13 July 2010

many money roses..

Salam

macam2 cara gubahan dilakukan utk mas kahwin.. ada yg letak dalam album, ada yang letak dalam frame, ada jugak digubah membentuk pelbagai objek..mas kahwin ye... bukan duit hantaran..

masa abg sepupu *abg Mohsein and Kak Lisa* saya kahwin dulu, kira2 tiga tahun lepas, ibu tolong gubah duit mas kahwin tu membentuk setangkai bunga ros. masa tu nilainya RM 80.. jadi pakai je duit RM 1.. duit kertas RM5 susah sikit nak dibentuk sbb material dia lain sikit and susah nak membentuk kelopak.. mmglah mcm ganjil je kan bunga ros color biru *RM 1 kan color biru*. tapi kalau nak guna duit RM10 yg color merah oren tu, dapat sekuntum bunga je lah.. tak meriah..

tgk cantik je ibu buatkan..dari situ dah berangan nak jugak mas kahwin gubahan ros..eh, tapi saya perempuan..mane ada bagi mas kahwin.. lelakilah kena bg..jadinya, saya pun pasang angan2 nak mintak jasa baik bakal suami nnt utk bg mas kahwin gubahan roses=)

masa raya tahun lepas, org sibuk tukar duit baru utk angpaw raya, saya sibuk ty Incik Tunang ada tak sedara mara or kenalan dia tahu gubah duit jadi roses..haha..takde sape pun dari side dia tahu.. dgn senang hati ty dia setuju tak if dia bg saya duit & saya gubahkan... he agreed!

so, nak nikah bulan 1, bulan 10 masa musim raya, saya dah siap2 tukarkan duit RM1 yang baru..senang pakai duit baru..membentuk kelopak dgn cantik.. mas kahwin saya juga DIY ye kawan2..


mula2 ingatkan mas kahwin RM80..tu yg pakai duit kertas RM1.. bila dah half way, baru ada pengumuman mas kahwin RM300.. terus tukar RM10 pulak..kalau pakai semua RM1, mahunya 'lebat' roses saya..dah tak jadi sejambak.. nanti jadi satu pokok roses pulak=)

bahagian atas jambangan, saya buat kudup bunga rose..kurangkan sikit ke'kaku'an pada jambangan tu..


ini pulak pandangan dari bahagian belakang jambangan tu..

pada hari kejadian.. meriah roses i, nyah! jgn jelous =P

mestilah senyum lebarkan? impian tercapai!

bila jambangan roses ni siap, masa bagi pada Incik Tunang utk dihiaskan & diletakkan di dulang hantaran utk dibawa ke masjid, saya ada tanya dia.."besar sangat tak mas kahwin kite ni? macam malu je nanti..dah cantum2 tiba2 jadi besar.. nasib tak buat sume duit seringgit"

Incik Tunang sangat cool dan excited sbb dia pun kata cantik jambangan tu!=) kembang i..Incik Tunang jawab pendek je "mane ada besar..cantik lah! saya suka"..owh..i pun suka!terus dah tak risau besar sangat ke tak...hahaha....

after that, terjumpe gambar ni..

lagilah lega hati i..ada orang lagi besar ok mas kahwin dia..nilai pun besar!..gambar ni dari pakcik google..

ok..cau-cin-cau=)

06 July 2010

pelamin bertandang..

Salam

pelamin untuk majlis bertandang di rumah Incik Asben telah siap sebelum majlis akad nikah & majlis bersanding rumah saya lagi.. majlis akad nikah pada 1 Januari 2010, majlis bersanding pula pada 2 Januari 2010 & majlis bertandang di rumah Incik Asben pada 9 Januari 2010.. tapi pelamin untuk majlis bertandang yang 9 Januari 2010 tu dah siap dipasang pada 30 December 2009..

kalau dikira, pasang pelamin tahun 2009, tapi duduk bersanding 2010..mcm setahun pulak dah pacak pelamin tu=) kos pelamin di rumah Incik Asben adalah jauh lebih murah berbanding di KL. saya memang idamkan pelamin 3 panel putih yang sesuai dengan suasana majlis di dewan. tapi utk pelamin 3 panel tu, saya perlukan RM 1800..hanya utk pelamin je..sbb bridal house kata pelamin 3 panel tu bkn pelamin yg dioffer dalam pakej yg saya ambil..jadi perlukan kos tambahan RM 1800.

for those yang dah baca entri2 saya yang lepas, mesti kamu dapat agakkan samada saya terima atau tak harga pelamin mcm tu.. walaupun pelamin 3 panel adalah pelamin impian, tapi tak semua impian akan tercapai.. pengantin budget macam saya, redha saja dgn pelamin pakej..

Incik Asben tahu yg saya betul2 idamkan pelamin 3 panel tu. mengikut perancangan, pelamin bertandang akan dibuat secara gotong royong.. dan saya sangat risau sebenarnya..takut jadi mcm kes bestfriend Incik Asben.. gotong royong buat pelamin.. baju pengantin color merah, pelamin color biru..tak match langsung! bila gotong royong ni, ramai sgt nak tunjuk 'bakat'..outcome jadi tah pape.. tu yg kadang2 sakit hati tu! tapi tah mcm mane, Incik Asben berusaha dapatkan pelamin panel utk saya. disebabkan kawasan pelamin adalah di rumah, maka hanya pakai 1 panel je..kalau dewan, bolehlah pacak 3 panel sekali..


after majlis nikah, malam tu, masa didewan utk deco2, Incik Asben tunjukkan gambar pelamin dirumah beliau yg dah siap dipasang..owh..i'm so happy! sama macam yg saya impikan.. full with flowers! like in a garden.. all white! so, the pengantins akan outstanding dgn baju songket biru tu!..just kekurangan panel je..takpe..janji dapat panel putih!


and the price? gila murah..RM300 only! and that pelamin stands for almost 2 weeks! puas ko nak bergambar sakan..actual price ialah RM 600..tapi makcik sewa pelamin tu orang kampung Incik Asben.. dan masa my sister-in-law kawin 2 bulan sebelum majlis kami, my SIL ambik full package dgn makcik tu..tulah kot dapat diskaun utk pelamin kitorang..walaupun just ambik pelamin je kat makcik tu, tapi dia tetap bagi diskaun=) sbb make-up and baju dah lama booking kat bridal house lain.


kanak-kanak pun ambik kesempatan bersuka riang ria ambik gambar=)

rupanya kawasan juga memainkan peranan dalam penentuan harga! bab ni yg buat i suka duduk kampung=)

haih~~