29 April 2010

Hukum Isbal

lihat sini utk penjelasan mengenai baju/veil meleret menyapu lantai..
atau lebih tepat lagi hukum Isbal..
ada banyak lagi web-web yang membincangkan soal ini.. 
dan ini yg saya dapat kongsikan..
jika ada sesiapa yg ragu2, silalah bertanya pada yang arif mengenai Isbal ini..
face to face.. 

saya tahu hukum mengenai Isbal ini melalui ceramah agama di Masjid suatu masa dulu..
Imam tersebut ada lafazkan hadith, tetapi saya tak salin pula..
jadi janganlah minta saya kemukakan hadith segala kerana saya bukan yang arif
sekadar berkongsi ilmu yg ada..

DeepInsideMyHeart : memang sukar untuk menukar apa-apa yang telah menjadi kelaziman/kebiasaan. bila dikongsikan bersama perkara yang bertentangan dgn kelaziman/kebiasaan itu, maka lantanglah suara2 mengecam.. 

28 April 2010

sanggul tinggi, veil meleret..aahh cuunn nya!

Salam

sebenarnya dah lama nak tulis pasal ini..sebab bila blog walking di blog2 para pengantin, yg memakai tudung pasti akan terikut2 dgn trend ini..yelah, trend terkinilah katakan..malah ada yang mengaku & berbangga merasakan diri kelihatan anggun dalam trend ini..bertudung tapi bersanggul tinggi..dgn veil or selendang yang cukup panjang & labuh..owh..sungguh anggun bergaya!

tapi disebabkan saya kekurangan sumber hadith untuk menyokong hujah saya, jadi saya pendamkan dulu isu ini..mencari sumber2 hadith kemudian baru dibincangkan & dikongsikan bersama..sehinggalah kawan saya, kak Naza berkongsikan ini, saya terpanggil menyebarkannya lagi..

semasa umur 5 tahun, saya dihantar ke sebuah Tadika Islam swasta yang pengetuanya ialah seorang ustaz yang mempunyai 4 orang isteri kesemuanya berpurdah..jadi, dapat tak kamu bayangkan didikan yang diberikan oleh tadika ini semasa sesi pembelajaran & pengajaran?apa yg boleh saya katakan, saya sangat bersyukur diberi peluang mengenal erti persekolahan dalam persekitaran islamik begitu.

Salah satu ilmu yg saya dapat dari tadika & ingat sampai sekarang ialah pengertian aurat. Masa tu kecik2 lagi..ustazah taklah terangkan siap dgn hadith2..mau nganga bosan kanak2 dgr terlalu high standard penerangannya..

Kalau pakai tudung tu, hendaklah labuh sampai memutupi labung susu (payudara) *menutup bentuk payudara*..baju yang dipakai walaupun menutupi seluruh kulit badan tetapi ketat, tetap menampakkan bentuk tubuh, maka itu tetap mendedahkan aurat. Sama jugalah jika memakai tudung tetapi tetap menampakkan bentuk leher & rambut (jarang) tetap juga kamu mendedahkan aurat. Sebab aurat itu bukan sahaja menampakkan kulit & rambut, tetapi merangkumi bentuk badan & bentuk rambut.

Jadi semasa mak andam yang mendandankan saya cuba sedaya upaya menarik & mengikat tinggi rambut saya utk disanggulkan, dan kemudian merungut rambut tak cukup panjang untuk disanggul dan bertanya kenapa tak simpan rambut panjang2 b4 kawin, terus saya katakan saya tidak mahu ada apa-apa ‘benjolan’ di kepala saya.. katanya ini trend..pakai tudung sanggul tinggi ala-ala arab gitu..

I said “no! thanks!” tegas dan agak tinggi nadanya..karang saya terang2kan nanti beliau ingat saya berlagak alim..dan saya sedar ilmu agama saya belum sampai ke tahap yg tinggi, masih lagi belajar..saya sendiri pun kadang2 lalai dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi ini..jadi saya katakan saya tidak mahu benjol-benjol.. ibu saya marah nanti..elok2 ibu saya lahirkan dengan bentuk kepala bulat normal, tiba2 kahwin kepala besar berbenjol..hahaha..jadi mak andam ada lah tarik muka sikit..

Veil pun saya mintak yang pendek..takmau panjang2 meleret2..saya tahu islam tidak membenarkan kita memakai baju or veil yang meleret ke lantai..tapi tidak dapat saya nyatakan hadithnya disini..mungkin ada diantara kamu yg ada hadith2 mengenai hal ini, eloklah dikongsikan..

Inginlah saya tegaskan disini bahwa saya hanya ingin sekadar berkongsi ilmu..jika ada yang tersinggung, harap maaf. Saya bukan berlagak alim..sebab saya sendiri selalu ‘tewas’ dalam godaan berfesyen..kdg2 alpa juga..pakai tudung, dipin ke atas bahu.tidak menutupi labung susu..jadi saya juga ingin mengingatkan diri sendiri pasal hal ini..ingatan kita bersama..

mudah2an kita semua sentiasa berada dalam barakahnya & diampunkan dosa-dosa yang lalu..amin..

Wallahu'alam..

23 April 2010

wedding cake

salam..

kamu suka wedding cake atau pulut kuning utk dipotong pada hari besar kamu?

saya prefer cake..mmg geram sgt tgk wedding cake yg cantik2.. yg sweet2..lovely.. mcm ni...

memang mustahil lah nak dapat kek macam ni..kalau saya anak raja, tak pe gak kan?=) tapi kek macam ni, mmg kenyang makan..semua tetamu dapat rasa..

kek yang smart..nampak sweet in soft pink.. tapi dia punya papan lapik kat bawah tu, terlalu obvious..dahlah color silver..nmpk sgt papan lapik kek..if color putih ke, smart sikit..ni nampak selekeh sikit..*mode cerewet dah keluar*
just nice.. the color so sweet & sangatlah menepati color kek yg saya inginkan... hijau & pink.. tgk! lapik kek macam ni, barulah smart...

fondant cake yg comel dgn fresh roses..tapi saya kurang berminat fondant cake sebab mmg cantik tapi nampak 'kaku' & 'keras'..

terfikir nak cupcakes dgn cupcake tree..mesti comel..tapi kek besar lagi best lah nak potong2..comel gitu...
mmg berangan ni dah jadi 'bestfriend' kot utk B2B..dulu masa saya nak kawin pun, habis semua image kat google di 'khatam' kan=) habis otak ligat berfikir & berangan2 tak hengat...tapi bila tgk budget yg ada, baru insaf diri=) hahaha..

mula2 ibu nak buat kek kawin saya sendiri..tapi saya halang..beli saja di kedai..saya taknak ibu banyak kerja pada saat2 akhir..yelah, kek bukan boleh tahan lama pun, jadi tak boleh nak prepare awal2..tapi, dengan murah hatinya makngah saya offer kan diri utk sponsor wedding cake..jadi saya serahkan bulat2 padanya..jgn nak banyak songeh bila ada orang sudi nak sponsor..malulah i nak mintak wedding cake yg bukan2 kan?ape yg diberi, saya terima dgn syukur..


fondant cake diletakkan diatas cake stand 3 tier..masa wedding cousin saya, makngah saya buat kek dan letak atas cake stand sama macam diatas.jadi saya pun berharap kek saya akan disusun begini.. tapi..


inilah wedding cake saya.. kek span dilapisi dgn blueberry jem..kek ni sebenarnya 3 bijik..mula2 makngah saya nak letak atas stand 3 tier mcm gambar diatas..tapi masa wedding saya tu, semua cake stand dia fully occupied sbb makngah saya ni supply wedding cake to Mirazy Catering *kan skrang ni caterer byk bg kek kahwin percuma kalau ambik package kahwin tertentu dgn mereka sebagai sebahagian dari promosi..*..jadinya bahagian bawah tu makngah saya cantumkan 2bijik membentuk macam topi & bahagian atas kek lebih kecil sikit.. 


makngah tanya tema color ape..saya mcm biasa, mmg malas nak ckp saya tak pakai tema color..tapi saya mahu konsep English garden sekadar mampu..last2 saya cakap, ikut je color card jemputan..kek ini disaluti dgn hirisan white chocolate..

Dulu ibu saya pernah bagi seorang jiran kek begini sebagai kek hantaran beliau.. sebab kakak ni sangat baik hati & peramah..kebetulan mak-mak kami pun berhubungan baik..tambah pula jiran tetangga..tapi 1 bijik jelah..bukanlah bertingkat2..kek hantaran kan..susah pulak bertingkat2.. kakak tu kata kawan2 dia ingatkan white chocolate tu cheese.. *kdg2 suka sakat ibu bila ada anak2 jiran buat kerja kawin or bertunang, taknak ke bagi kek lagi..rupanya ibu saya ni memilih jugak siapa nak diberi kek atau tak=)*

dan baru-baru ini seorang cousin saya baru melangsungkan pertunangan.. jadi ibu berbesar hati nak bagi sebijik kek utk hantaran.. tapi kek ini ditatarias oleh saya sendiri..sebab itulah ada gambar diambil sebelum & selepas..bukti di masa depan..mungkin boleh letak dalam resume 'skills : menghias kek hantaran kahwin' =)

sebelum dihias..ini adalah kek span yang dilapisi dengan jem strawberry yang lazat.
dan....taaaaadaaaa...

siap dihias..bunga ros biru torquise itu adalah mengikut tema pilihan warna sepupu saya yang bertunang tu..nampak lazat sikit berbanding sebelum dihias.. lagi gambar...



selepas siap dihias, biasanya kek ini akan diletakkan dalam kotak transparent utk menjamin kebersihan kek tersebut semasa display atas dulang hantaran..kamu tahu2 sajalah, dulang hantaran biasanya dipamerkan..jadi takut masuk habuk pulak dgn orang yang lalu lalang masa majlis nanti..

siap dipekkan dalam kotak transparent dan dimasukkan dalam paper beg kek supaya mudah dibawa terus ke Ipoh, Perak pada keesokkan paginya..kek dibuat & dibakar pada waktu petang & dihias pada malam sebelum majlis utk kekalkan kesegaran..cecehhh..=)


comel tak?=) agak2 ada sesiapa nak tempah tak?=)

Sebelum ni saya memang ada tulis pasal wedding cake ni..tapi dalam entri tu saya tak letak gambar2 wedding cake idaman kalbu..hehehe..

*semua gambar diatas adalah dari google image kecuali gambar yg ada watermark -sayamahukawin.blogspot.com adalah dari koleksi  peribadi*

19 April 2010

senarai harus ada

Salam.. 

here we go.. sambungan dari entri yang lepas..

ini adalah ANTARA senarai yang patut ada/disediakan sebelum majlis..bila dah 'antara' tu, maksudnya bukan dah lengkap/complete seratus peratus *ermm..tulis secara skema lebih comel dari tulis pakai angka & simbol 100%*. dan senarai ini bukanlah wajib ada.. semuanya bergantung kepada bagaimana majlis kamu.. 

1. Senarai tugas

isk..tak yah cakap banyaklah..dah cakap kat post yang lepas kenapa ini penting..saya rasa semua orang taknak wujudnya maknenek kaki sibuk perosak majlis kan? jadi silalah buat senarai ini & hebahkan pada yg terlibat.. 

macam mana nak buat senarai ini? mesti kamu risau kan kalau nak letak2 tugas sukasuka hati kamu? takut orang terbabit taknak buat tugas tu, takut menyusahkan orang terbabit..owh, senang je..kamu haruslah berhemah dalam mendekati orang2 ini.biasanya pilihlah orang yang kamu percayai..orang yang sejak dari awal dah excited gila dgn segala macam hal majlis kawin..terangkan betul2 tugas tersebut dan dapatkan persetujuan..jika dia menolak, maka carilah orang lain ganti.

jgnlah kamu hentam keromo buat senarai tugas cantik2 pastu tiba2 announce kan..tak mintak persetujuan dari mereka..ini dah macam kes paksa..kamu harus ingat, bila tiada paksaan dan mereka menolong dgn sukarela, barulah mereka betul2 laksanakan tugas dgn baik & ikhlas, kan? 

2. Senarai merenjis/ bersalam dgn pengantin 

kenal pasti siapa yang kamu mahu naik ke pelamin utk menepung tawar.. bukan semua orang suka pada acara ini.. maka, sekali lagi, dekati mereka dgn cara berhemah..kalau mereka setuju, barulah disenaraikan..

dah dapat pasangan2 utk merenjis ini, maka susunlah ikut kesesuaian.. majlis saya dulu, awal2 lagi dah mintak Incik Asben list down 5 pasangan (10 orang) dari side beliau utk bersalaman dgn pengantin *kami tiada merenjis & tepung tawar..hanya bersalam sahaja* dan 5 psgn lagi dari side saya.. tulis/taip cantik2, jelas2 & serahkan pada emcee utk diumumkan secara berselang seli antara kedua-dua side..

paksu saya menjalankan tugas beliau..stand by di rumah ERT, menyambut rombongan lelaki & bawa ke rumah ERT, pastikan 'welcome' snacks *kuih muih & air* dihidangkan di rumah ERT sebelum perarakan masuk dewan berjalan. gambar diatas menunjukkan Incik Asben bagi senarai nama dari pihak beliau yang akan bersalaman dgn pengantin di pelamin nanti..final name list.. tentunya paksu dgn calling2 event manager hantar isyarat "pengantin ready berarak masuk"..sungguh bersemangat masing2..=)

ini pulak senarai nama dari pihak saya semasa majlis bertandang ke rumah Incik Asben.

inilah emcee saya..nampak tak betapa teratur & tersusunnya skrip2 mereka bersama pantun2 dan senarai2 nama yg harus diumumkan?

kenapa penting? nampak teraturlah sikitkan..at least taklah wujud scene nama makcik kena naik pelamin tiba2 makcik beria-ia menolak sampai orang tarik2 ajak ke pelamin..isk..sungguh kurang manis, ok.. lagipun bila masing2 dah tahu nama mereka dalam senarai, mereka bolah stand by awal2..secara tak langsung, jimatkan masa..

3. Senarai nama makan di meja beradab

dah tahu sangat dah orang Melayu ni memanglah pemalu orangnya..taknak nampak gelojoh berebut2 nak makan kat meja beradab..nampak tak sopan..masing2 rasa tak layak berada di meja beradab.. si A rasa si B lagi layak, si B pulak rasa si A layak, last2 takde sapa ke meja beradab..

wujud jugak bila meja beradab kosong, tiba2 datang pulak 2 orang secara serentak menarik kerusi yang sama..jadi masing2 dah termalu..susah jugak sebenarnya..maka, senaraikanlah siapa duduk bersama pengantin di meja makan beradab..senang..

saya rasa lebih sopan jika pengapit memberi ruang dgn tidak makan bersama di meja beradab..biarlah pengantin diapit oleh ibu bapa mereka..jangan dipisahkan mereka..*cewah*

4. Skrip

ini bergantung..ada yang suka menggunakan emcee dan ada yang suka deejay.. saya sukakan emcee.. nampak lebih 'smart'. 

skrip saya ditulis oleh paklang saya seorang pakar bahasa dgn gelaran Munsyi..jadi saya tak perlu risau sbb mmg yakin skrip saya akan berbunga2 bahasa indah2..siap pantun segala..siap tatabahasa & bait2 indah segala..tambahan pula, emcee adalah sepupu saya sendiri *anak paklang jugak*. jadi intonasi & gaya melantunkan pantun & bait2 kata mmg dilatih supaya berirama indah.. 

semasa ketibaan pengantin lelaki.. sebelum di'satu'kan dengan pengantin perempuan, sesi berbalas pantun diadakan sebagai simbolik beradab sopan meminta kebenaran menjemput isteri & menyambut suami..=)

paklang i *berbaju batik hijau* awal2 dah siapkan pantun & skrip utk acara ini & utk emcee sekali..sehari sebelum majlis iaitu selepas akad nikah, paklang dah 'kawtim' dgn wakil rombongan lelaki *paklong Incik Asben*.. siap2 bagi pantun jawapan & praktis intonasi..nnt senang je baca..ramai tertipu ingatkan paklong hebat jawab pantun spontan=) sama macam masa i bertunang..dipenuhi dgn pantun bunga2 penuh tradisi..

jangan tak tahu, malam sebelum majlis, semua orang sibuk2 borak2 sambil buat jambangan bunga utk walkway, semua yang terlibat dgn acara perarakan masuk pengantin, 3 kali rehearsal..ok..3 kali! memang normal bagi kami utk rehearsal sebelum hari besar=)

sorry utk post yang agak panjang ini padahal isi utamanya ada 4 je..(-_-") thanks for reading.. ada lagi nanti saya tulis lagi ye..

DeepInsideMyHeart : bila tulis banyak2 pasal tips2 merancang majlis kawin ni, risau gak..takut orang ingat i nak menunjuk2 macam majlis i perfect sangat..but seriously, sebab saya sedar majlis saya tak perfect, maka saya ingin share dgn B2B apa yang saya lakukan & apa yang saya dapat akibat perlakuan itu.. kadang2 juga just share idea mane2 bahagian yang dapat diperbaiki dimasa depan..maklumlah saya yang sulung..kami belum pernah jadi tuan rumah pada majlis kawin..biasanya tolong2 saudara je..*bak kata abah, kami still ada beberapa perkara yang boleh dibaiki..* jadi saya tuliskan di blog sebagai ingatan di kemudian hari..kot2 lah tiba2 adik i kata "abah, hujung bulan ni, saya nak kawin" (-_-") i pengsan dulu!

14 April 2010

remeh : 4 perkara

Perkara-perkara yang selalu kita terlepas pandang bila dah kelam kabut pada hari majlis..jadi utk elakkan hal2 macam ni berlaku, eloklah sebagai pengantin, kamu sendiri list down kan what you do/don’t want in your own majlis..

Because only you yang tahu & have the ‘picture’ on how your majlis should be..lepas tu, tulis or print cantik2..serah & terangkan dekat event manager kamu tak kisahla dari kalangan ahli keluarga atau kamu upah wedding planner sendiri utk urus2kan.. dan bila dah planned cantik2, dah tau flow majlis tu macam mana, jgn lupa terangkan dekat kaum keluarga lain yang bakal membantu dalam majlis nanti supaya takde miscommunication..supaya semua tahu tugas masing2 & tak memandai2 buat benda lain dari kehendak pengantin.. seelok-eloknya buatlah meeting dgn ahli keluarga..paling kurang pun, malam sebelum majlis,buat sedikit briefing & rehearsal..

Pemberitahuan ini penting sbb kebanyakkan majlis pasti akan terjadi atau wujud ‘kaknam’ *pandai2 arrange ikut kepala dia walaupun tu bukan majlis dia*. Mmg kadang2 niat mereka nak membantu tapi bila mereka tak faham ape yg kita, sebagai pengantin nak, tu yg haru biru sikit..sepatutnya membantu, tapi dah jadi penjahanam impian pengantin pulak.

jadi, saya nak share kat sini beberapa perkara penting just sebagai catatan dan ingatan utk saya sendiri bila adik2 saya kahwin supaya tak lupa..

1. Moment..

Setiap moment2 penting dalam majlis jangan ditinggalkan..jgn dilupa utk diabadikan dalam gambar..walau macam mana kelam kabut pun masa tu..walau apa pun alasan masa tu.. sebab semua moment2 ni tak boleh diulang kembali..xkan nak buat majlis kahwin sekali lagi kan? kalau boleh, list down moment2 yg kamu mahu diabadikan..

sebelum majlis, saya dah terangkan jelas2 pada adik saya a.k.a event manager tentang perjalanan majlis yang saya inginkan..senang utk beliau memastikan semuanya mengikut perancangan.. tapi ada sesetangah perkara tidak berlaku dgn 100% perfect..biasalah kan? takkan i nak tipu kamu semua yg majlis i 100% perfect..100% berjalan ikut apa dirancang..
kamu tahu, masa saya dulu? Selesai je akad nikah, semua berpusu2 keluar dari masjid ke ruang makan..tak sempat nak salam2 semua orang padahal penat my maklang ingatkan & suruh I praktis cara salam sopan2..

bila saya tanya abah ‘eh, nape semua dah bangun keluar?tunggulah nak salam2..nak ambik2 gambar lagi’..

‘dorang semua dah lapar’..(-_-“)

*so, saya sangat pasti moment2 touching mmg takde dalam gambar sebab tak berlaku pun..nasib rakan2 baik I ada..adalah gambar salam2 & ucap2 tahniah dgn masing2 muka excited & happy & terharu*


lepas tu keluarga mertua pulak buat surprise nak lawat jugak rumah..*perkara yang tak pernah I fikir* nasib I ada bilik pengantin..sbb ramai gak ingat bila majlis kat masjid & dewan, rumah tak disentuh langsung..jgn salah ye..rumah tetap penting walau kamu kawin atas langit sekalipun..takkan kamu nak rebus telur pahar kat dewan..takkan nak packing2 doorgift pun last minit kat dewan, kan?so, after makan, tergesa2 I kena balik rumah sbb takde org kat rumah..pintu berkunci..jadi, moment disekitar kawasan masjid, hanya 2-3 keping je..

nasib moment dalam bilik pengantin hias sendiri ada banyak..siap over gedik lagi (^-^)

2. Senarai tugas

Paling..paling..crutial bagi saya..sebab bila masing2 tak tahu tugas, mulalah semua pun nak tunjuk pandai..last2 ape yg pengantin nak, semua tak jadi..semua jadi lain..dan senarai tugas ni elok dibentangkan didepan semua orang….biar masing2 tahu ‘owh..bahagian ni dah ada orang jaga’..jadi tak timbul soal sapa jaga ni, sapa jaga tu..lebih senang nak rujuk siapa kalau ada masalah dalam bahagian2/tugas2 yg dah diberi..worst to worst pun, kalau dah tak tahu sgt nak settle, rujuk event manager..senang..takyah banyak2 ‘kepala’..takyah wujud ‘mak kepoh perosak majlis’..

3. Rehat

Bukan pengantin je perlu rehat..tapi ahli keluarga yang membantu/penanggah pun perlu rehat yg cukup..jadi settlekan apape yg boleh disettlekan awal..jgn nak ‘mendera’ mereka pada malam sebelum majlis baru buat itu, buat ini..takkanlah setakat packing doorgift gula2 pun tak boleh buat awal2 kan? Bukan basi pun packing awal2..takkan esok nak majlis, malam ni baru nak print2 TQ tag lah..itulah..inilah..*ini contoh je, ok*

4. Time frame

Yes..ini yang paling2 saya takutkan because most of the wedding yang saya attended, failed with punctuality..tulis dekat invitation card, ‘ketibaan pengantin : 1.30 tghari’, tapi tunggu2 kul 1.45 tak nampak pengantin..last2 kul 2 baru nampak kereta pengantin sampai..nampak mcm remeh..but please consider tetamu yg ada jemputan lain utk dihadiri & ingin jumpa pengantin..jadi dorang pun arrange time, bahagi2kan masa..tiba2 bila 1 majlis tu ‘lari’ dari masa yang ditetapkan, maka akan ‘drag’ timing tetamu yg lain..

dgn mengambil iktibar ini, saya sangat2 beri perhatian pada hal ini. informed banyak kali kat semua yang terlibat pasal timing ni..sampai dorang rimas pun, informed jugak=) sebab benda yang orang rimas ni biasanya akan diingati=) cepatkan masa setengah jam awal..

contoh : masa utk pengantin bersiap..tanya mak andam/jurumekap/MUA kamu, berapa lama masa mereka perlukan utk tatarias pengantin..kemudian bagi extra setengah jam.. just in case..

saya ingatkan jurumekap saya beribu2 kali.. "kak, saya berarak masuk TEPAT 1.30 tghari..so, saya nak pukul 1 tghari pengantin dah disiapkan..setengah jam je tunggu, mekap tak 'cair' kan? lagipun saya dah sediakan rumah utk bersiap2 dekat dgn hall"

tapi pada hari kejadian, kul 1.15tghari baru selesai bersiap..tu pun sebab pengantin perempuan asyik 'nangis' bila nak mekapkan bahagian mata..*saya tak biasa mekap..jadi bila ditekan sikit mata utk sapu eye liner, automatik air mata keluar* 

5. Senarai

Tak kisahlah apape pun kamu nak buat, pastikan ada senarai lengkap.. jangan berpegang pada istilah “ah, pandai2 lah nanti”..ayat mcm ni lah biasanya menyusahkan..nanti ada yang terlebih ‘pandai’, kamu jgk yg sakit hati.. next entri saya akan share senarai patut ada dan kenapa perlu ada..

kebanyakkan hal2 perjalanan majlis saya dulu byk bergantung pada adik lelaki saya sebagai event manager dan juga penggerak majlis tersebut..dibantu dgn adik beradik yg lain dan sedikit sebanyak oleh saudara mara..seriously..abah saya memang 'kaya' dgn idea beliau..tetapi adik saya yg byk menggerakkannya..dan ada sesetengah perkara yg tidak diberi peluang utk kami 'sentuh', maka kami biarkan saja orang2 tua yang menguruskannya..

Oklah..banyak gila dah pot pet pot pet ni..nanti ada lagi benda2 yg kecil dan selalu terlepas pandang ni, saya share lagi ye.. apape pun, ni semua adalah berdasarkan pengalaman jadi pengantin dulu juga hasil dari sesi post moterm yang big family saya amalkan sebaik sahaja selesai sesebuah majlis perkahwinan ahli big family..

lastly..terimalah gambar ini...


sila redha dgn pengantin yang nak jugak tepek gambar tak berkenaan ini (^-^)..

09 April 2010

package or custom?

Salam..

entri kali ini bukanlah bertujuan utk membandingkan or mengkritik secara negatif..apa yg bakal ditulis & diluahkan hanyalah pendapat semata-mata..mungkin boleh dijadikan panduan utk B2B diluar sana..

macam mana kamu memilih package dari bridal house?

saya dulu, masa mula2 nak mencari bridal house utk setlekan hal baju bersanding, pelamin & make up, ada saja yg tak kena.. if ambik package, ada yg make up ok, baju or pelamin kureng..baju ok, pelamin & make up pulak out..budget saya tak besar..utk mencari yg luar dari package atau tempah agak menelan belanja yang besar.. utk menambah beberapa ratus bagi menempah sepasang baju sanding yg baru pun, saya berkira-kira=)

dan jgn tak tau, saya pun mengalami situasi dimana tekanan datang dari orang2 yang pada mereka niat dorang hanyalah utk membantu, tapi pada saya agak merimaskan.. selalu call2 utk tanya perkembangan..bagi website itu, website ini utk rujukan..suggest vendor ini, vendor itu..mmg agus..ambik berat..tapi saya tetap berpegang teguh pada prinsip sendiri..ukur baju dibadan sendiri..ikut kemampuan..lagipun, saya taknak habiskan semua simpanan saya semata2 utk wedding ini..kehidupan selepas majlis kahwin itu lagi penting..

bygkan one of my aunty beria-ia suruh saya ambik pelamin dari vendor yg sama dgn wedding anak dia.. pelamin 3 panel with fresh flowers, 5 sets fresh flowers bouquet for walkway & red carpet saja cost RM 5k+..kalau mcm tu, how much i have to spend for baju & make up? plus, saya tengok all the fresh flowers sangatlah minima penggunaanya..mcm kedekut nak letak bunga byk2 kat pelamin..bunga utk walkway pun kecik cinonet je jambangannya..haih~~gila2 mark up harga atas nama fresh flowers padahal tak sampai 100 kuntum pun saya rasa utk semua bunga2 yg dia provided..daun je lebih..bouquet pun kecik..

baju & make up juga begitu..apa yang dicadangkan,mahal pada saya..sudahnya, saya hanya mengambil sikap 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan' bila ada sapa2 suggest and recommend package lebih dari RM 3.5k..hahaha..banned terus! gila kedekut ini pengantin kan?=)

last2 saya ambik package dari bridal house inclusive of pelamin with artificial flowers, red carpet & 5sets of flower stand for walkway *excluding the flower bouquet coz i survey if beli fresh flowers dari supplier bunga & gubah sendiri, lagi murah & boleh letak bunga byk2 & dapat jambangan sederhana besar*, sepasang baju sanding & aksesori, make up sanding & make up nikah with aksesori dgn harga RM 2k saja..mampu miliklah ni kiranya pada saya..

and hasilnya...

inilah pelaminnya.. the only thing yg saya ingin betul kan kalau masa boleh berputar kembali ialah, saya nak make sure yg tirai baldu maroon itu ditutup..jadi saya boleh dapatkan pelamin dgn backgroud baldu maroon & saya sangat2 pasti pelamin tersebut akan lebih outstanding sebab contrast dgn background...but anyway, still oklah tu kan..at least tak gelap/malap/suram pelamin ni..just to make it more perfect, lebih baik tirai baldu itu ditutup=) so, B2B, make sure you all ada good & contrast backgound ya..

saya dah cakap dgn owner bridal house tu nak pelamin color putih..dia takde putih..cream ada..but my baju already in cream/gold color..so, i mmg dah bygkan kalau color pelamin hampir sama ala2 dgn baju, mesti tenggelam sikit.. then i mintak bunga2 pelamin tu kalau boleh pakai roses color pink & champagne with green fern leaves..matchlah dgn my hall deco..pink and green.. but that owner mati2 kata tak match..i dont want everything in similar color sceme..susah nak tukar persepsi kalau tema hijau & putih, semua pun nak hijau & putih..color lain, banned..maka, selalulah terjadi baju pengantin sama warna dgn alas meja, scallop kanopi, scallop pelamin, bunga pahar, goodies..i don't want to be like that..hey, we're the 'raja sehari'..apahal pulak baju sama color dgn alas meja kan? i want something contrast but still ok..that's why i pilih baju cream,so i bebas pilih color apape utk dimatch & dicontrastkan mengikut kesesuaian...haih~~

that's why saya buat bunga pahar yg berbentuk bunga raya tu color peach..tak 'lari' sangat dgn pink & champagne roses tu yg saya bygkan tu..anyway, saya terima feedback yg baik pasal baju, bunga pahar & pelamin ni..ramai yang puji..lega hati..just ada jgk yg setuju pasal tirai baldu maroon tu lebih molek jika ditutup..

my friends said the baju tu beaded dgn color coklat..so, nampak corak2 beads tu sebab baju tu ber'tanah' cream..then, the bunga pahar sangat besar kelopak bunga rayanya sampai dari jauh pun boleh tau bunga ape..bunga tu 100% handmade..the same bunga yang my mother buatkan masa i khatam Quran darjah 6 dulu..gila byk kenangan dgn bunga raya peach ini..

and the tudung jugak bukan seperti yg saya inginkan..saya mahu pakai tudung seperti yang saya pakai masa bertandang..saya dah siap beli anak tudung bersulam & selendang utk dipakai..sbb waktu kawin je boleh pakai stail mcm tu..tudung ekin/indon ni, pergi pasar pun boleh pakai..tapi owner bridal house tu kata tak cantik pakai selendang tu..nnt bahagian dada nmpk kembung..sbnrnya, saya tak suka tuck in tudung tu..nmpk corset..gila tak senonoh pada pandangan mata saya..nsb baik Incik Asben berkali2 puji cantik..sejuk sikit hati i =)

itu jelah sedikit post moterm pasal diri & majlis sendiri..wah! betul2 sesi 'muhasabah' diri *mencermin diri sendiri*..post moterm begini penting agar kekurangan yg ada dapat diperbaiki pada majlis adik2 saya nanti..kan kita semua mahu perbaiki diri dari masa ke semasa..ke arah yg lebih baik..ini bukan kategori masalah pada saya..just something that yg boleh di up grade pada masa depan..

lagipun jurumekap merangkap owner bridal house tu pun tak bwk masalah..dtg on time, tak byk cakap & songeh=)pada pandangan mata kebanyakkan tetamu, mmg tak nmpk hal ni sbb terlalu kecil je halnya..malah ramai yg puji..siap tanya bridal house mana=) but i won't reveal the bridal house ini this blog=) kalau sesiapa nak tahu, email ya.. 1 je saya berani jamin, harganya murah & berpatutan sbb semua bridal house yg saya survey, semuanya RM 3k above utk package yg sama..

owh..sudah byk dibebel..harus stop..nnt kita bebel lagi ye...

DeepInsideMyHeart : blogwalking kat blog2 B2B..kebanyakkannya mesti list out nama2 designer terkenal..OP termasyur..bridal boutique exclusive..MUA famous..my blog? so sorry..i don't have any experience with that..so, tak dapat share or recommend..blog ini biasa-biasa je.. 

08 April 2010

alahai mr. OP..

my OP just updated his website..and i'm so happy when the new entry was my outdoor photoshoot..


loving it!

hope to get the full albums as soon as possible..

mauk show off tok!!

05 April 2010

susun atur

Salam

Pernah tak korang terfikir camne nak susun atur kedudukan kerusi/meja makan tetamu, VVIP (merujuk kepada rombongan sebelah), pelamin, meja makan beradab, meja hadiah, meja kek, walkway & macam2lah? Pernah tak?

Dulu saya tak ambil pusing pun hal2 susun atur kedudukan didalam dewan. Tak fikir pun..ingatkan dah hire caterer so, everything dorang yg akan setup..sampailah a few days before the majlis, Qaiyum *my brother merangkap event manager for my wedding* tanya saya pasal hal susun atur dalam dewan..

Disini sedikit info dari pengalaman sendiri pasal susun atur kedudukan dalam majlis..

Perkara yang perlu dititik beratkan bila nak susun kedudukan ini haruslah dipastikan bersesuaian dgn perjalanan majlis..

a. Pelamin..
Haha..jgn nak tipu yg korang tak kisah pelamin nak letak mana kan?ni mesti bende paling..paling..paling crucial sekali =) kalau dekat hall, senang cerita..kat mana ada stage, kat situlah pelamin..ada ke dewan takde stage?

 sumber gambar : image google

sumber gambar : gambar kawin sendiri=)

dan lebih cantik lagi kalau ada red carpet yg lurus dari pintu masuk utama terus ke pelamin..kalau ada belok-belok or red carpet berbentuk 'L', kurang comel lah pada saya..

 sumber gambar : google image

Kalau majlis dirumah, saya rasa macam best je kalau pelamin tu diluar rumah..maksudnya bersama2 sekali dgn khemah..barulah rasa 'dekat' dgn tetamu..dan kadang2 ada jgk yg segan nak masuk rumah..jadi pelamin diluar agak happening=) nak bergambar ramai2 pun ada ruang yg luas..

tak best kalau pelamin betul2 depan rumah & sebelah pelamin tu pintu utama keluar/masuk rumah..semaklah..tengah bersanding, orang lalu lalang keluar masuk rumah..best ke kamu rasa?saya rasa tak..

tapi kelemahan pelamin diluar adalah HUJAN..oohh..gila scary kalau hujan & pelamin lecak2..

b. Meja makan beradab..
Ada yg suka letak meja makan beradab betul2 selari depan pelamin..kalau di hall, kat bawahlah..bukanlah atas stage..but stil nak selari dgn pelamin..

 sumber gambar : image google

I kureng berminat dgn kedudukan mcm ni..tak highlight pelamin & meja mkn beradab bila 2-2 letak selari dihadapan.. dan menghalang laluan pengantin masa berarak nak ke pelamin..tapi kalau aturcaranya ialah makan beradab dulu, oklah kot..but stil menghalang laluan tetamu yg akan merenjis/tepung tawar/bersalaman dgn pengantin.. kang makcik/pakcik terpaksa keliling meja beradab dulu…kan cantik jika red carpet kamu terbentang lurus dari pintu masuk terus ke pelamin..

c. Buffet line..
Buffet line sgt penting kedudukannya..salah tempat, akan menyebabkan majlis kamu nampak crowded *if dalam hall, lagi2 hall tertutup* bila tetamu beratur panjang terutama time peak..kamu fikir cantik ke tetamu beratur pjg?kalaulah dorang boleh beratur & buat line straight mcm barisan kawad kaki, oklah kot..nmpk cntik sikit kan?tp ada ke nak beratur lurus mcm tu..

Tapi kalau kamu rasa kamu suka dgn keadaan mcm tu, sebab kamu rasa ‘wah! Ramainya tetamu aku..crowded gila hall ni’..then, up to you..

Eloklah di set kan 2 buffet line..at least..& harus pastikan dari arah mana kamu mahu tetamu start ambil makanan..& jika peak time, arah mana barisan tetamu akan terbentuk..ada kah barisan tetamu akan menghalang apa2 yg penting seperti laluan masuk utama or melintasi red carpet/walkway or ‘menutup’ pandangan rostrum dan sebagainya

d. Meja makan VVIP
selalunya VVIP dikategorikan sebagai rombongan pihak sebelah lelaki/perempuan..tapi mungkin jugak majlis kamu betul2 ada VVIP menteri2 ke, kerabat2 ke..owh..itu lain cerita.. sy just focuskan VVIP disini sebagai rombongan pihak sebelah lelaki/perempuan..

 sumber gambar : koleksi peribadi..lebih tepat, majlis wedding sendiri=)

eloklah direservedkan meja utk VVIP ni..& elok jugak keluarkan sedikit belanja utk order extra table dgn set dome.. bincang dulu dgn partner kamu berapa orang dari pihak dia akan hadir..takkanlah kamu nak bagi VVIP beratur ambik makanan kat buffet line kan?


e. Meja Hadiah/ Guessbook corner..
haruslah ada meja hadiah..jgn lupakan meja ini..walaupun kamu tak mengharap sgt hadiah dari tetamu, tapi sebagai tetamu, mereka berbesar hati memberikan hadiah buat kamu sbgai tanda turut gembira & meraikan kamu sbgai pengantin..silalah reservedkan 2 orang utk menyambut hadiah tersebut & diletakkan dimeja khas yg turut dihias mengikut keperluan..

sbb sebagai tetamu, saya pun rasa serba salah bila bawak hadiah berat2 or besar2 pastu sampai dpn pintu dewan/rumah pengantin tak tahu nak bagi kat siapa..memanglah biasanya parent pengantin akan ada kat pintu masuk menyambut tetamu, tapi alahai~~ tak sampai hati nak bagi hadiah tu kat parent pengantin..lagi2 kalau hadiah berat..kesianlah makcik tu kan?

at least, bila ada meja hadiah depan pintu masuk yg senang dilihat tambah pulak ada tukang sambut hadiah, mmg taklah tercangak-cangak nak pass hadiah kat sape..guess book pun mungkin boleh ditempatkan berhampiran meja hadiah..senang letak hadiah dulu, barulah selesa nak tulis2 kan?

ini saja yang dapat saya kongsikan dgn kamu..kot-kot kamu ada idea lagi best, voice out..share-share..ok?

02 April 2010

majlis bertandang

Salam

memang sangatlah dah basi baru nak update pasal majlis bertandang..silalah maafkan ya..& kalau rasa muak, ok..kamu ada hak utk tak teruskan pembacaan=)jgn risau, saya tak berkecil hati..

saya bertolak dari rumah ke rumah mertua pada hari persandingan.. walaupun Incik Asben telah menyewakan sebuah rumah utk kami menginap, namun memandangkan jarak perjalanan hanya sejam setengah, maka semua ahli keluarga bersetuju utk dtg terus dari KL pada hari majlis bertandang..jadi jam 8 pagi sudah tunggu di LRT mengambil OP..malangnya OP kami, azim, demam teruk..maka beliau menghantar housematenya sebagai ganti.. sampai rumah mertua 9.30 pg.. tepat kul 10 pagi dah start make-up..

mengikut kad jemputan Incik Asben, ketibaan pengantin adalah pada jam 12.30 tghari..jam 12, rombongan family saya sampai & terus diberi jamuan ringan di rumah persinggahan..sambutan yg sama seperti kami lakukan di rumah ERT dulu..sedikit kuih muih & minuman..welcome drink lah bak kata omputih=)



memang meriah..tak sangka betul ramai ahli keluarga yg sudi luangkan masa menghantar saya & mengikuti majlis bertandang ini..anggaran dalam 50 orang.lebih kurang sama macam rombongan lelaki dulu..

sampai di perkarangan rumah, kami memberi candy & aiskrim malaysia utk kanak-kanak..sungguh sopan kanak-kanak ini semua beratur & tak berebut2..sangat happy mereka..actually ikutkan kebiasaan orang2 disini, pengantin akan taburkan gula-gula or syiling..tapi my father-in-law sangat pantang & tak setuju perbuatan begitu..makanya kanak2 semua kena beratur & cenderahati si kecil diberi elok2..

mungkin ini salah satu cara menarik orang2 kampung & kanak2 hadir/ menunggu masa ketibaan pengantin..cara meramaikan lagi majlis..

menurut Incik Asben, orang kampung & saudara mara yg mengikuti rombongan pengantin semasa majlis bersanding di sebelah saya, semuanya bersetuju & suka dgn idea makan dahulu baru bersanding..makanya kami sampai & terus makan beradab=) oohh..saya suka make-up saya di sini bersama2 dgn tudung idaman..mmg nak pakai tudung macam ni masa di belah saya..siap dah beli seledang & anak tudung sulam2 tu..tapi last2 jurumekap kata tak match dgn baju=( terpaksa pakai tudung ekin yg sebenarnya tudung indon tu=(

lepas makan, baru  naik pelamin & acara merestu pengantin..senarai nama merestu atau merenjis bagi sesiapa yg ada merenjis/tepung tawar..ini penting..bagi kat emcee/dj utk diumumkan..


dimulai dgn ibu & abah..







adik adik i memang suka meraban sikit..terutama si teruna-teruna ini..maka mengada-ngada mintak permission dgn abah saya nak juga bersalam dgn pengantin kat pelamin..dapat green light, mmg suka & gembira tak ingat..


terbukti! ini 2 orang budak memang suka meraban..dan..kacau daun waktu i nak menggedik dgn Incik Asben ambik gambar dlm bilik pengantin..

tapi kadang2, dorang kasik chance la jugak kan? =)

inilah antara gambar2 yg dipilih utk menerangkan kronologi majlis bertandang saya..gambar2 lain, malas nak resize=) nnt kalau rajin, saya tepek lagi ye..disebabkan ketibaan pengantin jam 12.30 tengahari, jadi majlis selesai agak awal..lebih kurang jam 3 petang dah boleh start kemas2..

nasib ada abang ipar i baik hati..tolong basuhkan semua periuk belanga bersama Incik Asben.. saya dah gelabah nak basuh periuk belangga..bukan gelabah ape..just takut kena simbah dgn air basuhan je.. tapi semuanya selamat sbb i mengada-ngada ngelat lambat2 tukar baju songket tu=)