26 September 2011

kat mana nak beli chandeliar cantik tapi murah? Houses Lightings!

Salam

Kali ni saya nak share pasal pengalaman ke kedai lampu murah. hahaha, biasalah kalau dah singgah kat blog ni, semua suggestions & sharings semuanya yg murah2 je.. jaranglah kot nak jumpa yg mahal2. maklumlah si penulis blog ni biasa2 je yg setiap bulan makan gaji.

sbb skrg yours truly sibuk buat preparation utk pindah rumah nanti, jadi kebanyakkan entri akan berkisar hal pindah rumah ni. mungkin akan berguna buat bakal atau mantan pengantin.

Antara perkara paling penting untuk masuk rumah selain gril & tukar tombol pintu & anak2 kunci utk tujuan keselamatan, ialah lampu & kipas.

Untuk lampu, kami suami isteri dah sepakat utk menggunakan lampu kalimantang biasa utk tempat2 tertentu. Maknanya taklah semua bahagian rumah nak pasang lampu hiasan cantik2 kan. Saya lebih suka lampu kalimantang sbnrnya. Sbb cahayanya lebih cerah berbanding lampu hiasan.

Setelah dikira2, kami memerlukan 8 lampu kalimantang bersaiz panjang & 3 lampu kalimantang bersaiz pendek.

Kalimantang bersaiz pendek semestinya utk diletakkan di 3 bilik air. 1 bilik air tingkat bawah, 1 bilik air ditingkat atas & 1 lagi utk bilik air di master bedroom.

Kalimantang bersaiz panjang pulak utk bahagian dapur, belakang rumah, garaj kereta, depan rumah, 3 bilik tidur, dan ruangan tingkat atas.

Lampu hiasan pulak kami pilih untuk living room, dining area, bahagian tangga, ruang between dining area & kitchen & 2 lampu hiasan di master bedroom.

Untuk kipas pula, kami memerlukan 5 unit kipas siling & 1 unit kipas dinding.

Setelah membuat survey2 di internet, blogs & kedai2, akhirnya kami berdua sepakat utk ke kedai ini


Rasanya ramai dah kenal kot kedai ni. Terletak di Puchong.

Saya rasa harga yg ditawarkan dikedai ini amat berpatutan & murah berbanding kedai2 lain yg pernah kami survey. Rambang mata betul nak pilih. Sampai lenguh tengkuk sbb asyik mendongak tgk lampu je. adalah dalam 2 jam lebih kitorang spend time kat kedai ini.

bila dah pilih barang yg kita nak, bagitahu kat salesperson disitu. kemudian, bila dah confirm barang2 tersebut, kita akan diberi nombor giliran. mcm buat urusan kat bank. kemudian tunggu sampai nombor giliran kita dipanggil & boleh buat pembayaran di kaunter. dah bayar, tunjukkan resit pada salesperson & kalau barang banyak, dorang akan tolong angkat masukkan dlm kereta=)


Hasilnya, kami berjaya membawa pulang


1 unit kipas siling KDK dengan 5 blades & remote control – ini utk ruang tamu sbb lebih luas & memerlukan kipas yg dapat menghasilkan angin lebih byk, maka sbb tu lah pilih yg 5 blades=).

1 unit kipas siling KDK dgn 4 blades & remote control – utk master bedroom. Kene pakai remote sbb kami berdua masing2 malas nak bgn tgh2 mlm pergi slowkan kipas bila kesejukkan. Skrg pun remote kipas mesti kat kepala katil (-_-“)

1 unit kipas siling KDK dengan 4 blades – untuk dining area.

2 unit kipas siling Panasonic dgn 3 blades – untuk 2 bilik tidur tingkat atas.
Semua kipas berwarna silver/ grey sbb suami saya mahukan rumah kami berkonsep moden.

8 unit lampu kalimantang bersaiz panjang & 2 unit lampu kalimantang saiz pendek. Lampu kalimantang ni menurut suami saya, mmg murah sbb kat kedai lain, xdpt harga RM13 satu set dgn mentol.

1 unit water heater dari Joven dengan booster pump – utk bilik mandi master bedroom. Saje pilih dgn booster pump sbb takut water pressure rendah utk ke tingkat atas. Color putih sbb nak contrast dgn jubin bilik air yg berwarna hitam. Bagi nampak elegen sikit=)

Total Damage : RM1400+ (harga sebenar setiap barang xdpt di share bersama demi menjaga kepentingan & menghormati penjual & pembeli yg lain. Tapi apa yg pasti, bagi kami kedai ni harganya lebih murah dari kedai lain yg pernah kami survey)

Tips membeli water heater : kalau rumah flat, apartment atau condo yg tinggi, lebih elok pilih yg ada booster pump sbb selalunya rumah begini, water pressurenya rendah. Tapi kalau water pressure kawasan rumah kamu tinggi, beli water heater biasa pun dah ok.

Tinggal yg belum dibeli ialah lampu2 hiasan sbb masa pergi kedai ni bawak MyVi. Penuh dah barang2. Kalau bawak Kembara masa tu, mungkin kami dah completekan hal2 lampu & kipas. Sekali beli je kan..

Takpe, next time pergi lagi.

Sesiapa nak pergi ke kedai ni, ini alamatnya

HOUSES LIGHTINGS
No 33 & 35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama.
Business Hours : Selasa - Sabtu (10.30am-8pm)
                          Ahad (12pm-5pm). Isnin ditutup.


Kalau guna GPS, ini koordinatnya..  

N 02° 59.408’ E101° 37.237’

20 September 2011

mengumumkan latar belakang pengantin..

Salam

Sekarang ni makin menjadi2 pulak trend bila kawin, emcee nak kene announced latar belakang pengantin. belajar kat mane, kerja ape, PANGKAT ape.. sejarah percintaan mereka berdua.. bla..bla..bla..
mungkin, bagi kebanyakkan kamu semua, itu perkara biasa. tiada salahnya. hanya sekadar utk memperkenalkan pengantin kepada tetamu.

tapi bagi saya yg sedikit kolot ni, saya agak kurang selesa. sbbnya bagi saya ia tidaklah begitu penting. kan lepas kawin nanti pasangan suami isteri akan berkunjung ke rumah saudara-mara? masa tu ambillah peluang utk berkenalan lebih rapat. 

saya xtahulah amalan pengantin baru berkunjung ke rumah saudara mara masih diamalkan atau tidak. tapi dalam keluarga kami, amalan tersebut masih diamalkan. mungkin akan mengambil masa sikit utk berkunjung. rata2 pengantin baru lebih mengutamakan rancangan berbulan madu dari amalan berkunjung ke rumah saudara mara. xsemestinya semua rumah kita harus pergi. cukup sekadar rumah saudara mara yg lebih tua dari kita didahulukan & kemudian barulah ke rumah2 yg lain.

agak tidak manis jika kisah percintaan pun nak di war-warkan semasa majlis. xperlulah kot nak mentioned pasangan telah bercinta selama 5 tahun, berkenalan ketika zaman U, bla..bla..bla.. tak manis kan utk majlis yg dihadiri oleh masyarakat pelbagai peringkat umur & pegangan agama? mungkin ada diantara tetamu kita lebih mendalam ilmu agamanya dimana sebenarnya dalam Islam, bercinta sebelum berkahwin antara lelaki & perempuan bukan mahram adalah dilarang? secara tidak langsung, mengaibkan pasangan pengantin?

secara tidak langsung jugak, ada sedikit unsur riak disini dimana perlu ke disebutkan tahap pendidikan pengantin, pekerjaan mereka, semualah.. bagi saya lah.. saya pernah hadiri majlis kahwin. dengan gahnya diumumkan PANGKAT & JAWATAN.. kalau betul, xpe. kalau nak berbangga2, berpada-pada lah.. come on! kau baru je habis belajar tahap degree dlm bidang pemakanan, xkan dah jadi PAKAR pemakanan kot..kawin pun waktu tu umur muda lagi.. baru sgt keluar U. ramai jugak yg sekadar tersenyum sinis dgn situasi itu. biasalah, makcik2 mmg soksek2 je lah lepas tu..

pernah jugak saya dengar,

"oo..pengantin perempuan kerja kat ******."

tambah pulak si suara sumbang menyambung, "kerja biasa2 jelah tu kat ******. xsebut pun pangkat ape..tah2 kerani biasa je" 

see?! nampak x sebenarnya dgn cara begini membuka lebih banyak peluang utk org berprasangka buruk. memanglah mulut org kita xboleh tutup. tapi dlm agama sendiri pun menyuruh umatnya agar tidak melakukan perkara2 yg boleh menimbulkan fitnah & buruk sangka. 

kan lebih elok skrip emcee dipenuhi dengan nasihat2 utk pasangan yg baru berumah tangga, doa2, tips2 kebahagian, pesanan2 mereka yg lebih dulu makan garam. sekurang2nya adalah input/ilmu yg boleh dikongsi bersama tetamu yg lain. 

sekadar berkongsi pendapat.  

14 September 2011

3 perkara pertama bila pindah rumah

"kos pindah rumah baru sama macam nak buat kenduri kawin"

betul! dalam kes saya, rasanya kos pindah rumah baru lagi tinggi kot dari kos majlis kawin. sbb majlis kawin aritu banyak cut cost sbb ada yg boleh di DIY. ni nak pindah rumah baru, xde lagi yg saya nmpk boleh di DIY selain dari perhiasan rumah lah. bab hiasan tu nanti2 pun xpe. ni nak sediakan yg asas & keperluan tu yg xboleh nak DIY.

kalaulah saya si tukang kayu, dah lama saya buat perabot saya sendiri. DIY sofa, cabinet TV, set meja makan pun boleh dapat 8 seater..bla..bla..bla.. *dah kata tukang kayu kan?=)*

so, kami suami isteri dah sort out perkara2 keperluan mengikut priority. rumah kami adalah rumah baru. maksudnya baru dibina. bukan baru beli atas tangan. rasanya rumah beli atas tangan kurang sikit kot peningnya. tahlah.. antara perkara2 yg saya fikir kami patut lakukan mengikut turutan selepas semua proses pembelian selesai, mcm biasa, check default pada rumah. biasanya developer bagi tempoh utk check rumah & dorang akan fix kan percuma.

pertama sekali, kami mahukan gril utk rumah. sebelum pasang apape, gril harus dipasang dulu. atas sebab keselamatan. mungkin memerlukan awning di bahagian dapur.*owh, tugas saya utk memilih jenis gril belum dilakukan lagi. malam tadi suami dah tanya bila nak finalized gril?*

kedua, kami nak tukar tombol pintu & kuncinya sekali selepas rumah dah selesai dipasang gril. sbb? takut mat-mat Indon or sesiapa je lah dah duplicate kunci2 tombol pintu tu.

ketiga, cuci rumah. mulakan dari tingkat atas & bawak turun ke bahagian bawah. Rasa mcm nak upah staf2 saya. ada nak keje part-time x? kalau xde, mungkin mintak tolong adik beradik & ipar2, nanti kami belanja makan=)

Atas nasihat abah, pemasangan lampu & kipas hanya akan dilakukan pada hari kami betul2 pindah masuk. atas sebab keselamatan jugak. maklumlah kawasan perumahan baru ni mmg jadi fav para maling.

perkara yang masih KIV, kitchen cabinet! skrg ni saya pulak rasa yg kami x memerlukan kitchen cabinet pasang siap. sbb sekarang ni hanya masak utk berdua. barang dapur pun xlah banyak mana. maka saya fikir mungkin saya boleh gunakan almari2 beli dari kedai perabot. sy tgk blog Aty. Klik sini. cantik jugak dapur tanpa built-in cabinet.

mungkin lagi 5-10thn akan dtg, kami akan buat renovation dapur. extend ke belakang sbb tanah dibelakang ada 18 kaki lagi. besarlah sikit dapur seiring dengan penambahan ahli keluarga & keperluan barang dapur nanti. InsyaAllah.. masa tu, built-in cabinet lebih berbaloi.

kene plan & update check list dari masa ke semasa. takut terlepas pandang. maklumlah xde pengalaman.  

13 September 2011

Rumahku Nerakaku yg harus dielakkan..

Salam Aidilfitri

Masih belum terlambatkan?=)

hari ini saya nak berkongsi sikit pasal hal2 selepas berkahwin. mungkin jugak berguna utk bakal pengantin.

dlm kesibukan membuat persiapan perkahwinan, akan wujud 1 chapter tentang persediaan utk hidup selepas berkahwin. contohnya, rumah. xkisahlah rumah sendiri atau menyewa. yg penting mesti kamu akan fikirkan pasal rumah utk didiami setelah bergelar suami isteri, kan?

bercakap pasal rumah, haruslah ikut kemampuan kita. ingat, apa yg penting ialah sesebuah rumah itu haruslah menjadi ibarat sebuah syurga di dunia buat kita. xsemestinya harus mewah. cukup sekadar dapat memberikan ketenangan & kedamaian utk kita membina keluarga. 

kenapa saya kata harus ikut kemampuan? maksudnya macam ni. katakan kita ingin membeli sebuah rumah. pendapatan kita pulak cukup2 je utk memiliki rumah yg berharga setengah juta / RM500k. masih dlm lingkungan mengikut kemampuan tapi ingat, pinjaman bank utk pembelian rumah bukan boleh selesai dalam 5 thn je mcm kereta. ia melibatkan komitmen jangka panjang yg mana sesetengah bank menawarkan paling maksima adalah selama 40 tahun!

jadi, haruslah fikir masak2. kalau pendapat cukup2 je utk rumah 500k, mungkin kita harus cari rumah yg lebih murah sikit. 300k ke. lebih selesa sikit utk buat pembayaran sbb kita xtahu apa yg terjadi masa hadapan. ya, ada yg akan bilang, setiap tahun gaji akan naik, pendapatan akan bertambah. tapi harus ingat, penambahan pendapatan juga seiring dgn penambahan komitmen yg lain.

contoh, kita boleh spend 2k+ setiap bulan utk byr pinjaman rumah yg 500k tu sekarang dengan income suami isteri 6k. tahun depan, mesti income naik lagi. mungkin 6k+ sedangkan byran pinjaman rumah tetap sama iaitu 2k+. ada yg berfikiran mcm ni. tapi jgn lupa, tahun ni mungkin kita berdua, tahun depan mungkin bertiga. mungkin juga berempat terus?=)

nanti budget kita terlalu ketat. nanti, rumah yg sepatutnya "Rumahku Syurgaku" takut bertukar jadi "Rumahku Nerakaku". kita xnak ini berlaku. jadi fikirlah semasak-masaknya. sekurang2nya utk tempoh pinjaman perumahan yg kita lakukan.

satu perkara yg perlu kita ingat, rumah bukan sesuatu yg susut nilai seperti kereta. sekarang ni harga rumah makin lama makin naik dengan rancaknya. mungkin 1 hari nanti apabila budget kita dah x ketat, ahli keluarga bertambah & semakin membesar & kita ingin memiliki rumah yg lebih besar, lebih cantik & lebih harganya, kita boleh jual rumah yg kita ada. pada masa tu, harga rumah kita mungkin berkali ganda lebih mahal dari harga kita beli. hasil jualan tersebut, bolehlah kita beli rumah baru dengan sedikit penambahan wang.

sekadar perkongsian pendapat.