR SUAM. Conditioner dia pun sama. BILAS DGN AIR SUAM. Utk sesiapa yg ada water-heater kat rumah tu, senanglah. Mcm saya ni, dok rumah sewa mcm malas nak pasang water-heater. Jadi kena jerang air hari2 utk bersyampu.
dah pernah try bila syampu, g bilas dgn air paip biasa. memang tak menjadi. rambut tak selembut kalau kita bilas dgn air suam.
Syampu 21st Century tu, Incik Asben yg pakai. Sesuai dgn kulit kepala & rambut dia. jadi, taklah saya rasa bersalah tak habiskan syampu tu. at least, tak membazir=)
Korang semua sesuai syampu apa?