25 March 2011

asal usul pre-wedding..

Salam

Renungan di hari Jumaat

yang ini pasal post-wedding saya setahun yang lalu

yang ini pulak pasal pre-wedding yang saya baca pagi ini 

sekian. 

24 March 2011

saya yang kuno

Salam

Dari sejak bercinta, sampailah lagi sebulan nak kawin, hari2 kerja update status kat facebook.

"dinner with him"

"OMG! Zery Zamry returned my call"

"xsabarnya nak tempah baju"

"should i go with customade shoes?"

"kasut biasa atau songket?"

"doorgift buatan sendiri"
lepas dah sejam, xde sape comment, sendiri comment kat status sendiri. "DONE".

ok, tak tahulah samada saya ni yg kuno kolot sbb rasa sangat uhh.. tak tahu nak cakap ape..

kalau korang, korang rasa ape?

tapi yang pasti, saya tak berapa menggemari perbuatan meng'update' setiap inci persiapan perkahwinan di facebook. sbb kat facebook ada ahli keluarga saya, ada makcik, ada pakcik, ada cousin2, ada kawan-kawan. ada banyak hati yang perlu dijaga. ada tingkah yg perlu dijaga. ada banyak & ramai yangperlu dihormati.

lain la kalau update di blog=) hehehe.. sbb hanya penulis blog yg memahami penulis blog yg lain.. cewah..tapi betul kan? kite semua rasa closed sgt bincang and sharing kite punye ideas, excitement..kan? sbb kite semua berada dalam 'fasa' yg sama/hampir sama=)

21 March 2011

hantaran sangkar burung

Salam

sedikit idea hantaran sangkar burung.

actually all these photos belongs to my cousin, Kak Leen from Renjis Mempelai.. boleh pergi tengok blog Renjis Mempelai ye.. nak tempah pun boleh..




Pandangan dari bahagian atas..

sangkar pattern lain..



Sekian..

19 March 2011

deko sangkar burung

Salam

Jarang update sebab tak tahu nak share ape. ada banyak perkara tapi masih peringkat awal. nanti bila sudah confirm betul2, kite share sama2 ye.. sbb nak share awal2, mcm kuat berangan la pulak.. nak berangan awal2 mcm takut kecewa la pulak. karang ter berangan lelebih, jadi mcm riak pulak, orang ingat nak menunjuk2.. so, wait and see lah..

sedang sibuk kemas kini gambar2 yg ada dalam simpanan. jumpe yang ni..




dekorasi pada kedai cenderamata di Koh Samui masa pergi bercuti aritu. tempat menarik yang selalu rasa nak ulang pergi byk kali =)

mungkin ada sesiapa yg berhajat nak gunakan sangkar burung sebagai salah satu bentuk deco pada majlis kahwin atau apape majlis, boleh la dapatkan sikit ilham dari dekorasi ni. tiba2 terasa bunga color tu, amat cantik!

sekian..

01 March 2011

tips span compact powder sentiasa bersih

Salam

Hari Jumaat yang indah ni, penghulu segala hari, jom kita share sikit tips kecantikkan & kebersihan.

Tips membersihkan span compact powder harian anda..

rendamkan span compact powder dgn air bercampur sedikit shower bath yg biasa dipakai utk baby. sbb selalunya barangan baby lebih 'mild'. tak byk chemicals berbanding barangan utk dewasa. jadi sgt sesuai lah digunakan utk span yg hari2 kita pakai utk tepek bedak kat muka.

kalau takde sabun baby pun takpe. boleh gantikan dgn pencuci muka yg kita pakai. secara logiknya, kalau pencuci muka kita mampu utk menanggalkan bedak dari muka kita, jadi ia juga mampu utk tanggalkan kesan bedak pada span compact powder.

rendam selama beberapa jam. nnt korang akan nmpak air rendaman bertukar color keruh. itulah sisa bedak yg selam ni melekat kat span tu. kalau nk toyoh2 sikit pun ok. kemudian bilas sampai bersih. owh ya, sabun baby & pencuci muka tak meninggalkan byk buih mcm sabun basuh baju biasa. so, proses membilas taklah susah.

keringkan & siap utk digunakan kembali dgn lebih yakin!

yakin sbb rasa mcm span tu bersih & bebas dari kuman2 & sisa bedak yg dah lama dok terperap kat span tu. kan kecantikkan tu biasanya datang dari kebersihan?

selamat mengamalkan=)

kalau malas, pergi je lah beli span yg baru..

tapi nak cantik, mana boleh malas malas. ye dak?