08 April 2015

19 minggu & bebas GDM

Salam

Baru perasan, jarang sikit update check-up baby kali ni. sebenarnya, memang nak tulis perkembangan baby kali ni dalam blog sebabnya boleh baca di masa depan. macam catatan pengalaman mengandungkan ziyad kat dalam blog 1 lagi tu, sampai hari ni, selalu ulang baca.. mengimbau kenangan katanya.hihihi..

So, Sabtu 28.3.15 pergi check-up. baby dah 19 minggu. sepanjang 19 minggu ni, memang selalu terjadi perkara-perkara yang mendebarkan. Waktu dapat instinct mengandung, waktu tu sibuk study untuk exam. memang tidur lewat malam, tunggu Ziyad dah tidur baru boleh bukak buku & buat notes semua. exam pagi, petang tu gagah naik LRT, jalan kaki pergi UTC Pudu uruskan hal PTPTN. sapa dah settle hutang PTPTN, tahniah diucapkan! hooray!!

esok tu baru buat UPT, alhamdulillah, pregnant. agaknya kalau buat UPT awal2, tak lepaslah jejak UTC dgn LRT.. mesti husband x bagi. kene naik kereta. maklumlah, berdasarkan pengalaman TTC, saya ni mmg jenis fragile sikit.

Morning sickness tu nak kata teruk, tak jugak. jarang muntah.. boleh kira sebelah tangan je la berapa banyak kali muntah.. takde alahan dengan susu (masa Ziyad dulu, 1st trimester mmg alah dengan susu). beza kali ni ialah cepat letih & mengantuk.. pernah saya tidur hampir sepanjang hari.. bangun kejap, tidur balik.. masa tu mata mmg takleh nak bukak.. nasib baiklah hari ahad..

tapi kali ni saya alah dengan bauan.. tak leh silap bau sikit, mesti loya nak muntah. yang tak bestnya saya tak dapat detect bau apa yg boleh meloyakan tekak.. too bad.. dulu masa ziyad, xde alahan ni..

alhamdulillah, semester pertama berlalu. tapi masuk je minggu ke 14, saya ada bleeding.. tengah2 malam pulak tu.. tengah tidur terjaga sebab rasa basah, tengok2 darah! tapi boleh pulak cool tunggu hari siang baru pergi cari doktor. cerita penuh kat sini.

bleeding untuk malam tu je.. lepas tu keluar brown spotting je.. atas nasihat 2 orang doktor, baru saya yakin yang spotting tu tak membahayakan. memang saya jenis seek for 2nd opinion kalau bab2 sakit ni. saya cek dengan Dr. Khaizan (mmg check-up and bukak buku dengan dia) dan Dr. Mrs. Joe (Klinik depan rumah yg 24jam bukak dan dia adalah pakar O&G). syukur depan rumah ada pakar. kalau doktor muslimah, mmg dah bukak buku & beranak kat situ je senang=)

Last check-up saya buat MGTT ataupun bahasa ringkasnye, minum air gula. dan macam ziyad dulu, laju je minum air tu.. so, sila jgn tanya saya air gula tu sedap ke x.. sbb banyak komen kata tak sedap, tp bagi saya ok je..hihihi..

So, masa check-up Sabtu 28.3.15 doktor bagitau result MGTT.. alhamdulillah, semua ok.. yang bestnya ialah saya BEBAS dari GDM..

doktor tanya nak scan tak.. of-coz la nak.. nak tgk pendarahan kat dinding rahim tu dah ok ke x.. baby ok ke x.. alhamdulillah, hasil scan, dinding rahim dah ok. dinding kantung dah berada rapat dengan dinding rahim bermakna pendarahan dah takde & sisa2 darah pun dah keluar. no wonder mmg masa tu saya dah stopdari brown discharge. gender baby, masih tak nampak lagi.. possibility untuk girl adalah tinggi. tapi tak berani lagi nak sentuh barang pink.. masih prefer unisex color.. tunggulah sampai kita buat 3D nanti.

Haa.. mentang2 takde diabetis masa mengandung kali ni, rajin bebenar g vendor butik carik desserts & western food. sebab husband saya bukan jenis yg minat western & desserts. jadi kalau makan kat restoran, agak membazir & kesian kat husband sebab bini dia je excited. lagipun restoran selalu selalu serve in big portion.. kalau kat vendor butik macam ni, dia dalam small portion, so saya dapat beli banyak2 jenis =)
Oh ya, mengandung kali ni, saya ada gastrik =( semuanya sebab masa 1st trimester walaupun alahan tak teruk, tapi selera makan memang ke laut. ada sekali tu, pukul 1 pagi perut pedih.. tengah2 malam tu jugak angkat ziyad yg tgh tidur hantar tumpang rumah ibu sementara saya ke klinik. sebab memang pedih sangat tak tahan. pergi klinik Joe depan rumah tu lagi. alhamdulillah, lepas doktor bagi ubat, beransur hilang. doktor nasihatkan jangan makan makanan pedas. sebelum tu mmg saya ada makan bihun sup beli kat pasar malam. kalau ikutkan bihun sup tu takdela pedas mana, tapi rasanya sebab saya campur dengan sambal kicap. mungkin jenis cili tu yg tak dimasak atau ada campuran cuka dalam sambal tu menyebabkan perut saya pedih.

takpe, ini semua pengajaran.

sekarang saya tengah memikirkan pasal puasa yg perlu saya ganti. Ramadhan just around the corner. remember, masa saya D&C dulu? masa tu 1st day of Ramadhan. dan saya tinggal puasa 15 hari yg perlu diganti. dengan keadaan sekarang yg takboleh perut kosong, mungkin saya perlu dapatkan nasihat ustaz tentang ganti puasa saya tu. nanti saya kongsikan ya.. tapi mudah2an ada kekuatan untuk ganti tanpa perlu fidyah.

06 April 2015

Set Bersalin & Tukang Urut

Salam..

Bulan lepas dah settlekan dah bab untuk berpantang. takpelah kalau ada yg kata awal sangat walau baru 4 bulan dah ready nak pantang. tapi saya fikir sudut yang lain. in case kalau terjadi apape pun sebelum sempat sampai 9 bulan, memang berpantang adalah KEPERLUAN. jadi kita bersedia je lah awal2. dan sekarang doakan yang baik-baik saja.

Ini adalah berdasarkan kes D&C dulu.. keguguran pun perlu bepantang tau.. dan kesannya, insyaAllah cepat 'lekat' balik.. tapi tetap kene hati2 jugak tau, sebab doktor akan advice utk 'rehat' at least 2 bulan selepas d&c untuk bagi rahim recover balik.

Masa anak pertama dulu, saya memang xde beli pun set bersalin. masa tu takde pengalamanlah katakan.. lepas tu dok dengar citer2 org katanya membazir beli set berpantang pasal tak guna semua dan ada yg tak serasi katanya.. buat baby jaundice lah, rasa xde sedaplah, tak lalu nak telanlah, xde masa lah.. semuanya yg negatif je.. tu pasal saya jadi takut nak beli.. dan jugak lebih kepada kedekut jugak sebenarnya..hihihi.. set bersalin mahal oi.. ratus2..

refer post beberapa tahun lepas pasal jamu yg saya ambil semasa dalam pantang. klik sini.

masa d&c dulu, saya  try NR. bukan setlah. banyak panduan tentang NR saya dapatkan dari FB dan Blog Kak Ice yg famous tu.. senang cerita, kak ice ni pengamal tegar NR dan berkawan baik dengan Datin Sharifah, pengasas NR. Kak ice ni jugak ada sijil perbinanan melayu dari UKM kalau tak silap.. background tu yg buat saya percaya dengan tips dan ilmu2 yg dia kongsikan.

Lepas d&c tu, saya ada dapatkan consultation dari kak ice dan dia suggest utk ambik PhytoNatal & Akar herbanika.. sila jgn ikut apa yg saya amalkan ni tau.. dapatkan nasihat dari kak ice sbb kak ice akan suggest based on kita punya condition, BMI & etc.. kene interview sikit=)

saya try, not bad. maksudnya saya boleh telan & terima. akar herbanika tu sedap je saya minum suam2 takyah campur madu ke ape.. tapi ibu saya kata saya memang jenis 'kental' bab2 menelan ubat/jamu/herba.. hewhewhew.. itu memang tak dinafikan.. saya jenis kental sikit.. bagilah air akar apa pun, saya telan.. sebab saya jenis yg determination nya tinggi.. kalau nak sesuatu, saya akan usaha.. tak kisahlah telan ubat pahit ke, buat trans vaginal scan ke, injection ke, jarum besar gedang mana pun, boleh, asalkan saya usaha utk matlamat saya=)

selain tu, saya beli jugak Krim Barut dan Minyak Herbanika utk tujuan berbengkung. selesa & sedap je rasa.

so, berdasarkan pengalaman dengan NR ni, saya ambik keputusan utk beli set bersalin NR utk berpantang kali ke-3 ni..


Sempat you.. before GST=)

dan semestinya beli dengan kak ice=) and the best part, saya ambik sekali dengan package rawatan selepas bersalin dan rawatan penutup pantang dengan Blessed Beauty Confinement milik kak ice.  So, review takleh nak bagi lagi pasal belum ada pengalaman.. nanti saya buat review eh.. lepas bersalin nantila..hihihi.. hopefully dapat diurut directly dengan kak ice ataupun mak kak ice, Kak Bed..

Walaupun ada yg kata agak pricey, tapi bagi saya kalau byk good review dan sememangnya bagus, apa salahnya.. lagipun, buat apa duit berkepok kalau kedekut utk kesihatan badan kan.. bak kata kak ice, badan orang perempuan ni, nak pakai lama=)


Paddington House of Pancake di NuSentral mencari krew untuk bersama-sama dengan team dorang.. berminat? hubungi number di bawah..

017-397 4558
017- 283 9387

atau kalau malu2 kucing sangat, hantarkan resume ke

mygoldenpalladium@gmail.com


be part of us=)