25 October 2010

my honeymoon!

Salam
Merancang honeymoon..
sebelum berkahwin
atau
lepas dah settle semua baru plan honeymoon?

dalam sibuk2 prepare bab kahwin ni, satu soalan yg selalu jugak ditanya ialah pasal lokasi honeymoon.. secara peribadi, saya tak berapa gemar dgn soalan ni. sebab honeymoon tu bagi saya adalah perkara yang terlalu peribadi. sekadar utk simpanan diri sendiri. yelah, itukan kenangan kita berdua dgn suami.. 

apape pun, soalan sebenarnya ialah bilakah masa terbaik utk merancang honeymoon & bilakah pulak masa terbaik utk berhoneymoon?

pendapat... anyone? 

21 October 2010

Caterer

Salam..

sebenarnya dikalangan sepupu2 saya, memang dah popular dgn Mirazy Catering.. sampai MakNgah di Serendah pun dah jadi supplier kek pengantin utk Mirazy.. so, for my wedding, tiba2 rasa nak try cater orang lain pulak. my adik2 semua berharap kakak sulung ni akan buat keputusan tukar caterer lain. saja tukar2 selera.. jadi, utk tidak menghampakan adik2, tiap kali ada majlis kawin, kalau dapat or berkesempatan hadirkan diri, mesti akan observed from A-Z..

jadi saya telah memilih Melati Catering & Services..

sedap ke caterer ni?

memang semua orang pentingkan rasa sedap atau tak. tapi bagi saya, sedap ni satu yg subjektif. mungkin sedap bagi saya, tak sedap bagi orang lain yg merasa sama.dalam anggaran seribu tetamu yg hadir, susahlah nak puaskan semua orang kan? asalkan cara masakan ok,secukup rasa, kena dgn bahan2nya dah cukup buat saya. 

tapi kalau nak tahu sedap ke tak, kenalah ramai sikit panel penilai. ambik yang majoriti kata sedap. kalau setakat tekak kamu sorang je rasa sedap, tu masalah jugak.

menjadi idaman kalbu nak buffet line yang pakai set macam ni.. nampak 'mewah' pada saya. smart jugak.. at least kalau markah kesedapan lauk sedikit menurun, biarlah tetamu 'berselera' sikit tengok buffet line ni. sy pilih Melati sbb pekerja dia sentiasa make sure semuanya bersih. lauk di buffet line tak berkecah-kecah..


alhamdulillah, caterer ini menepati masa. kadang2 takut jugak tetamu dah sampai, caterer tak siap setup lagi. makanan belum sampai lah, lauk tak cukup lah. alhamdulillah, percubaan kali pertama ambil caterer ni memang berjaya.

paling best, table clothes semua pun putih bersih. kain baru beli. owner Melati beli kain hijau yang baru utk majlis saya. bestnya! tambah best bile semua table clothes licin. maksudnya takdelah kedut2 tak iron atau berkotak2 kedut kesan lipatan. saya pun tempah semua chairs dibalut dengan sarung kerusi warna putih & ikat riben dgn kain hijau.  terus menaikkan 'seri' dalam dewan tu.

sbb saya ada juga lihat caterer yang tak ambik kisah pasal hal kedut2 ni. ada jugak caterer yang selambe badak je buatkan scallop utk khemah *bagi majlis dirumah* dgn kain yang berkedut2. tak cantik beralunlah jadinya. bila nampak mcm ni, jgn harap saya nak ambk business card dia.

mcm remeh je kan? mcm cerewet jugak. kalau orang nak kata "eh, ingat kau ni perfect sangat ke sampai kain pun tak nak kedut2? bende kecik je pun." owh..memanglah kecik. tapi bila dah banyak2 tables and chairs kain kedut2, tak ke dah jadi serabut? bila scallop paling atas dalam hiasan khemah kedut seribu, tak ke dah rosakkan pemandangan?

keesokkan harinya lepas majlis saya, ramai jugak kawan2 abah dan saudara mara yang tengah mencari2 caterer call abah. tanya pasal caterer yang kitorang ambik=) kalau kita buat business dgn jujur, ikhlas dan bersungguh2, InsyaAllah boleh maju.

Saya request buffet line hanya ada makanan sahaja dan dihujungnya diletakkan doorgift. just untuk make sure setiap tetamu dapat doorgift. lagipun saya kekurangan tenaga kerja untuk sediakan si cilik or dayang2 yang mengedarkan doorgift dari meja ke meja. terfikir juga utk bagi doorgift bila tetamu mahu pulang. tapi ibu menolak cadangan tu sebab takut ada tetamu yang kami terlepas pandang & tak dapat doorgift.

untuk minuman, saya tak nak letak kat buffet line. sebab bila saya pergi kenduri kawin yang hidang secara buffet, saya selalu 'tak cukup tangan' untuk pegang pinggan nasi, pegang cawan & doorgift sekali gus. lagi satu, selalu mengalami sindrom malas utk tambah air. jadi sepinggan nasi dgn segelas kecil air je lah..sungguh tak bagus untuk penghadaman (-_-")

melalui pengalaman sendiri, kita boleh baiki mane yang kurang utk majlis sendiri kan? jadi saya request air minuman hendaklah dihidang setiap meja. letak dalam jug. setiap meja harus ada 2 jug air dengan gelas, air mineral, 2 pot air basuh tangan & make sure air basuh tangan sentiasa ada. bab air basuh tangan ni pun selalu jugak ada pengalaman kena lompat2 meja carik bekas air basuh tangan sbb bekas kat meja sendiri dah kehabisan air. atas pengalaman ni, awal2 dah pesan kat caterer perkara remeh macam ni jgn ambil mudah.

Alhamdulillah semua yang saya harapkan dari pihak caterer dipenuhi.. kesimpulannya, InsyaAllah, untuk majlis2 kami yang akan datang, akan guna khidmat Melati Catering & Services.

18 October 2010

centerpiece semulajadi

Salam

nak share sikit centerpiece utk semua meja tetamu. banyak saya tengok org buat center piece pakai bekas kaca then letak fresh flowers.. cantik!.. macam ni..

ni contohlah.. banyak style mcm ni. saya pun teringin nak ada centerpiece mcm ni. dah kata suka english style, mestilah sgt2 jatuh hati dgn style2 mcm ni.. mula2 fikir nak pakai je botol2 kaca recycle. bila dikira2, botol bekas nescafe, mayonis ada beberapa bijik je. tak plan awal2 nak kumpul. so, byk dah buang..sayang betul!

tiba2, ibu saya, the super duper creative person i ever met, bagi idea..

"kalau duduk kat kampung, bolehlah cari buluh. potong kecik2 agak2 tinggi sejengkal. sapu varnish.. letak setangkai bunga. natural ape"

owh, berbunga2 hati i..sbb lepas ibu bagi idea, terus dpt bygkan betapa bagusnya.. memang semulajadi. dan budget=) budget penting weh!

terus pergi kongsi angan2 dgn Incik Tunang masa tu.. Incik Tunang sangat baik hati sebab beliau nak DIY.. hey, the groom do DIY? hahaha.. iye, betul-betul Incik Tunang masuk hutan tepi ladang beliau utk carik buluh! potong pendek2 agak2 tinggi sejengkal. pastu jemur bagi kering betul2 sebelum licinkan mane yg tak licin dengan sand paper. kalau tak buat takut kena selumbar, naya je. lepas tu baru sapu syelek *betul ke eja ni?*

Incik Tunang datang KL a few days before akad nikah bagi 1 beg besar. tengok2 dlm beg tu ada benda ni!..


terus happy.. sebab ingatkan tak jadi buat. dah redha je lah dgn centerpiece provided by caterer. alah pasu labu sayung yg kecik tu. comman kan? biasa je nampak kat majlis kawin lain. kira punya kira Incik Tuang buat lebih. table ada 50 je. tapi Incik Tunang buat nearly to 100 pieces.


proses seterusnya ialah pergi beli span basah & order pink roses utk letak dalam 'pasu' buatan sendiri ni.. pada hari kejadian, Majlis Sanding, pagi2 adik dah tolong potong span basah kecik2 & sumbat dlm buluh ni pastu pacak pink rose setangkai. off courselah dgn bantuan saudara mara yg lain.

hasilnya, lihat lah gambar ni semua.. every table ada 1 'pasu buluh & setangkai mawar'..cewah! 



habis majlis, saya lelong je pasu ni. sapa nak ambik lah.. kat rumah ada lagi. simpan buat kenangan..terharu beb, 'air tangan' suami sendiri.. mane nak carik perantin lelaki yg sanggup DIY macam ni?

saudara mara yang banyak membantu dari awal semua happy bawak balik pasu buluh ni.. 

06 October 2010

hadiah kahwin

Salam

musim kawan2 ramai yang nak kawin. ni ha, ahad ni..tarikh rebutan ramai 101010.. nasib i tak ambik date ni. sebab dulu ada jugak cita2 nak 101010. sbb masa tu dah ada target nak kawin 2010.tapi taktau date mane nak pilih. bila fikir2, 101010, lambatnya! *sbnrnya gatal nak kawin awal. tu yang kawin awal tahun--shy--*

jemputan utk 101010 ni, ramai jugak. jauh2 pulak. kawan saya, kawan Incik Asben, saudara mara kami. last2 terpaksa cakap awal2 tak dapat dtg. kami dtg mane yg sempat je. kalau tak sempat, pos je lah hadiah kawin. maaf banyak2 ye..faham2lah tarikh hot mcm ni.

cakap pasal hadiah, ape hadiah kahwin yg biasanya diterima/diberi?

1. Pinggan Mangkuk

hahaha...paling banyak dapat masa kahwin dulu. ni termasuklah jug & glasses, tea set, dinner set, breakfast set.. tu sbb kalau ada member kawin, saya tak bagi hadiah ni kat dorang. saya lebih prefer utk bagi punch bowl ke, ice-cream bowl ke, salad bowl ke.. bagi variety lah sikit hadiah member dpt. sbb confirm ramai lagi orang lain bagi gelas, cwn, dinner set sume tuh..

kami dapat set balang kuih raya.. amatlah berguna ok..sbb saya tak pernah fikir nak bagi set balang kuih raya.. sekurang2nya utk 3 tahun akan dtg, tak payah fikir pasal balang kuih raya.. boleh pakai yg dpt hadiah kawin dulu..setahun sekali je kot keluarkan balang tu..

2. Periuk

yes! we also got a few sets of periuk as our wedding gift which is much appreciated! terus pakai! periuk nasik pun dapat. i tak dapat kuali/frying pan. hah, ni boleh buat hadiah utk member ni..

3. Barang Elektrik

blender, iron, toaster, kettle, juicer, coffee maker, sandwich maker..biasa jugak orang jadikan hadiah. but i got table fan from kak Lisa. bile dia dtg raya, dia boleh cam "eh.." tunjuk kat kipas. "a'ah hadiah kak Lisa..the one & only.." i tolong sambungkan ayat Kak Lisa sbb dia mcm terkedu nmpk kipas dia bagi.. haha, saya ingat sgt hadiah kipas tu..sbb satu-satunya..

4. Keagamaan

eh, ape point keagamaan ni. bukan maksud bagi agama ye.. maksudnya disini ialah sejadah & telekung. kami dapat beberapa helai sejadah & telekung. bagi saya ini hadiah hebat. cukup hebat kalau kita jdkan ini sbgai hadiah! bygkan pahala jariah yg kita dpt tiap kali sejadah & telekung kita beri tu digunakan..MasyaAllah..

kami dapat 2 frame ayat Al-Quran..ini pun elok dijadikan hadiah kahwinkan?.. terus gantung kat hall & bedroom.

5. Jam

i remembered, kakak sepupu saya memang terkenal lah susah nak bgn pagi. guess what? dia dapat 4 bijik alarm clock. dari saiz sederhana ke sebesar2 jam=) kami pun dapat jam jugak. tapi jam dindinglah.. useful jugak tau.. gantung kat tiap bilik & ruang tamu.

6. Quilt/Bedsheet

normally orang pakai katil queen size. so hadiahkanlah queen size. tapi kadang2 tak tau jugak kalau perantin nanti pakai king size..tapi jarang rasanya..

7. Kain Batik/Kain Pelekat

seriously i never ever thougt that i will get kain batik & kain pelekat as hadiah kawin. but, sweet kan?=) kain batik belum start pakai lagi. akan belajar pakai kain batik kemas2..insyaAllah..

8. Album

ada beberapa buah album. masih kosong! gambar kawin dah siap dalam custom album. pakej dgn OP. tapi still thinking nak print gmbr2 yg takde dlm custom album utk diisi dlm album2 kosong ni..dahlah semua album cantik2..siap berenda-renda lagi..

9. Lesung Batu 

ini memang favourite item Incik Asben suka bagi kawan-kawan beliau sebagai hadiah kawin. "takpe, kawan abang yg kawin ni suka makan sambal belacan.. nanti suruh bini dia tumbukkan sambal belacan".. berat tau hadiah ni.. macam tah pape je kan? tapi memang guna pun! 

ape yang korang selalu jadikan hadiah kawin?

05 October 2010

ape perlu ada dalam hantaran?

Salam..

tajuk kali ni just nak share pendapat je. please be an open minded person. no heart feeling ya..

ok, macam mane korang semua senaraikan barang hantaran yg perlu ada? mcm saya, saya dah ceritakan dgn agak detail kenapa barang2 dlm hantaran kami dipilih utk dijadikan hantaran. dan saya rasa korang semua dah boleh faham & agak sikap saya yg lebih suka kepada yg praktikal, murah & realistik. semua perkara ni saya ambil kira dlm setiap perkara bagi menjayakan majlis ni.

bagi saya, barangan hantaran ada sentimental valuenya yg tersendiri. tak perlu terlalu mahal utk menjadikannya berharga. sbb sentimental value ni mmg tak ternilai harganya. sebelum bertunang dulu, ibu selalu tunjuk kat kami adik beradik, "ni lah handbag, baju, kasut hantaran ibu.." kalau lalu kat kedai Estee Lauder, mesti ada dialog ni "dulu perfume hantaran ibu, abah bagi perfume dari Estee Lauder lah..wangi.."

tiap kali dialog tu dilafazkan, dari suara ibu, dah boleh gambarkan betapa kenangan itu terlalu indah.. disinilah letaknya hebat & mahalnya sentimental value tu. abah pernah tunjuk botol perfume dari YSL.. dgn bangganya bagitau anak2 itulah perfume hadiah hantaran kahwin dari ibu. masih bersisa sikit lagi..tapi, ya ampun! baunya sudah tengik! yelah dah disimpan 27thn lamanya. tobat taknak bkk tutup botol perfume tu lagi.. 

dari sinilah saya mula berfikir. saya mahu barangan hantaran saya tu sesuatu yg boleh disimpan. selain tu mestilah sesuatu yg saya akan pakai. walau pun bukan selalu, tapi utk masa2 istimewa barang tu boleh digunakan.

saya elakkan dari memilih gadget atau apape brg teknologi. sbb teknologi berkembang pantas. hari ni kita beli handphone paling canggih, esoknya dah keluar handphone lagi canggih. mcm susut nilai lah. tapi kalau korang rasa berbaloi sbb boleh simpan buat kenangan, terpulanglah.. masing-masing kan?

Incik Asben pernah offer nak beli set utk facial dari SKII. tapi saya tolak. pasalnya, alhamdulillah kulit muka saya bkn jenis bermasalah sgt. boleh terima nitrogena & simple. kenapa nak manjakan dgn SKII? nnt dah tersedap pakai SKII, nk maintain terus pakai, kena fikir 10 kali. mahal wo!

memanglah, brg branded kalau landed atas dulang hantaran, nampak 'wah!' gitu..tapi eloklah pilih ape yg diri kita perlukan. praktikal & releven.

kalau boleh pilih barangan yg evergreen, yg sampai bila2 pun kita boleh pakai, boleh simpan jadi kenangan. contohnya macam Al-Quran & tafsirannya *but make sure jaga elok2, jgn suka2 letak bersepah2* , sejadah, telekung. eh, tapi jgn pulak korang simpan je Al-Quran tu. tak baca2.. beli Al-Quran cantik2 nak tatang kat hantaran, tapi lepas kawin tak pernah sentuh..tak elok tu! simpan je sejadah & telekung tu tapi tak pakai. isk..jgn! kalau nak pilih kain pasang utk dijadikan hantaran, pilihlah corak yg bukan ikut trend. macam batik ke, songket ke..evergreen kan?

buku pun something yg sangat2 berbaloi jadikan hantaran. pilihlah buku2 yg byk beri tips2 & panduan rumahtangga. buku memasak pun boleh!kan orang selalu kata, nak pikat suami, pikatlah perut dia dulu. air tangan isteri tu yg penting.. tapi kalau dah pandai masak b4 kawin, tak payahlah kot..=)


contohnya macam cousin saya ni, nilah hantaran masa dia bertunang dulu, pihak lelaki bagi 3 buku ni & yg berbalut tu, tak tahulah ape benda.. mungkin 1 set ensiklopedia kot=) nampak tak?secara tak langsung, bakal suami dia dah mula mendidik bakal isteri utk mempersiapkan diri menjadi isteri yang solehah.. inilah baru dikatakan suami tu bukan setakat teman, tapi imam kepada isteri..owh, how sweet!

seorang kawan saya, Doktor. yang akan ke bahagian pediatrics. masa beliau bertunang raya ke 4 yang lalu, bakal suami beliau bagi stethoscope sbgai hantaran. org tanya "eh, stethoscope hilang ke?" rupanya baru tau stethoscope utk pediatrics lain.. mesti sepanjang kat hospital tengah kerja asyik ingat kat bakal suami je. yelah dah stethoscope tu dok tergantung je kat leher.=) 

jadi, korang mcm mane? pilih barang berdasarkan ape? atas sbb cantik? mahal? branded? suka? ikut orang & trend?atau ape?