29 August 2011

Setahun Sekali

Salam Menjelang Lebaran

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun & maaf kepada semua yg membaca blog ni secara sengaja atau xsengaja jika ada tersalah bicara & tingkah yang sememangnya tak disengajakan sepanjang saya menulis disini. 

Maaf Zahir & Batin.

Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah,
dan yang buruk itu adalah dari saya sendiri, hambaNya yg lemah & serba kekurangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari Kami Sekeluarga
=)

27 August 2011

mencuba menjadi surirumah & perempuan bekerja dalam masa yg sama..

Salam

Sepanjang Ramadhan ni, agak busy. Minggu pertama puasa, rilek2 lagi sbb rayakan lmbat lagi. Tambah pulak memikirkan tahun ni giliran beraya di KL, jadi xperlulah rushing sgt. Minggu kedua pulak tiba2 kena duty kat MATTA Fair. Tahun lepas dah rileks setahun xkeluar2 dari office, sbb kene focus hal2 dlm park *huwaa.. bile nak dapat seorang Vet ni?!*. Jadi xcuti langsung minggu tu. Masuk minggu ke-3 dah panik. Baru terhegeh2 nak pergi kedai kuih beli tepung, gula semua (-_-")

Tahun lepas saya xde share pun pasal persiapan kali pertama beraya sebagai isteri di blog ni.

Jadi, tahun ni saya rasa nak share persiapan raya kami yg lebih sederhana & cool berbanding tahun lepas. 

Antara Projek2 Menjelang Syawal


Alhamdulillah, CF dah lulus=) tunggu pihak bank settlekan payment lagi 20% kepada pemaju baru boleh dpt kunci. Sesi mengukur ruang utk perabot & mengira jumlah lampu & kipas.. Ada jiran dah start pasang grill & alarm system walaupun time bulan puasa..


Last minute kawan abah saya nak tempah hamper raya. ingatkan tahun ni dah nak pencen buat hamper. tapi ada permintaan, haruslah buat walaupun last minute. dia nak 3 jenis cookies dgn budget RM70 utk setiap hamper. jumlah tempahan, 23 biji hamper.

cookies semuanya hasil tangan ibu saya. ada Almond Flakes *ingat lagi x?=)*, Chocolate Chips & Cappucino Cookies. susun atur & decoration hamper, ehem.. mestilah dari yours truly ^_^.. ingat x bunga Stoking? haaa.. dapat ilmu masa prepare hantaran bertunang dulu..


Persediaan serba sederhana utk tetamu berkunjung. Ini adalah bekas kuih raya dari koleksi hadiah kawin. Sedondon pulak dengan tea set dari koleksi hadiah kawin jugak. 

Tahun lepas, awal2 puasa dah semangat buat kuih raya.. Tahun ni bukan xsemangat. Tapi busy yg amat. Start buat kuih minggu ketiga puasa or lebih tepat, 20.8.11. Semangat nak buat 6 jenis kuih/cookies raya buatan sendiri utk dimuatkan dlm 6 bekas kuih cantik diatas. Setiap kuih nak buat 2 adunan sbb nak bawak balik kampung masing2.. *Angan2 yg hebat*

Jomlah tengok progress projek cookies raya yg dibuat =),


Chocolate Chips ala2 Famous Amos.. 

tahun lepas 1st time dpt resepi cookies ni dari seorang kawan. suami suka. jadi, tahun ni kene buat lagi. Dah siap 1 adunan & selamat dimakan separuh.. cookies raya yg dibuat secara berduet suami isteri..




Biskut Bon-Bon.
Kegemaran Family-in-laws.. Malam raya dah habis. xsempat hidang kat tetamu.. Alhamdulillah, bila kita penat2 buat & org makan sampai habis, rasa puas hati & terharu sangat =')


Coffee Cookies
percubaan pertama tahun ni. dapat resepi dari internet. 1st adunan, agak kurang sedap sikit sbb kurang manis & xde rasa Nescafe. gambar kanan atas, ni rupa 1st adunan.. menggamit selera (-_-")

gambar kanan bawah ialah adunan kedua setelah 'menderhaka' kepada resepi sebenar. tambahkan sukatan gula & nescafe ikut rasa sedap hati & letak badam cincang saja suka2=) Hasil, rasa lebih sedap & rupa bentuk lebih yummy dari yg pertama. Sudah menjadi kegemaran suami berbuka puasa dengannya..

Pengajaran yg didapati, bukan takat lauk pauk je xyah skema ikut sukatan. Cookies raya pun xyah skema sgt. Perlu 'menderhaka' terhadap resepi sikit=)


Biskut Sarang Semut
Kali pertama jugak buat. resepi dari internet jugak.1 adunan dapat byk. Berbaloi2. maka, tiadalah adunan kedua=) mula2 ingat susah sgt nak buat.. tapi bila dah cuba, oklah.. belum cuba, belum tahu, kan? yg ini pun berduet bersama suami..


CornFlakes Madu 
atau ibu suka panggil CornFlakes Tadika. katanya senang nak buat, budak tadika pun boleh buat (-_-") esok baru nak settlekan.. takut buat awal2, sendiri yg makan. jadi gambar utk kuih ni xdelah ye.. CornFlakes Madu xsiap lagi=)


Kuih Bangkit 
Satu2nya biskut raya yg terpaksa diimport dari Sawari, Felda. Sbb dah xsempat nak buat biskut raya lagi.. Nak mengemas rumah. kotak2 sudah mulai banyak memenuhi ruangan bilik ke-2.. preparation utk our next project.. InsyaAllah..=)

Kuih raya tambahan dapat sbb ada supplier bagi. 

Buat bakal pengantin baru bulan Syawal nanti, selamat hari raya sebagai anak dara sebelum bertukar status=)

14 August 2011

MATTA Fair is back! (kindly reminder)

Salam

Yes!

Malaysia Tourism & Travel Agents (MATTA) Fair is back!

Seperti biasa, MATTA Fair yg diadakan twice a year kembali lagi untuk kali kedua bagi tahun 2011. As one of the exhibitor, kami telah mendapat tarikh rasmi MATTA Fair tersebut.

MATTA Fair

12-14 August 2011

PWTC, KL.

10am-9pm


Jommmm!!

12 August 2011

idea untuk doorgift Syawal

Salam Ramadhan,

hai bakal2 pengantins sekalian! kali ini entry untuk kamu=)

bulan Syawal selalunya menjadi favourite bakal pengantin untuk mengadakan hari besar..

ni email yg saya dapat. saya rasa eloklah dikongsikan bersama dengan kamu semua.


salam sis,,help me,,i'm going to nikah this september,,my name ann.,ann tgh kusut pk tntg bajet goodies,,an tgh pk,,goodies yg orang xbuang,,

my mom pk,,suh bg mug,,tpi agak mahal la sis,,

dlm paper bag tu ada:
1) mug
2) apam polkadot,,

sis,,ada apa2 suggestion x? kt mana ann leh cari mug yg murah,,mcm rm1.00-rm1.30 sebiji...:)


dan ini jawapan dari saya


salam ann,
 


dah try tgk kat Nilai?
 


akak xtahu ann duduk area mane. tapi kalau kat KL ni, maybe ann boleh try usha kat Chow Kit.
kat sana banyak gak barang2 yg sesuai jadi doorgift. lepas tu boleh mintak diskaun jugak. kat Chow Kit ni ada Plaza GM. akak pernah g dulu, tmpat ni memang jual barang2 borong. try cari je kat Chow Kit tu, mesti jumpe punye Plaza GM ni. bangunan dia tinggi.
 


idea lain yg akak suggestkan selain mug, mungkin boleh bagi tasbih, kurma *ni nak dekat puasa, byk jual kurma*, marshmellow,pasu kecil yg dari tanah liat tu *sorry xtahu nama*.nnt kalau ada idea lagi, akak share ye..
 

harap membantu.

Email ni bulan Jun lepas iaitu sebelum Ramadhan.



Kurma & Tasbih sebagai doorgift =) insyaAllah, kita juga akan mendapat pahala jika penerima tasbih ni menggunakannya utk jalan kebaikkan. Menzikirkan nama Allah. SubhanaAllah..

Sekian.

Salam Jumaat=)

03 August 2011

Lepas Kahwin : Memasak di bulan Ramadhan..tips?

Salam

Jom share apape tips menguruskan rumahtangga sempena bulan Ramadhan ni..

seperti yg saya katakan dulu, tahun lepas merupakan tahun pertama kami berpuasa sebagai suami isteri, kami banyak bereksperimentasi dengan masa. kami berdua masing2 bekerja. 

tentunya waktu bekerja kami berbeza pada bulan Ramadhan. saya bekerja dari 9 pagi - 6 petang. husband pulak dari 7.30 pagi -4.30 ptg.

nmpk x perbezaan tu? kdg2 saya rasa nk je kerja ikut waktu husband kerja. so, boleh balik rumah awal & sediakan juadah berbuka puasa. x perlu beli di Bazaar. tapi harus sedar, sy yg perlu sesuaikan diri dengan keadaan & suasana. bukan sebaliknya. 

jadi, puasa tahun lepas, husband lah yg akan ke bazaar ramadhan utk cari lauk-pauk-siap-masak di bazaar Ramadhan. beliaulah juga yg masakkan nasi utk berbuka. sbb saya sampai rumah pun dah pukul 7. sempat hidangkan nasi, lauk-pauk & buat air je(-_-") too bad! itu yg saya rasa! kesian suami saya terpaksa makan lauk bukan air tangan bini dia mcm selalu..

oh ya.. husband beli lauk-pauk di bazaar ramadhan utk dipanaskan waktu sahur sekali.

seminggu je kami bertahan dgn cara ini. masuk minggu kedua, husband mengadu dia bosan dgn makanan beli di bazaar. kdg2 kene round 2-3 kali bazaar tu semata2 xtahu nak beli & makan ape. sampai kena call bini dia ni tanya apa yg patut dibeli (-_-") tak lama lepas tu, husband dah pandai join bapak mertua dia pergi bazaar sama2. adalah dia kawan utk bagi idea beli apa.. hehehe.. kadang2 ada jugak ibu bagi lauk. tapi jaranglah. sbb ibu saya busy dgn business kuih raya.

akhirnya, kami temui cara yg pada kami adalah penyelesaian kepada masalah kekangan masa ni & penambah kasih sayang suami isteri *sbb makan hasil air tangan isteri. ini petua org dulu2 ya*.

jom share sama-sama..

untuk sahur :

1. Plan menu bersahur utk minggu tersebut supaya xyahlah time mamai2 bgn pukul 4 pagi baru nak perah otak fikir nak masak ape.

2. masak nasi siap2 sebelum masuk tidur & biarkan rice cooker dalam mode 'keep warm'. tapi kalau tanak nasi atas dapur, saya xdapat nak tolong sbb saya pun masih belajar dgn husband *malu betul bila laki lagi pandai masak nasi atas dapur*

3. isi siap2 air dalam cerek/kettle sebelum tidur. so bila bangun sahur just hidupkan api/elektrik je..jimat masa utk masak air.

4. keluarkan barangan basah seperti ikan, ayam, udang, sotong or daging dari freezer & letakkan dalam ruangan chiller. defrost awal2 sblm tidur. senanglah nak goreng or masak time sahur nanti.

5. bagi kamu yg masak tak pakai cili boh siap beli di kedai mcm saya, bolehlah blend cili kering (sila masak dulu ya cili keringnya) siap2 & simpan dlm tupperware letak dlm peti ais. insyaAllah, boleh tahan sampai seminggu. 

apa yg saya buat, biasanya pada hari Ahad, saya dah siap2 blend sekali cili kering + bawang merah + bawang putih. simpan dlm 1 tupperware letak dlm peti ais. bila nak masak, boleh terus tumis kan je.. 

mungkin kamu boleh asingkan 3 bahan tadi dlm 3 tupperware berlainan. saya biasa cmpurkan je. kalau nak masak masakan yg xpakai cili, saya just hiriskan je bawang2 utk ditumis. kalau rajin je, baru tumbuk pakai lesung batu sbb xboleh nak blend dgn blender if bahan sikit sgt.

6. biasanya saya hanya akan masak yg goreng2 saja pada waktu sahur. untuk masakan bergulai mcm tomyam, kari, masak lemak cili api, asam pedas & lain2, biasanya saya masak waktu malam. lepas habis tarawikh iaitu sebelum tidur. masak siap2 & hanya panaskan je waktu sahur nnt.

untuk berbuka puasa

masih lagi mencari solusi yg bagus sbb mmg xsempat nak prepare apape bila sampai rumah dah pukul 7. sekarang ni saya try masak sebelum tidur & simpan dlm peti sejuk utk dipanaskan time berbuka puasa keesokkan harinya.. yg ni masih dlm tempoh percubaan utk tahun ni.

untuk kuih-muih tahun lepas tiap hari beli kat bazaar. tapi tahun ni saya beli siap2 karipap frozen, samosa frozen & cucur badak frozen dari Sawari keluaran Felda (boleh beli di HQ Felda, Jalan Semarak). jadi saya hanya perlu goreng je balik dari kerja utk juadah berbuka. rasanya pun sedap. at least, boleh pastikan minyak yg digunakan utk menggoreng adalah minyak baru berbanding di bazaar yg kadang2 sampai minyak dah hitam pun stil recycle utk goreng kuih..

Alhamdulillah, 3 hari berpuasa setakat ni belum ada lagi makanan dari bazaar Ramadhan utk tahun ini =) nnt boleh buat perbandingan dari segi perbelanjaan membeli di bazaar dgn masak dirumah. kita cuba ya..

Cara kamu, bagaimana? boleh share & tambahkan lagi idea? kot-kotlah saya boleh jumpa solusi utk berbuka puasa saya dari kamu..

Terima kasih =)