23 May 2011

dekorasi cermin dinding

Salam

Some ideas on wall mirror decorations and designs.


saya masih berfikir jenis dining table yg sesuai. kat showhouse dulu, dorang pakai 6 seater. tapi bile tgk gambar ni, 4 seater pun ok jugak memandangkan kami berdua je. tapi bile family dtg melawat, xmuatlah pulak. yg sedang elok sekrang utk bilangan family belah saya & husband ialah 8 org. ermm..

deko cermin dinding mcm ni, biasa kite lihat. 

fungsi cermin ialah untuk menjadikan sesuatu ruang nampak lebih luas.


susunan kepingan cermin mcm ni, lain dari yg lain. cantik. seolah2 mcm frame tingkap pulak.. masuk dlm wishlist=)


susunan berbentuk 'dam' ni pun comel jugak..


idea hiasan cermin dinding ni pun boleh diaplikasikan pada hiasan bilik pengantin. sebagai ganti kepada penggunaan tirai ataupun frame gambar sebagai hiasan di kepala katil pengantin.

till then=)

20 May 2011

kad ucapan pada hadiah pengantin

Salam

Macam saya pernah cerita, kami mmg suka buat stok hadiah selepas peristiwa kelam kabut terlupa nak beli hadiah last2 singgah seven-E beli Pearl Kacip Fatimah & Ali Cafe diletakkan dalam paperbeg lalu dijadikan hadiah (-_-"). tambahlah sikit angpau kat hadiah tu=)

hahaha...walaupun hadiah tu mcm tah pape, tapi saya rasa sweet sangat *perasan sendiri*. sbb pengantin yg dapat hadiah saya tu, sampai sekarang still ingat hadiah yg saya bagi. dia kata lain dari lain & senang ingat. "kalau aku bunting pelamin, aku akan ingat hadiah kau bile tgk muka anak aku nnt".. hahaha..semuanya rezeki dari Allah, kan? 

dah xnak peristiwa tu berulang, jadi kami buat stok hadiah kawin.

masa nak ke kenduri Elly, mmg xrisau pape pasal hadiah sbb dah ada siap berbalut cantik. just pilih je hadiah mana nak bagi.. tapi last minutes, baru terperasan kami takde kad ucapan! saya mmg xsuka nak conteng2 dgn pen or marker pen pada pembalut hadiah. biarlah ada kad ucapan sekurang2nya pengantin boleh simpan dalam album buat kenangan.

nak tahu ape yg saya gunakan sebagai ganti kad ucapan?

ye! saya pakai poskad=) hehehe.. kalau kamu pergi honeymoon, jgn lupa beli poskad & fridge magnet! kami berdua mula mengumpul benda tersebut sejak kawin. sengaja! sbb melalui barangan ni, kami dapat kira berapa banyak tempat kami dah pergi bersama sepanjang kami kawin dgn mengira fridge magnet=)

tulis ucapan dibelakang poskad



dan tampal pada hadiah. jgn pakai double sided tape. nnt xnmpklah page belakang yg kamu tulis ucapan. tampal hanya pada sebelah tepi satu bahagian je. satu lagi biarkan. agar boleh diselak mcm kad=)

Sekian untuk perkongsian idea yg tah pape ni.. kalau dah terdesak, ape pun boleh!

16 May 2011

Fairytales wedding

Salam

Semalam, kami ke majlis officemate saya Elly.

the invitation.. simple n neat..

the pengantins.. masa kami sampai lebih kurang kul 1 ptg. hajat dihati nak tgk Elly berarak masuk. tapi kitorang terlambat beberapa minit je. sampai2 je pengantin dah bersanding.

personally, saya suka sgt dgn warna tema.. blue n pink.. soft je.. the dais..oh! jatuh centa!.. background pelamin color putih bagi saya amat2 sesuai sbb bila background color putih, semua benda yg ada dipelamin automatik akan menonjol.. contrast tu penting..

flowers dekat pelamin yg begitu terserlah color pinknya walaupun sbnrnya soft pink je. since baju pengantin pun color soft, mmg ok sgtlah background pelamin tu dibiarkan putih saja. tulah pentingnya background color kot.

rasanya saya pernah sharekan pendapat saya pasal pemilihan warna ni.

Elly pernah cerita pada saya pasal masalah table cloths dia hanya warna putih saja. dia nak table cloths ikut warna tema. dia tanya pasal table cloths saya yg sepenuhnya berwarna hijau diatas meja dgn skirting color putih. dia ingin begitu. alas meja putih dibawah dan pink & blue diatas. tapi katanya pihak caterer xde color yg dia nak.

saya hanya bagi pendapat, let it be. sbb hall tertutup mcm ni, pencahayaan bergantung sepenuhnya pada lampu2 dlm hall. ditambah dgn carpet hall yg berwarna gelap. so, pakai je table cloths putih utk membantu 'menaikkan' cahaya & seri dalam hall. biar nmpk clean & clear. just letak table runner ikut warna tema.

and Elly bought kain color pink & blue tu beberapa papan. senang je kot nk buat table runner. straight je. kain tu jugak dipotong2 utk ikat reben pada kerusi.

Elly memang betul2 'bungkus' tiang yg baginya xberapa cantik sbb bertapuk-tapuk..

and dia betul2 pergi sewa 'frame' tambahan ni untuk menutup wall paper yg dah terkopak2 di dinding ballroom ni. barulah cantik kan dalam gambar nanti..


Bird cage =)

Jemputan tak terlalu ramai. memang anggaran jemputan dalam 500 pax je. tu lah sebab Elly pilih hall ni sbb boleh muatkan 300pax dlm satu2 masa. tak terlalu besar. mmg tenang and aman je majlis dia dgn bilangan tetamu yg xberapa ramai. bolehlah kami stay lama2..=)


Doorgift

Kleenex tu, memang comel..

14 May 2011

ballroom yang x ballroom..

Salam

Dah 2-3 hari rasanya xdapat nak sign in dlm blog sendiri. ada benda nak share tapi bila nak bukak, blogger not available, terus xde mood. hahaha..nak merajuk, tapi mcmlah blogspot tahu kan? (-_-")

hari baru dapat sign in. jadi esok2 sajalah saya menulis lagi.

oh ya! esok wedding officemate saya kat Pandan Lake Club. nak tengok mcm mana beliau mengaplikasikan pendapat saya utk menutup dinding2 hall yg wallpapernya dah terkopek2 tu. komen dia pasal Perdana Ballroom tu, ada disini. sebenarnya idea tu dtg dari majlis abg sepupu saya yg diadakan ditempat yg sama lebih kurang 3thn lepas. kami pun menghadapi mslh yg sama. cuba mencari idea utk menutup dinding2 yg dah xcantik tu. ingatkan lepas beberapa thn pihak pengurusan adalah mengambil tindakan utk cat balik dinding2 tu. tapi nmpaknya mcm xde tindakan pun. sama je.

ok, jadi kita nntkan mcm mana Elly menutup wall tersebut supaya nampak lebih molek sikit.